MATI SYAHUID
Jangan anda menyangka orang - orang yang terbubunuh (mati syahid) dalam peperangan pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimnewa) di sisi Penguasa (Allah) mereka dengan mendapat rezeki. - Ali Imran:169.
HADIS
AMANAH
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Apabila seseorang berbicara dengan anda, lalu dia menoleh ( ke kanan dan ke kiri, melihat ada orang lain atau tidak), nyatalah yang dibicarakan itu adalah amanah (yang tidak boleh orang lainmengetahu).
- Perawi:Ahmad.
PETUA
PARLIMEN
Parlimen - Dewan Rakyat - adalah tempat mulia di bawah Perlembagaan sesebuah negara, maka, semua yang berbicara di dalamnya pada waktu sidang dijalankan, mesti berbicara denganmenggunakan otak yang waras yang berdasar dan berpandukan pengetahuan dan pengalaman. Tidak boleh dijadikan sebagai kaki lima atau pasar ikan dengan mengluarkan pekataan tidak sopan. Orang - orang yang tidak dapat mengawal emosinya dalam dewan tersebut, ada tokoh yang sukar diyakini untuk kebaikan, kecuali untuk kepentingan dirinya sendiri.
TAHUKAH?
TIDAK SEMUA DILAKSANAKAN
Dalam mana - mana Parlimen, segala usul, cadangan, perbincangan, keputusan yang dicapai, termasuk peruntukan kewangan, tidak semua dilaksanakan untuk orang ramai dan negara setelah beberapa lama sidang Parlimen itu selesai. Rakyat yang bijak pandai menghormati Parlimen tetapi tidak menghormati mereka yang menjadi warga (ahli) Parlimen.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.