PENDUDUK LUAR BANDAR
BANYAK MAKAN SEDIKIT BACA
Oleh: Mokhtar Petah
Kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan dan kuasa Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, telah mengambil langkah yang serius untuk menghapusakan kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar dengan menyusun semula masyarakat serta membaik - suburkan sumber makan.
Semua penduduk luar bandar telah dibelit kemiskinan akibat polisi penjajah Inggeris yang sama dengan mana penjajah di seluruh dunia, iaitu lebih mengutamakan kaum pendatang dalam semua bidang kehidupan dan memencilkan anak watan atau menjadikan mereka hidup dalam keadaan hamba.
Pada zaman penjajah Inggeris, sebilangan besar penuduk luar bandar yang terdiri dari orang Melayu - Melayu Semenanjung dan Melayu dari ceruk rantau Kepulauan Melayu - , hidup dalam keadaan seperti ayam terbiar; kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang
RAHANG KEMISKINAN
Pada tahun 1971, Dasar Ekonmi Baru (DEB) telah diwujud dan dilancarkan.Dasar itu melibatkan secara langsung penduduk-penduduk luar bandar yang pada umumnya berada dalam rahang kemiskinan seperti ber‘selimutkan kain panjang lima, tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepala terbuka’.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menjadualkan matlamat dan melaksanakan secara drastik pembangunan bagi penduduk-penduduk luar bandar, di antaranya:
a - Mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk-penduduk
luar bandar.
b. Memperbanyakkan peluang - peluang pekerjaan kepada
penduduk luar bandar.
c. Mempertingkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
d. Menggalakkan penggunaan sumber-sumber tempatan
secara optimum.
e. Menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur.
f. Mengadakan program – program ekonomi dengan tingkat
kemahiran dan kebolehan masyarakat luar Bandar.
g. Menyediakan kemudah-kemudahan sosial.
h. Mewujudkan satu masyarakat yang gigih, berdikari
dan bekerjasama.
Hasil dari kejayaan Pembnagunan Luar Bandar telah menjdikan tidak ada bezanya antara penduduk luar bandar dengan penduduk dalam bandar, di segi hasil makanan. Makanan luar bandar banyak di bandar dan makanan dalam bandar, iaitu makanan yang diimport telah datang ke luar bandar.
MEMIKUL TANGGUNGJAWAB
Pada zaman Tanah Melayu belum merdeka, penduduk luar bandar sukaer mendapat kiju, mentega dan makanan yang berzat dan diimport dari negara - negara lain.
Di segi makan dan minum tidak ada bedanya antara penduduk luar Bandar Pada masa ini, Kementerin Kemajuan Luar Bandar telah memikul tanggungjawab yang berat untuk melanjutkan usaha bagi melaksanakan rancangan yang telah dijadualkan itu. Kementerian tersebut telah berganding bahu dengan Kementerian Pertanian untuk untuk membaanyakan hasil makanan kepada penduduk luar bandar.
Hasil makanan luar bandar telah melimpah ke bandar. Maka orang luar bandar mendapat wang dari hasil usha mereka dan penduduk bandar mendapat nikmat dari usaha penduduk luar bandar.
AGAMA ISLAM
Pada umumnya penduduk luar bandar mahukan makanan yang mengandungi zat dan bersih seperti yang ditunjuk atau dinasihatkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan halal mengikut hukum dalam agama Islam,.
Makanlah yang halal dan yang baik-baik dari rezeki
yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu.[1]
Makanan yang halal di segi agama telah ada dalam ilmu fiqh Islam. Makanan yang halal itu ialah:
1 - Jenis haiwan dan unggas yang hidup mestilah
disembeleh dengan menggunakan nama Allah
Taala.
2 -Tidak memabukkan, beracun dan
memudaratkan badan dan jiwa.
3 - Makanan-makanan dari jenis yang dihalalakan
oleh Allah Taala. Babi adalah haiwan yan
diharamkan memakannya oleh Allah Taala.
4 - Makanan yang tidak dari hasil curi, rompak,
rasuah, tipu, riba dan sebagainya.
Manakala makanan tayyiban (yang baik) ialah:
1 - Haiwan, unggas dan makanan laut yang subur dan
tidak berpenyakit, beracun, busuk dan sebagainya.
2 - Sayur-sayuran,buah-buahan, tumbuh-tumbuhan,
ubi-ubian dan biji-bijian yang subur dan mengandungi
zat (vitamin).
BANYAK MAKAN
Kejayaan Kementerian Luar Bandar (kini’ Kementerian Pedmbangunan Luar Bandasr dan Wilayah dan menterinya, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib) telah berjaya menjadikan penduduk luar banbar hidup dalam kesenangan mengikut Peringkat usaha masing - masing. Ertinya penduduk luar bandar kini banyak makan.
Pada masa ini, kementerian tersebut masiah meneruakan memberi penduduk luar bandar banyak makan. Tetapi kurang memberikan penduduk luar bandar banyak baca. Penduduk luar bandar kurang membaca surat khabar, majalah dan buku.
