PROF. ZULKIFLI MUHAMMAD
PERJUAN POLITIK,
JANJI CINTA DAN MATI SEKUBUR
‘Pada masa UMNO dan pemimpin – pemimpin kebangsaan menentang perjanjian Mc Micheal , seluruh rakyat bangun menentang tipu helah penjajah Inggeris pada satu rapat umum yang dihadiri oleh Dato’ Onn ,Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdul Azizi (Dato’ Panglima Bukit Gantang. Rapa umum itu diadakan di padang Kuala Kangsar. Turut memberrika nucapan berapi – api dalam rapat umum yang dihariri oleh ribuan manusia itu, ialah Zulkigfli MuIhammad.
Dengan hanya memakai kemeja, bersongkok agak melintang berkain sarung dan tidak berkasut (berkaki ayam) Zulkifli berhujah mentang tipu daya penjajah, menentang nafsu besar anak – anak emas penjajah dan memperkatakan tentsang nsib bangsa Melayu akan datang.’
‘Setelah keluar daripada rumah sakit,Zulkifkli tinggal bersama keluarganya di Kota Lama Kiri dan mengajar seorang gadis dua pupunya mengenai agama dan lain – lain lagi. Gadis yang bernama Asiah binti Kamaruddin itu kemudian menjadi isterinya sehidup semati.’
“Dulu saya masuk dan berjuang dalam UMNO kerana UMNO menyuarakan kemerdekaan dan UMNO berani menyuarakan hal itu, tetapi setelah UMNO bergabung dengan MCA, saya pun lebih suka tinggal dalam sebuah parti kebangsaan Melayu yang menjalankan hukum – hukum Islam.
“ Dalam perjuangan saya, dan sekarang ini dalam PAS,kalah menang dalam pilihanraya nanti bukan sola saya.Yang saya mesti sedar sebelum saya meninggalk dunia ini, saya mahu mengerjakan kerja – kerja Allah Taala …, saya hamba – Nya yang hanya menjalankan kerja- kerja itu yang menjadi tanggungjawab saya.” Zilkifli Muhammad.
Beberapa jam sebelum bliau dan isterinya mengehembuskan nafas yang terakhir dan meninggalkan dua puteri mereka ‘Rohana’ dan ‘Norain’, berlaku satu peristiwa menyayukan. Seorang adik saudaranya yang tinggal di Kelantan mengunakan keretanya(Zulkifli) jenis Mercedes untuk kembali ke Kuala Kangsar daripada rumah mereka di Bachok. Masa itu beliau keluar ke pasar dan tatkala kembali didapati isteri dan anak – anaknya berada dalam kereta yang akan bertolak beberapa minit lagi.
Tatkala Zulkifli sampai di halaman rumah dia terus berekata kepada iterinya:
“Hai, Aaa nak balik?”
“Aaa nak balikla … Aa nak biarkan Yang mati seorang ke … Biarlah kita mati bersama ,” katanya dengan senyum penuh mesra dan cinta.
Beberapa jam kemudian, mereka meninggalkan Bacok dengan sebuah kereta Fiat kecil nombor JB9977. Di Kuantan mreka berhenti beberapa minit kerana kereta mereka rosak.
Tatkala mereka bertolak dri Kuantan dan hanya empat batu jauhnya darei Bandar Kuantan, kereta yang dipandunya itu lari denan kecang dan tiba di atas satu jalan yang sebelah kirinya sedang diperbaiki muncul di hadapan sebuah kereta jenis Landrover yang dengan laju masuk ke jalan itu dan kemudian itu berlaku perlanggaran yang dahsyat.
Zulkifli yang memandu kereta dan isterinya yang berada di sebelah kirinya itu kemalangan yang terlalu mengerikan. Zulkifli terperosok di bawah stereng kereta itu dan isterinya terperosok ke tepi ribanya dan isteri yang setia itu mengemabuskan nafas di atas ribanya dan sebelah tangan Zulkifli tereletak di atas badan mayat isterinya dan beliau sendiri pengsan.
Beberapa minitr kemudian, beliau juga menghembuskan nafasnya di dalam sebuah kereta yang membawanya ke rumah sakit di Kuantan.
Berita kematian mereka disirkan oleh Radio Mlaysia pada pukul 10.00 6 Mei 1964.
Kematian Zulkifli telah mengejutkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri. Ketika kemalangan itu berlaku, Tun Abdul Razak berada di Pekan, Pahang.
Mayat mereka berdua diterbangkan dengan kapal terbang khas Angkatan TenteraUdara Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Kuantan ke Lapangan Terbang Ipoh dan kemudian dengan kereta khas membawa mayat mereka dari Jabatan Agama Islam Perak ke rumah bapanya di Kota Lama Kiri.
Mereka berdua telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di hadapan rumah bapanya, ditepi jalan raya Kuala Kangsar – Ipoh,
Sebelum mereka berkahwin, mereka telah bercinta mengikut adat Melayu dan agama Islam. Dalam surat – surat mereka, diselitkan janji setia, sehidup dan semati.
dan Mokhtar Petah
Demikian cabutan dari buku, Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad, oleh: Mokhtar Petah, yang akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang, di Bilik Kedah / Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada jam 5.00 petang ini, semepena Pesta Buku.
Prof. Zulkiflki Muhammad berkaki lembik sebelah kerana polio. Dia Timbalan Yang Dipertua PAS, pada masa Yang Dipertuanya, Dato Haji Mohd. Asri bin Haji Muda. Setiausaha Kolej Islam, Kelang dan sasterawan Melayu terbilang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.