CATATAN
mokhtar petah
---------sama - sama kita fikir --------
PENDIRIAN TEGAS
IKAN PUYU
Guru agama Islam dari Selatan Thailand, Haji Muhammad Khir Baba, menyeru umat Islam, di Perlis dan negeri - negeri yang berhampiran agar tidak memakan ikan puyu yang dbawa masuk dari Thailand kerana penternak - penternak ikan tersebut di sana memberi makan ikan -ikan mereka dengan perut babi yang dipotong - potong halus.
SEKOLAH TIDAK CUKUP WANG
Sekolah agama - Masrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, dalam keadaan kekurangan wang dan terepaksa berjimat cermat, demikian satu sumber dari sekolah terebut memberitahu.
KERAJAAN NEGERI
Kerajaan Negeri Selangor amat memberi perhatian yang serius terhadap kedudukan sosio - ekonomi Orang Asli, di negeri itu yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa memerintah negeri itu dulu.
KERAJAAN THAI
Para pejuang kemerdekaan empat wilayah di Selatan Thailan - untuk menegakkan negara Islam - , menyifatkan kerajaan Thai sama dengan Yahudi, sama ada di segi menjajah mahupun kekejaman.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.