Sesuai dengan keperluan bagi semua manusia yang hidup dalam alaf baru atau yang hidup dalam negara yang mengamalkan Islam, maka penduduk luar bandar, selain daripada mereka memerlukan makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya, maka mereka juga memerlukan makanan ruhani, iaitu membaca.
KAMPUNG BARU
Elok saua kemukakan hasil penyelidikan di bidang media dan membaca antara penduduk luar bandar dari orang Melayu dengan penduduk luar bandar (kebanyakannya di kampung – kampung baru) yang terdiri dari orang Cina, di daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak, pada tahun 1960 hingga 1980-an. Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, daerah Mersing dan sekitarnya di Johor dan daerah Hulu Selangor.
Daerah – daerah itu terdapat perbezaan yang jauh juimlah pembaca suarat khabar yang terdiri dri orang Melayu dengan orang cina. Perhatikan brikut ini:
SURAT KHABAR
Kampung Melayu: 2 hingga 5 sehari.
Kampung Baru: 200 hingga 1,000 sehari.
MAJALAH
Kampung Melayu – 10 hingga 50 sebulan.
Kampung Baru : 50 hingga 500 sebulan.
BUKU UMUM
Kampung Melayu 2 hinggaa 5 dalam sebulan.
Kampung Baru 20 hingga 300 sebulan.
FAHAMAN KOMUNIS
Dari kajian di atas ini, dapat diperakui, bahawa jumlah peratus penduduk luar bandar di kalangan belia yang berpengetahuan am amat kurang berbanding dengan peratus belia Cina dalam kampung – kampung baru.
Saya telah meninjau kepada lima orang belia Cina, di Kampung Baru Air Kala dekat Grik mengenai ‘ komunis’ pada tahun 1960-an. Jawapan mereka sama, iaitu : Komunis orang yang mengnut fahamam komunis, yang menuntut hak sama rata antara rakyat dan tidak percaya wujudnya Tuhan.
Pertanyaan yang sama kepada lima belia kampung Gelok dan Bukit Nangka.Jawapan mereka: Komunis itu penjahat. Mereka tidak mengetahui apa anutan orang komunis yang dikatakan jahat itu.
KRISIS SOSIAL
Pada masa ini pun, penduduk - penduduk luar bandar masih kurang pengetahuan am. Ramai penuntut luar bandar telah mencapai keputusan peperiksaan sekolah menengah dengan baik dan cemerlang, tetapi mereka masih kurang pengetahuan am berebanding dengan penuntut – penuntut dalam bandar.
Kalau ini boleh dikatakan krisis sosial di kalangan rakyat negera ini, maka krisis ini akibat kerajaan atau Kementerian Luar Bandan dan Wilayah lebih mengutamakan penduduk luar bandar ‘kenyang dengan makanan’ dan tidak mementingkan ‘ sarat dengan pengetahuan’.
Buktinya, dalam kawasan luar bandar - kampung dan mukim tidak diwujuudkan perpustakaan atau kutub khanah orang ramai seperi yang wujud di bandar-bandar besar.
KUTUB KHANAH
Kerana tidak ada perpustakaan atau kutub khanah di kampung – kampung atau mukim – mukim, maka penduduk - penduduk, terutamanya penuntut dan belia tidapa membaca buku - buku yang berfaedah atau yang boleh menambahkan pengetahuan am mereka.
Mungkin ada yang bersetuju dengan pendapat saya, bahawa negara yang baik dan sempurna kerana adanya rakyat yang berpengetahuan am yang sempurna. Mereka yang banyak pengetahuan am adalah termasuk golongan orang yang bijaksana.
Saya mengesyurkan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Shafie Abdal, agar kementeriaan beliau menambah tanggungjawab dan menambahkan peruntukan kepada memberi makanan ruhani kepada penduduk – penduduk luar bandar dengan menubuhkan perpustakaan atau kutubh khanah di kampung mereka.
DAYA FIKIR
Perpustakaan atau kutub khanah itu nanti hendaklah sentiasa hidup, iaitu dengan membanyakkan buku, majalah dan sebagianya. Sentisa diisi dengan buku – buiu dan majalah baru.
Dengan wujudnya perpustakaan kecil di kampung-kampung, akan dapat membina daya fakir, pengetahuan am penduduk luar Bandar. Dengan memikian mereka dapat mengimbangkan sikap merenung kepada kebaikan kerajaan terhdap mereka, mengukuhkan rasa persahabatan dan pergaulan di samping merenung dunia tanpa sempadan ini.
Hasil daria kajian, bahawa para pelajar di Bandar mempunyai kemudahan membaca dan mendapatkan bahan-bahan rujukan dan kajian di perpustakaan, tetapi pelajar-pelajar di luar bandar dalam keadaan ketinggalan. Ada yang hanya berharapkan buku-buku pelajaran dan guru-guru mereka sahaja..
Tugas atau tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada zaman kemajuan ini, eloklah mengimbangkan bantuan dan pertoloongan penduduk luar bandar, iaitu tidak memberi mereka banyhak makan sahaja, tetapi memberikan juga mereka banyak baca.
(Tamat)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.