MAZHADALAM ISLAM
Oleh: Mokhtar Petah
Pada zaman silam, kewujudan Mazhab dalam agama Islam telah dijadikan alat menegak dan mempertahankan kekuasaan seseorang yang memerintah atas umat Islam. Mazhab itu pula menjadi jambatan penjajah-penjajah untuk memperkotak katikkan umat Islam di negara mereka sendiri.
Contoh yang jelas, ialah mazhab Wahabi yang menghancurkan golongan ‘Al Quran dan As Sunnah dan Ijmak Ulama’ dan mazhab Ahlus Sunah wal Jamaah di Hijaz atau Arab Saudi telah menyebabkan kebanyakan umat Islam di Semenanjung Arab dan di Negara-negara lain mengalami kelemahan dalam bidang kemasyarakatan, perekonomian, kepolitikan dan segala bidang kehidupan mereka.
Hasil penyelidikan ilmiah, bahawa mazhab Wahabi yang menjadi alat penjajah-penjajah – Biritish dan Amerika Syarikat -, telah menjadi pegangan umat Islam dalam hal ehwal agama Islam, tetapi pada umumnya kalangan ahli-ahli perniagaan dan golongan tertentu telah menggunakan mazhab tersebeut untuk kepentingan mereka.Akibatnya rakya jelata tinggal mudur dan terus mengamalkan sikap hidup di dunia hanya untuk beribadat dan untuk akhirat semata-mata.Atau dengan mazhab itu mereka memudahkan atau meringankan sebilangan besar dari hukum-hukum Allah.
Sesiapa jua yang pernah melawat ke semenanjung Arab dan negara-negara Arab akan bertemu dengan tiga jenis manusia,iaitu satu jenis berpakaian cantik mengikut tradisi orang-orang Arab dengan tradisi ‘Ahlul bait’ dan bau harum semerbak. Jenis yang kedua berpekaian selekeh mengikut tradisi Arab
‘Gerakan Wahabi ditubuhkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (1703 – 1792M).Gerakan ini pula mulanya merupakan gerakan intelek, kemudian setelah pertengahan abad ke-18, berubah menjadi gerakan intelek dan politik.
Awalnya, dalam tahun 1740, Muhammad binh Abdul Wahab
mendapat suaka politik dari Muhammad bin Saud, ketua suku Anzah yang
tidak sependapat dengan ketua suku Uyana yang tinggal di ad Dir’iyyah,
yang jaraknya 6 jam perjalanan dari Uyaynah. Di ad Dir’iyyah,pemikiran
Wahabi mendapat sambutan dari penduduk tempatan dan sekelilingnya.
sekelilingnya.Amir Muhammad bin Saud mula mendekatinya.
Pada tahun 1745, British melalui talibarutnya, ‘Abd al Aziz bin Muhammad
bin Saud telah
dalam dengan menubuhkan kerajaan Saudi I (1745 -1818M).
Pada tahun 1745, Amir Muhammad bin Saud mengumumkan bersetuju dan menerima pendapat dan pemikiran Muhammad bin ‘Abd al Wahab. Ibn Saud turut menunjukkan sokongan kepada beliau. Kumpulan Wahabi sejak ketika itu telah berubah dari gerakan intelek kepada politik. Britishlah yang membekalkkan senjata dan wang kepada mereka. Kumpulan Wahabi mahu menakluki wilayah khalifah Islam dan memerintahnya berdasarkan kepada faham mazhab mereka, serta mernindas mazhab-mazhab lain secara paksa.
Tahun 1765, Muhammad bin Saud meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya, Abd al Aziz yang menjadi ketua suku Anzah. Anaknya mengikuti jejak langkah ayahnya dan memerintah kawasan di bawah kekuasaannya.Pada masa ini gerakan Wahabi terhenti.
