CATATAN
Mokhtar Petah
---- kita sama - sama fikir ----
NIK AZIZ SOKONG
Mursyidul 'am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil,kawasan Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini
Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof, ketika dihubungi memberitahu, atas semangat setia kawan dan prinsip dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru yang ketika ini menunaikan umrah menyokong calon tersebut.
PENGANTIN BARU
"Saya bersama isteri akan berbulan madu di Hulu Selangor bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil di kawasan itu," kata pengantin baru, bekas Menteri Besar, Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Isa Abdul Samad, 61, sebaik sahaja diajukan soalan berhubung perkahwinannya dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid, 40, di Gentam, dekat sini hari ini.
ISTIHAR HARTA
Calon Pakatan Rakyat , Datuk Zaid Ibrahim mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengistiharkan hartanya dan harta semua anggota barisan tertinggi kerajaan dan Barisan Nasional.
Beliau membuat cabaran itu beberapa jam selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih menjadi calon Pakatan Rakyat kerana kekayaan beliau, dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Zaid juga berkata, jika Muhyiddin mendedahkan hartanya, maka di juga akan mendedahkan hartanya.
MUFTI TIDAK SETUJU
Para mufti seluruh negeri di Malaysia tidak setuju nama Jawatankuasa Khas Antara Agama yang dicadangkan kerajaan, sebaliknya, mereka mahu nama tersebut digantikan dengan Jawatankuawsa Khas Antara Kaum, demikian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal Islam), Datuk Jamnil Khir Baharon memberitahu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.