Sunday, April 25, 2010

CERPEN (Ulangan)

BERDIALOG DENGAN BULAN

Oleh: Mokhtar Petah

Malam hitam bermandi warna perak memeluk sekitar Bukit Warisan. Beberapa ekor burung tukang berbunyi kalut, sahut menyahut, dalam belukar di pinggir bukit. Pungguk mendayu hiba di dahan berangan di belakang kawasan perumahan di situ.
Awan putih berarak manja di dada langit biru. Melintas lalu di hadapan bulan sedang senyum. Mesra. Sesekali awan seperti malu melewati bulan tunggal.Tetapi, apakan daya, pertemuan hanya sekelip mata; awan berlalu meninggal bulan muda.
Di jendela berkipas kaca, terbuka seperti menanti bulan masuk ke rumah itu, berdiri gadis eksekutif sebuah jabatan kerajaan, Sri Anisah. Dia baru selesai sembahyang hajat. Pada malam malam itu, dalam sembahyangnya yang khusuk, dia membaca di hujung fatihah pertama. Surah al Ikhlas, di akhir al Fatihah kedua. Kepada Allah dia memohon agar mengurniakan nikmat sihat kepadanya.
KALIMAT KERAMAT
Pada tingkata usianya 32 tahun, dia menggantung harap kepada Yang Maha Asa, hendaknya dia Segar. Gembira. Tidak putus asa. Akan diteruskan tanggungjawabnya kepada negara. Sebagai ikrarnyaK kepada negara, ditacapkan kalimat keramat,’Kerana Allah, kuserahkan badan dan nayawaku kepada negara’.
Permukaan Tasik hati Sri Anisah berkocak; bagai dipuput udara petang. Lima wajah bekas kekasihnya melintasi hatinya. Lima insan itu dilepas dan terlepas, kerana tidak wujud persamaan idea. Tidak seimbang harapan. Berbeza timbang berneraca. Sri Anisah dan lima jejaka itu telah memilih jalan dan denai masing – masing.
“ ... Umar, kekasih awalku ..., aaah, cinta monyet ..., pada masa menuntut sekolah menengah ..., putus ..., mungkin kerana aku sakit ..., syukur kepada Allah,” suara hati Sri Anisah.
Sejak usia lima belas tahun, Sri Anisah dimamah sakit anaemia (keadaan darah yang disebabkan kekurangan korpusel merah – menyebabkan penghidapkan pucat dan lesu).
Pada peringkat awal penyakit itu disedari,pada ketika dia di sekolah. Darah turun seperti orang datang bulan. Berketul – ketul. Mengejutkan para guru dan pelajar sekolahnya.
“... emak, ayah ..., adik beradik Sri sangka Sri keguguran. Mereka pandang tak baik kepada Sri, pada waktu itu, mana sakit, mana menahan rasa malu lagi, emak dan ayah sangka begitu ...,” Sri Anisah mengadu kepada bulan.
“Di hospital, doktor sahkan Sri mengidap sakit Anaemia, dah lama, barulah dia orang tua tak sangka buruk kepada Ari lagi,” Sri Anisah mengadu lagi.
“Di universiti, Amin, ...kami bercinta ..., tak lama ..., tak sesuai ..., dia tak ada daya leader ship ..., dalam negara mencabar ni, suami mesti ada daya tu ...,” suara hatinya lagi seolah – olah dia memberitahu kepada bulan.
“Bila dah kerja, sangkut cinta lagi ..., cinta dengan Hassan ..., putus, tak sesuai juga ..., entak, Sri tak ada selerapada dia ...,” bisik Sri Anisah sambil mendongakkan wajahnya kepada bulan indah.
“Saya tahu ..., anda memilih...,”kata bulan.
“ ...taklah, tak memilihlaaa ..., tapi ...,”sahut Sri Anisah. Dua bola matanya masih tersangkut pada bulan bujang.
“Habis, fasal apa?” Bula bertanya sambil mengusap sepasang pipi gadis itu.
“Macam mana ..., Sri rasa tak sesuai, tak selera ..., macam tu juga dengan Kamal ..., dengan Kamal, dengan Manan ...,” suara Sri tersangkut pada anak lidahnya.
“Manan, Sri suka, ibu bapa Sri suka ..., tapi gadis saudar pupunya cintakan dia ..., dia tak sanggup tolak, takut lerai adik beradik, kaum kerabat ..., Sri tak sanggup bermadu ..., kami putus ...,” bisik Sri Anisah kepada bulan.