Walau bagaimanapun, 41 tahun selepas lahirnya gerakan Wahabi, iaitu dari tahun 1747 hingga 1788, dan 31 tahun selepas ianya terhenti (dari tahun 1757 -1787) aktiviti gerakan itu tiba-tiba aktif semula. Gerakan ini menggunakan kaedah baru dalam menyebarkan mazhab ini dan ia turut disebar-luaskan dan mendapat publisiti di luar sempadan negeri hingga tersebar ke seluruh Negara Islam dan lain-lain kuasa untama dunia. Gerakan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan negara-negara jiran dan seluruh Negara Islam.
Tahun 1788,
dan mengharamkan ziarah ke makam tersebut. Perlu dicatat, sebelumnya pihak British telah
Tahun 1792, Muhammad bin ‘Abd al Wahab meninggal dunia dan anaknya telah menggantikannya seperti Saud menggantikan ayahnya, Abd al Aziz. Amir Saudi kemudiannya telah dilantik secara warisan dan menjadikan Wahabi sebagai alat untuk menentang Khalifah Uthmaniyyah dan mencetuskan peperangan mazhab di tengah umat Islam.
Tahun 1803,
Tahun 1804, tepatnya pada musim bnunga, Madinah jatuh ke tangan mereka.Mereka telah memusnahkan kubah besar yang melindungi makam Rasulullah s.a.w. dan mengambil semua batu permata dan perhiasan berharga yang melekat di kubah tersebut.Selepas berjaya menakluki keseleuruhn Hijaz, mereka menuju kea rah Sham.
…satu kenyataan yang dikethui umum, ialah bahawa kempen Wahabi tercetus akibat hasutan pihak British memandangkan Saud adalah talibarut British. Mereka mengeksploitasi mazhab Wahabi, yang merupakan salah satu mazhab Islam yang diasaskan oleh seorang mujtahid dan mengheret kumpulan ini dalam kancah politik dengan tujuan untuk menentang Negara Islam dan memulakan pergeseran dengan mazhab-mazhab lain dengan tujuan untuk mencetuskan peperangan mazhab dengan Khlifah Uthmaniyyah.Pengikut mazhab ini tidak mengetahui hal demikian yang semuanya dalam pengetahuan Amir Saudi dan rakyat Saudi. Ini kerana hubungan yang wujud bukan pihak British dengan Muhammad bin Abd al Wahab, tetapi antara pihak British dan Abd al Aziz bin Muhammad bin Saud, kemudian dengan anaknya, Saud.’[1]
Di Malaysia, pada masa Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim satu tindakan yang dikatakanh ada hubung-kait dengan mazhab Wahabi[2] telah dilakukan ke atas kumpulan pendukung mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu Darul Arqam pimpinan Ustaz Ashaari Muhammad.Kumpulan itu diharamkan oleh kerajaan dan Ustaz Ashaari Muhammad telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalamj Negeri dan kemudian dibuang ke Labuan.
Pada masa itu hampir setiap ucapannya di khalayak umum, Anwar Ibrahim menggunakan ajaran atau kata-kata Ibnu Taimiyah (Abu Abbas bin Shihabuddin bin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Sheikh Majuddin Abil Barakah Abdus Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qassim al Khadar,bin Al Kadhar bin Ali Abdillah. Lahir di Heran, Palestin, pada 10 Rabiul awal 661H dan meninggal dalam penjara di Damsyik,pada tahun 724H).
Pada perinhgkat awalnya, Ibnu Taimiyah bermazhab Ahlus Sunnah wal Jamaaf,iaitu sebhalah Imam Shafie.Kemudian dia membentuk mazhabnya sendiri bernama ‘Zahiriyah’,iaitu ‘kaum lahir’ atau kaum Mujassimah atau Musabbihah.Dia berfahaman, bahawa Tuhan duduk bersila atas ‘Arras (seperti manusia).Dia pernah mendakwa, “duduk Tuhan di atas Arsy sama dengan duduknya Ibnu Taimiyah atas kerusinya dan turunnya Tuhan dari langit sama dengan turunnya Ibnu Taimiyah dari mimbarnya dan Tuhan itu dilihat atas boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas”.[3]
Kebanyakan dari orang-orang Islam di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman silam telah menerima ilmu pengetahuan agama Islam dari para mu’allim (guru agama) atau mubaligh yang terdiri dari pengembara – pengembara Arab dari Yaman. Mereka itu penjaja-penjaja Quran, buku-buku agama, minyak atar, manik, batu permata, kayu sugi dan barang-barang perhiasan yang menjaja di kampung-kampung.
