Saturday, March 13, 2010

SAJAK



PUSARA ATAS BUKIT



Pusara atas bukit,

Sepi bawah pohon tualang tua,

Seberkas tulang selangka,

Tulang temulang pahlawan Melayu

Khazanahnya.



Pusara atas bukit,

Tanpa nisan,

Tanda wujud seberkas

tulang keramat,

Pahlawan Melayu di

dalamnya,

Ruhnya di syurga.



Pusara atas bukit,

Pahlawan Melayu berjasa,

Menentang Birch

bersama seldadunya,

Bernafsu penjajah dan

haiwan,

Atas bumi bertuah.



Pusara atas bukit,

Dilupakan warisnya,

Jahil bangsanya sendiri,

menelaah - tafsirkan

sejarah,

Pusara jadi rumah hantu.


Pasir Salak ……………Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.