Tuesday, April 20, 2010

PERISTIWA DAN KITA



Mokhtar Petah



---- kita sama - sama fikir ----


TARIK DIRI

Semalam, dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah telah menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada Ahad ini kerana tidak mahu menentang kepemimpinan Barisan Nasional (BN).
Chandran bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor memfailkan notis penarikan diri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

BELA PENEROKA FELDA

Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat petang tadi mengumumkan tiga agenda perubahan yang ingin dilaksanakan di Parlimen Hulu Selangor sekiranya dipilih ke Parlimen kelak termasuk pemilikan tanah Felda.

Demi menyelesaikan masalah pemilikan tanah oleh para peneroka Felda pula, beliau bercadang mengajak kerajaan negeri bertindak campur tangan dalam menghadapi birokrasi Felda, iaitu badan berkanun di bawah Pusat.

(Harakah)


RANCANGAN TERBANGKALAI

Banyak rancangan Kerajaan Pusat, di bawah Kementerian Kerjaraya, di Kelantan terbangkalai dan mungkin gagal kerana Kerajaan Negeri Kelantan tidak memberi laluan bagi pelepasan tanah mikik negeri untuk projek - projek tersebut.

Semua rancangan di bawah Kerajaan Pusat yang dijadualkan atas tanah - tanah milik Kerajaan Pusat tidak menimbul sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.