Sebilangan dari orang-orang Arab dari Yaman yang berhijrah ke negeri Johor, pada zaman negeri
itu diserang oleh tentera-tentera dari Kedah yang dipimpin oleh Tunku Kudin.Sultan Johor telah mengambil orang-orang Arab dari Yaman untuk menjadi tentera upahan bagi mempertahankan negeri tersebut.
Mereka itu terdiri daripada orang-orang Arab dari Hadhral Maut,Yaman yang masing-masing menyandang gelaran ‘sayed’ pada pangkal nama dan pada hujung nama,di antaranaya: Al Sagaf (Mesir),Al Habshi (Habashah),Al Attash,Al kaf, As Sahab, Al Haddad (tukang besi), Yamani dan Jamalul lail.
Ramai juga yang datang dari
Mereka itu terdiri daripada penaiaga-peniaga kecil dan kerana memiliki sedikit sebganyak pengetahuan agama Islam (kebanyakan sekadar fardu ‘ain dan fardhu kifayah yang keciul-kecilan), mereka menjadi pendakwah dan berpeluang mengajar di masjid-masjid.
Ilmu pengetahuan yang mereka ajar kepada orang-orang kampung, dik antaranya, ilmu tauhid, fiqh, tasawuf dan nahu Arab (tidak mengajar bahasa Arab).Pada umumnya merekalah yang mengajar orang-orang Melayu di kampung-kampung yang orang Islam tidak boleh mengerjakan hal-hal duniawi kerana dunia ini untuk orang kafir. Mereka diasak dengan fahaman zuhud, iaitu hidup di dunia ini untuk beramal ibadat untuk hari akhirat sahaja.
Sebagai contok,pada tahun 1951 orang-orang kampung saya mengaji agama di surau kampung menggunakan buku kecil dan nipis ilmu usul atau tauhid bernama ‘Umul barahin’.Pada tahun itu juga saya
telah melanjutkan pelajaran agama ke sekolah agama Islam. Pada tahun 1954, saya telah mencapai pelajaran diperingkat ‘‘Ali’ – menengah atas -, orang-orang kampung saya itu masih belum tamat mengaji buku tersebut.
Kebanyakan dari para mu’allim pendatang itu menggunakan ayat-ayat al Quran, hadis-hadis dan kata-kata para sahabat Nabai Muhammad s.a.w. yang berkisat pada peribadatan sahaja. Mereka juga menterjemahkannya dengan cara yang dianjurkan oleh Ibnu Taimiyah, iaitu, menurut erti lafaznya yang lahir,yakni cara harfiah atau mengikut huruf.
Contoknya, sebuah hadis, “addunya jifah, man talabuha kilab” – “dunia itu bangkai, siapa yang menuntutnya (ialah) anjing-anjing”. Mereka ‘dunia’ dengan hal ehwal kehidupan di dunia.Tetapi dunia pada hadis itu ialah, segala kemewahan hidup yang bersifat kemungkaran atau sesuatu yang ditegah oleh Allah dari melakukannya.
