Tuesday, April 13, 2010

PERISTIWA DAN KITA


CATATAN

Mokhtar Petah

====== sama - sama kita fikir =======

TOLAK APCO
Para pengundi kwasan Dewan Rakyat Hulu Selangor, akan menolak agen Isrel, APCO dan UMNO/ BN, demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. Beliua menyeru para pengundi Islam agar satu undi mereka menjadikan penolakan trhadap agen Isrel itu.

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Kerajaan Negeri Kelantan masih tetap untuk menawarkan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah pengagihan royalti petrolium oleh kerajaan Pusat kepada begeri tersebut.

MENTERI

Jika mahu menjaga kewibawaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pembela rakyat dan negara, semua menteri hendaklah memberi kerjasama sepenuihnya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan mereka tidak berdolak salik kepada orang ramai, sama ada dalam Dewan Rakyat mahpun dalam rapat umum dan sebagainya, demikian beberapa orang penulis politik berkata hari ini.

CALON BN
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti, ialah anak tempatan.

Katanya, kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan berkelulusan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.