UMAT ISLAM WAJIB WASPADA
Oleh:
Mungkin setiap orang Melayu yang usia muda sebelum 31 Ogos 1957, pada hari ini bertanya: “Adakah negara kita pada masa mendatang akan kekal dengan pegangan ideologi nasional - kapitalis, atau berubah kepada sosialis, komunis atau pun Negara Islam?”
Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan h
Negara yang berpegang kepada nasional-kapitalisme, kelihatan pada sesuatu perkara tertentu mengikut Islam dan perkara-perkara lain tidak mengikut Islam atau berlawanan dengan Islam.
Contohnya:
* Islam mengharamkan arak, tetapi di negara kita diadakan lesen dan boleh diperdagangkan.* Islam mengharamkan riba, tetapi di negara kita amalan itu telah menjadi perkara biasa seperti dihalalkan.
* Islam mengharamkan judi, tetapi di negara kita ada kasino dan berbagai judi dengan berlesen.
Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, elok kita kembali menjenguk atau melihat ke belakang, iaitu kepada sejarah bumi Melayu ini, iaitu sejak tahun 1930-an hingga di ambang kemerdekaan 31 Ogos 1957.
Semua Orang Melayu di Semenanjung telah bernasib baik – dengan pertolongan Allah -, mereka beragama Islam. Pada umumnya iman mereka tegar dan dapat menentang sebarang ideologi ciptaan manusia. Kecuali orang Melayu yang berpendidikan Barat, tidak ada seorang Melayu pun murtad walaupun mereka mengerjakan perkara-perkara berdosa.Penjajah Inggeris - dengan kerjasama Yahudi - telah menggunakan Raja-Raja Melayu, orang besar-besar Melayu, ulama yang digaji, guru sekolah Inggeris dan ketua masyarakat untuk menerapkan secara licin fahaman dan amalan yang berdasarkan kapitalisme.
Beberapa buah sekolah Inggeris, di antaranya Kolej Melayu Kuala Kangsar menjadi ‘industri’ menukar fikiran para putera Raja dan Orang besar-besar Melayu kepada hidup sebagai orang kapitalis Inggeris.
Sebilangan orang pendatang dari Cina menganut komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx (German: 1818-83), melalui dua bukunya, Communist Manifesto (1848), A Contribution of the Critigue of Political Economy (1850) Das Kapital (1867) telah menyebarkan fahaman komunis di kalangan orang-orang Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara – Sarawak, Sabah dan Brunei.
Karl Mark
Begitu juga orang-orang India yang berpelajaran Inggeris dan cenderung kepada Parti Komunis Great Britain (1920) yang dikatakan ahlinya 33,000 orang dan Parti Komunis India yang terpengaruh dengan.
Pedagang-pedagang Cina zaman silam yang telah menerima pesan-nasihat dari orang tua-tua China di negara mereka mempunyai hasrat menjadikan Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo Utara serta Indonesia sebagai negara baru mereka.Empat pesanan-nasihat orang tua-tua mereka itu seperti yang diceritakan oleh beberapa orang tua Cina di Perak kepada saya pada tahun 1970-an. Di antara mereka itu, Dato Chong Kok Lim, Dato Lew Lay Seng, saudagar getah Joo Seng dan Baba Lim (bekas pegawai Cawangan Khas (Kuala Kangsar) dan Dato Loh Kok Long, Pengkalan Hulu, Hulu Perak, iaitu:
1 - Kamu buat baik dengan ketua setempatan (dari kampung hingga negeri, meliputi menteri, Raja yang memerintah)
2 - Kamu sewa harta tidak bergerak (tanah dan rumah) dengan surat perjanjian, jangan keluar dari rumah itu walaupun dipaksa hingga ke mahkamah.
3 - Kamu beli harta tidak bergerak (tanah dan rumah), walaupun mahal, kalau perlu minta bantuan dari kelab-kelab orang Cina seberang laut.
4 - Kamu tipulah, asalkan mendatangkan untung, tetapi jangan menipu ibu dan bapa mertua.
Para pendatang Cina berharap mereka akan dapat menguasai bumi tempat mereka menumpang pada satu masa nanti melalui kekuatan parti komunis dan penyebaran komunisme kepada semua penduduk asal, iaitu orang Melayu.
Para pemimpin dan komrad Parti Komunis Malaya (PKM) - menjadi anjung Parti Komunis Cina (PKC) yang menganut Marxisme -, amat yakin yang maksud mereka untuk menguasai Tanah Melayu menjadi bumi Cina kedua di bawah Parti Komunis Cina (PKC).Melalui tindakan menentang penjajah Inggeris di Tanah Melayu dengan menggerakkan gerila seperti pergerakan gerila pemimpin Kambodia, Sun Yet Sen (kerjasama dengan komunis:1866- 1925), mempunyai serampang dua mata – menentang penjajah Inggeris dan Jepun dan mengusai Tanah Melayu di bawah Parti Komunis Cina (PKC)
Hikmah atau doktrin dari Parti Komunis Cina (PKC) telah menjadi ikutan orang-orang Cina Singapura khasnya dan di Semenanjung Tanah Melayu amnya.
Kebanyakan pemimpin Cina di Singapura telah berminat menjadikan Pulau Singapura sebagai negara baru Cina di Seberang laut. Tetapi mereka tidak yakin akan mencapai kejayaan, kalau melalui perjuangan komunis, tetapi mereka akan berjaya dengan menggunakan sosio-demokratik.