Dua buah hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengenai beramal untuk kehidupan dunia, maksudnya:
Beramallah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk hari akhirat kamu seolah-olah kamau akan mati esok.[4]
Laksanakan lima kesempatan sebelum datang lima kesempatan, 1 – Laksanakan kesempatan sihatmu sebelum datang sakaitmu, 2 - Laksanakan kesempatan lapangmu sebekum datang kesempitanmu, 3 – Laksanakan hari mudamu sebelum datang hari tuamu, 4 – laksanakan waktu kekayaanmu sebelum datang
kemiskinanmu , 5 – Laksanakan kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat matimu.[5]
Kebanyakan mereka menggunakan perkataan tasyabbuh (syubhat), iaitu menyerupai orang kafir-, dari Hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam-imam besar dalam Islam secara ‘borong’,iaitu tidak diberi keterangan atau menghuraiankan yang mana ‘tasybbuh’ boleh diguna pakai dan yang mana pula tidak boleh. Maka orang-orang kampung yang mendengar ajaran mereka itu telah menjadi ‘jumud’.Mereka tidak tidak mahu memakai,mengguna hatta belajar dan bekerja seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kristian dan pemeluk-pemeluk agama lain.
Sunguhpun begitu, kebanyhakan dari para mu’allim tidak pula melarangkerana tashabbuh yang menyerupai orang-orang agama Hindu atau Budha yang menjadi amalan dalam budaya orang Melayu, seperti wayang kulit, istiadat menepung tawar,melenggang perut, istadat memuja dewa-dewa, menjamu penunggu kampung, bersanding dan sebagainya.
Sama ada penyelidikan yang saya telah lakukan mahupun pengalaman yang telah dapat saya timba dari kalangan orang-orang Islam di kampung-kampung dalam beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu, bahawa pada sekitar tahun 1930-an dan l940-an, kerana tasyabbuh atau menyerupai orang kafir, mereka tidak melakukan atau guna pakai, di antaranya:
1- Seluar atau celana panjang (trousers).
2- Tali leher (necktie).
3- Menggunakan garpu dan camca atau penyepit.
4- Bergunting rambut atau berambut panjang bagi lelaki.
5 - Memakai sebarang topi.
6 - Bermain bola sepak,bulu tangkis, hoki, polo,keriket,
golf dan sebarang permainan dari barat.
7 - Bermain alat-alat musik.
8 – Peti menyanyi dan piring hitam.
9 – Menggatih basikal bagi wanita.
Alangkah baiknya kalau mereka menerangkan sesuatu yang menyerupai amalan, ragaman dan pakaian orang kafir yang tidak baik atau melawanan dengan tegahan dalam agama Islam, seperti:
1 - Pegaulan bebas lelaki dan perempuan yang sah nikah.
2 - Pakaian yang mendedahkan aurat bagi lelaki dan perempuan.
3 - Tari menarian; sebarang jenis taria, kerana semua tarian
mempromosi atau mempamira pelakuakn seks dan memberahi,
mennghairah atau mengkhayalkan orang-orang yang menonton.
5- Menyanyi di khlayak ramai oleh perempuan,kerana suara perempuan
adalah aurat atau menimbulkan berahi bagi oranglelakii yang
mendengarnya.
6 - Makan dan minum yang dilarang oleh agama Islam.
7 - Belajar bahasa Inggris mesti didahului atau disertakan
belajar ilmu agama Ialam sekurang-kurangnya fardhu ‘ain.
Mereka juga sering menggunakan hadis Nabi Muhamamad s.a.w., “al ulama warithatul anbia” – “para guru (agama Islam) waris para nabi”,sebagai senjata bagi kepentingan mereka.Orang-orang yang belajar kepada mereka mengikut kata-kata mereka itu secara jahiliyah.Sedangkang kebanyakan daripada mu’allim atau guru-guru agama yang terdiri dari pendatang-pendatang itu belum mencapai taraf ulama seperti yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan mengunakan cara-cara demikian, guru-guru (agama Islam) pendatang itu dapat mengaut peluang-peluang dari orang-orang kampung yang menjadai murid mereka,di antaranya mereka mendapat harta seperti tanah,wang, sedekah seperti zakat atau fitrah.Ada yang berkahwin dengan janda-janda atau gadis-gadis orang kampung.
Mereka telah mengeluar fatwa, iaitu anak-anak gadis berkahiwn dengan mereka (muallim) akan masuk syurga.
