Sunday, April 18, 2010

PERISTIWA DAN KITA



Mokhtar Petah



---- kita sama - sama fikir -------


DARI kiri,   Chandran (Bebas),  Kamalanathan (BN),  Zaid  (PKR) dan Johan   (Bebas) selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, semalam.
DARI kiri, Chandran (Bebas), Kamalanathan (BN), Zaid (PKR) dan Johan (Bebas) selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, semalam.
KUALA KUBU BHARU: Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.(Berita Harian).

PENDAPAT
Sebilangan besar ahli UMNO yakin calon MIC - BN, Kamalanathan, akan kalah.
Ramai ahli MIC yakin calon PKR, Datuk Zaid Ibrhaim akan menang.
Kebanyakan ahli MIC yakin calon parti mereka, Kamalanathan akan terwas di tangsan calon PKR.
Ramai ahli PAS yakin calon PKR, Zaid Ibrhaim akan menang. Seluruh ahli DAP meramalkan calon BN akan kalah.
Kebanyakan pengundi Melayu yakin Zaid Ibrahim akan menang.

BUANG BAYI

Sebanyak 90 peratus remaja bermasalah seperti mengandung luar nikah mengakui tiada tempat rujukan membuatkan mereka mengambil keputusan drastik termasuk membuang bayi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, perkara itu diperoleh hasil pertemuannya dengan para remaja bermasalah ketika mengikuti program dan mengunjungi rumah perlindungan.(Minguan Malaysia)


SOKONG ZAID

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.(Harakah).

ISTERI BOLEH KAHWIN LAIN

Seorang isteri muda, kontrektor Bumiputera, Jamilah (nama baru), di Kuala Lumpur,berada dalam keadaan resah, mungkin akan menuntut fasah dari suaminya, kerana suaminya telah gterlalu lama meninggalkannya dan tinggal bersama isgteri mudanya.

Suami Jamilah memberi syarat; dia akan diceraikan dan boleh berkahwin dengan mana - mana lelaki, tetapi lelaki itu mesti membayar kepadanya sebanyak RM60,000 sebagai tebus talak.

SPRM PATUT SIASAT

SPRM patut siasat penyelewengan dalam Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berhubungan dengan hutan akasia yanbg diluluskan kepada sebuah syarikat pengeluar kayu balak, tidak lama kemudian di batalkan dan diluluskan kepada syarikat milik orang lain.

Baru - baru ini Mahkamah Tinggi Kuantan memeritahkan pihak syarikat berkenaan membayar ganti rugi kepada syarikat yang telah mendapat kelulusan awal hutan akasia.

Sebelum perkara itu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi, pihak syarikat berkenaan telah memberitahu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob.

Menteri Besar telah mensihat pihak syari8kat tersebut, agar membuat tuntutan ke mahkamah kerana tidak tidak campur tangan. Meneurutnya, Pengarah Perhutanan Pahang bertindak sendirian.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.