“Subhanallah, la ni ada yang sangkut ...?” Bulan bertanya.
“Ada, tapi, entahlah ..., Sri duk kira nak putus ..., tak sesuai dengan Sri ..., tak boleh, dia ego semacam ..., bangga diri, banggakan keluarganya kaya ..., heee, tak sesuai ...,”jerkah Sri Anisah kepada bulan.
Bulan ketawa.
“Anda jerkah saya ..., saya tak pernah bercinta..., hanya menyaksi umat manusia bercinta ..., janji tepi tasik, di pantai, di mana – mana bawah saya, kadang – kadang saya dijadikan saksi dalam sumpah mereka ...,” ujar bulan mangsa jerkah Sri Anisah.
“Iake ...?” Suara berdarah Jawa Felda itu, menjadi lembut.
“Iaaa, tapi, kebanyakannya, macam anda jugalaaah,” putus berkecai ..., ada yang bunuh diri ..., wallah, minta lindung dengan Allah ...,” ujar bulan lagi.
“A’uzubillah ..., walaupun putus cinta, Sri kuat semangat, tabah, berserah kepada Allah ..., semua itu takdir Allah jua ...,” sahut Sri Anisah.
“Baguslah, anda wanita jujur ..., solehah ...,” bulan memuji gadis mangsa penyakit dan cinta itu.
“Maca anda tau, Sri jujur, Sri solehah ...?” Seri bertanya.
“ ...kan saya ni dan tua, sama tua dengan alam maya ni ..., saya tengok ruang kuku ibu jari tangan anda ..., jari jemari anda ..., wajah anda ..., saya tahu anda jujur ..., solehah,” sahut bulan. Senyum mesra.
“Iake ...?” Sri Anisah bertanya. Hairan.
“Hanya satu ...,”kata bulan. Mesra.
“Apa dia?”Tanya Sri Anisah.
“ ...anda janganputus asa, anda bercinta lagi ..., tak usap pilih lelaki, kata orang – orang Nusantara, pilih – pilih tebu, terpilihj buku teberau ...,” bulan menasihati Sri Anisah.
Sri Diam. Dada suburnya berobak dalam cahaya bulan.Nasihat bulana itu diterima setulus hatinya.
Sri tahukan, dalam Quran, Allah menyatakan aszwaaju’, yakni pasangan ..., ada lelaki ada perempuan, ada jantan ada betina ..., ada positif ada nagatif ...,” jelas bulan.
Sri Anisah tunduk. Sejenak kemudian, dia mendongat kepada bulan. Dalam relung otaknya menjelma data Quran. Dalam kitab suci itu ada dua belas kata azwaaju – pasangan.
“Kalau Sri tak kahwin, Sri tak sempurna jadi manusia dalam golongan manusia berperikemanusiaan, Sri mesti ada anak ..., keturunan Seri ..., pengganti Sri ..., pewris Sri ...,” bulan menasihati Sri Anisah.
“Iake?” Sri bertanya.
“Ia, jika Sri tidak bersuami, tak ada anak ..., tak ada manusia yang tahu Sri dilahirkan dan wujud, di muka bumi ini ...,” jawab bulan.
Sri Anisah meletakkan jari telunjuk tombak serainya ke celah sepasang bibitnya. Di gigit hujung jari itu, seperti orang geramkan ssuatu.
“Yakinlah Sri, firman Allah, dalam surah al insyirah: Sesungguhnya, tiap – tiap kesukaran itu disertai kemudahan.”
Dari pohon akasia, di seberang jalan, bunyi pungguk mendayu – dayu. Hiba. Entah benar, entah tidak si unggas buruk itu merindukan bulan. Sepanjang hayatnya, bertepuk sebelah tangan. Entahkan umat yang menyangka pungguk rindukan bulan itu, tertipu oleh fikiran mereka sendiri. Pungguk berzikir. Ratib nama – nama Allah – asmaul husna.
“Selama pagi, sayang,” bulan mengucap mesara kepada Sri Anisah.
“Selamat pagi,”sahut Sri Anisah.
Bulan berlalu menjalankan perintah Allah. Sri Anisah masih berdiri manja dalam cahaya bulan di Jendela. Hatinya terlerai dari duka yang sentiasa mengocah ketenteraman jiwanya.
“Bulan...,” Suara Sri Anisah tertelah dalam halkumnya sendiri.
Nekadnya; nasihat bulan akan dijadikan paduan di perjalanan hidupnya yang jauh.

Tamat


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.