Ada kemungkinan ada di antgara para mu’allim pendatang itu diperalatkan oleh penjajah Inggeris atau Amerika Sayarikat atau mana-mana pihak menerusi mazhab Wahabi , mazhab Qadiani atau tidak bersandar kepada mana-mana mazhab dengan tujuan untuk melemahkan umat Islam.Ajaran-ajaran menjadikan orang-orang Islam berfikiran sempit atau jumud.
Sementara Yahudi antarabangsa telah menjalankan dakwah di kalangan orang-orang Melayu yang berpendidikan tinggi – lepasan universiti atau institusi pengajian tinggi dari begara-negara barat -, menerusiu kelab-kelab dan seumpamanya. Mereka melamahkan orang-orang Islam dengan berbagai-bagai
cara. Di antaranya:
1 – Bermain atau melepak dalam kelab-kelab atau bersukan sehingga
meninggalkan waktu sembahyang fardhu.
2- Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan masing-masing rela
berukar-tukar pasangan untuk menari dan debagainya.
3– Ajaran orang Islam tidak perlu bekerja keras untuk hehidupan dunia,
kerana Imam Mahadi akan lahir untuk menolong mereka.
4 - Menawarkan biasiswa kepda pelajar-pelajar Melayu untujk
melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
5 - Menanamkan ajaran kepada wanita-wanita Islam supaya menuntut
Hak dari kaum lelaki hingga melebihi ketentuan dalam agama Islam,
Seperti maksud firman Allah berikut ini:
Orang-orang lelaki itu pemimpin atas orang-orang perempuan.[6]
- An Nisa:34
Perhatian: Sekitar tahun 1954 - 1959, saya mempunyai tujuh belas orang rakan karib. Lapan orang dari mereka telah menuntut pelajaran di sekolah agama (sekolah rakyat atau pondok), sembilan orang termasuk dua orang perempuan telah menuntut di sekolah Inggeris hingga ke universiti luar negeri;
Rakan-rakan saya yang telah menuntut di sekolah agama meneruskan hidup sampai tua atau hingga ke akhir hayat, kuat beribadat, berkecimpung dalam perniagaan dan perusahaan, seperti kilang kayu balak, percetakan, eksport dan import.
Manakala yang menuntut di sekolah Inggeris dan tidak belajar pengetahuaan agama Islam; Seorang mencapai pelajaran peringkat doktorat atau Ph.D. dan murtad di luar negara.Lima orang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, jadi kaki botol (minum arak),zina dan melakukan perbuatan hampir dengan zina dan hidup berfoya-foya hingga akhir hayat. Dua orang dari mereka, seorang melibatkan diri dalam perniagaan khjinzir dan seorang lagi dalam perniagaan yang bersifat perjudian.Akhirnya mereka muflis.
Manakala yang perempuan, hidup cara orang barat, bebas bergaul, suami menjadi tunggul di tebing dan ramai lelaki menjadi suami part timenya.Pada akhir hayatnya dia mengidap penyakit barah usus.
[1] Ahmad Mustafa, 2001, Jurnal Liwa’ Ul-Haq,bilangan 2 (tidak diketahui alamat penerbitnya).
[2] Catatan Wartawan:Pada masa itu Anwar Ibrahim rapat dengan kerajaan Arab Saudi.Pembninaan Pusat
Islam dan Universiti Islam Antarabangsa
Saudi.Sebilangan mualim muda,termasuk kadhi telah dihantar mengikuti kursus singkat mazhab
Wahabi di Universiti Madinah. Dalam satu pertengkaran antara Anwar Ibrahim dengan penulis yang
rapat dengan Ustaz Ashaari Muhammad, Mohd.Sayuti Omar, di lobi Parlimen
1990 – di hadapan saya –, Anwar Ibrahim berkata “..kamu un Islamic’ dan penulis itu membalas, “you
are politiction munafiq”.
[3] K.H.Sirajuddin Abbas,1978, I’TIQAD AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH,
Press Sdn.Bhd.hl.261,264.
[4] Hadis, riwayat, Ibnu Shakir.
[5] Hadis,riwayat,Al Baihaqi.
[6] An Nisa:34
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.