Thursday, April 8, 2010

PERISTIWAN DAN KITA


CATATAN



Mokhtar Petah


----sama - sama kita fikir -----

CALON DARI MIC
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak menyeru ahli - ahli UMNO dan parti - parti dalam kompona Barisan Nasional, tidak mempertikaikan calon dari MIC akan di letakkan untuk bertanding dalam kawasan Dewan Rakyat, Hulu Selangor, pada 25 April mendatang ini.
Penamaan calon akan diadakan pada 17 Mac ini.

PESERTA FELDA


Ramai dari para peserta Felda di seluruh negara, yang telah mendapat gran tanah masing - masing, telah mengambil langkah tidak bersama Felda lagi dan menjalankan perusahaan sendiri dengan cara syarikat.
Mereka yang berbuat demikian, keran tidak mahu sepanjang hayat berhutang kepada badan kerajaan tersebut.
TERBIT BUKU
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - YADIM, telah diseru menjalkan kegiatan menerbitkan banyak buku pengethauan Islam, sejarah dan biografi para ulama terbilang di negara ini.
Seruan tersebut dilakukan oleh pihak Akdemi Penulis Putrajaya.
WANG TAK ADA
Beberapa penulis sejrah dan biografi besungut, kerana Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dapat mengeluarkan gran bagi penulis - penulis buku berkenaan, disebabkan peruntukan wang telah habis.
Menurut mereka, pihak berkenaan memberitahu, wang tiak ada.
DR SYED HUSIN ALI
Jika Pakatan Rakyat sepakat mencalonkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Rakyat, Hulu Selangor, pada 25 April ini, ada kemungkinan PKR dapat kemenangan besar.
Dr. Syed Husin Ali adalah seorang tokoh politik yang dikenali ramai oleh para penduduk Hulu Selangor yang terdiri dari Malayu, Cina dan India.
Sebelum menyertai Parti Keadilan, beliau adalah Presiden Parti Rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.