Pada masa Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura belum ditubuhkan, ramai orang Cina di sana yang telah menganut komunisme, telah merelakan diri meninggalkan ideologi tersebut dan mengikut Lee Kwan Yew menggunakan sosio-demokratik. Akhirnya mereka – orang Cina telah berjaya memerintah Singapura.
Manakala orang Cina yang terpengaruh dengan Chiang Kai-shek @ Jiang Jie Shi (1887-1975) Guomindang @ Kuomintang (1919 -1949) – nasional – kapitalis, mempunyai tujuan besar untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Cina baru di seberang laut.
Satu golongan orang Cina yang terdiri dari saudagar–saudagar bijih timah di Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai oleh Law Pak Kuan telah mendesak penjajah Inggeris supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang Melayu, tetapi diberikan kepada orang Cina.
Manakala orang-orang India–Ceylon (Sri Lanka) telah menuntut kepada penjajah Inggeris, supaya Tanah Melayu diserahkan kepada orang India–Ceylon (Sri Lanka).
Sebilangan orang Cina, di antaranya, Datuk Cheng Lock Tan, Col. Sir Henry H.S.Lee dan Leong Yew Koh percaya, dengan mengubah Malayan Chinese Associetin (MCA) – dari pertubuhan kebajikan – kepada parti politik dan bekerjasama dengan UMNO akan dapat mencapai kejayaan orang Cina berkuasa di Tanah Melay.u, sekurang-kurangnya memegang jawatan penting dalam kabinet Perikatan UMNO, MCA dan Malayan Indian Congress (MIC).
Walaupun MIC dianggotai oleh orang-orang India berkasta rendah (anak-anak kaum buruh estet getah, jalan raya dan kereta api dan sebagainya) dan sedikit benar berkasta tinggi yakin akan dapat berkongsi kuasa dengan UMNO dan MCA.
Sebilangan kecil orang Melayu. yang berjuang menuntut kemerdekaan telah terpengaruh dengan pergerakan Parti Komunis China (PKC) dan berlindung atau bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), di antara mereka itu, Rashid Maidin, Abdullah C.D., Awang Ali dan Musa Ahmad (tidak menganut komunisme dan tetap beriman kepada Allah).
Sheikh Abdullah Fahim – ulama yang mempunyai kesedaran politik yang berdasarkan Islam atau Islamisme, telah memberi tunjuk – pandu kepada salah seorang muridnya, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, supaya menubuhkan parti politik Islam, iaitu Hizbul Muslimin (1945) (tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan).Tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah Tan Melaka, Mokhtaruddin Lassoh telah merangsang pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi supaya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada Oktober 1945 (Tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan).
Para Penasihat British telah menasihati Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz dan beberapa orang lagi supaya menubuhkan parti politik bercorak nasionalis- kapitalis.
Hasil Kongres Melayu menentang Malayan Union telah menubuhkan UMNO pada tahun 1946, sebuah parti politik orang Melayu tulen. Tetapi kemudian sekumpulan orang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad telah keluar dari UMNO.
Setelah UMNO ditubuhkan, penjajah Inggeris telah mengambil tindakan menangkap ramai ahli Parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Mereka di tahan dalam beberapa khemah tahanan di Tanah Melayu.
Dasar parti-parti politik Melayu tersebut seperti berikut:
* Hizbul Muslimin - nasional, Melayu, Ideologi Islam (Islamisme)
* Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) –nasionalis (warga Malaya terdiri dari berbagai keturunan), sosio-nasional. Agama Islam agama negara.
* Pertubuhan Kebangsaan Melayu (PEKEMBAR–UMNO), nasional–kapitalis.
*Persastuan Melayu Semenanjung (PMS), nasional-kapitalis.
* Parti Negara pimpinan Onn Jaafar, nasional-kapitalis.
* Serpihan UMNO ditubuhkan oleh para bekas ahli parti Hizbul Muslimin, berideologi Islam atau Islamisme.
Setelah merdeka dan pada zaman merdeka, hingga pada masa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie sebilangan penuntut universiti dan sekolah Menengah Cina cenderung kepada komunisme.
Seperti dijelaskan oleh Ghazali Shafie kepada saya, sebilangan mereka telah ditangkap di bawa ISA, tetapi setelah dibebaskan dan tamat universiti, mereka telah menyertai parti-parti politik orang Cina di negara ini.
Ramai daripada mereka fro Singapura dan Lee Kuan Yew. Ada di antara mereka berhasrat menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura, iaitu dikuasai oleh orang Cina. Kini hasrat itu telah tercapai walaupun masih di bawah Kerajaan Pusat.Sekarang, kebanyakan orang-orang Cina dan India dalam parti–parti politik mempunyai harapan yang tinggi, jika amalan sosio-demokratik diamalkan, pada satu masa nanti mereka akan dapat menguasai Malaysia.
Untuk mencapai tujuan itu, mereka terpaksa berjinak atau bekerjasama dengan orang Melayu, di antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Amalan itu telah dilakukan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Selain itu sebagai benteng terpaksa menggunakan PAS, kerana parti itu berideologikan Islam yang akan diterima oleh Raja-Raja Melayu khasnya dan orang Melayu amnya.Selepas Pilihan Raya Ke 12, terdengar cakap-cakap orang politik, bahawa sosialis sama dengan Islam atau Islam sesuai dengan sosialisme. Yang demikian itu adalah bahaya kepada orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara ini.
Kalau negara dikuasai oleh parti politik mengamalkan sosio-demokratik, nescaya kuasa Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, kerana negara sosialis tidak perlukan Raja memerintah, kerana negara bercorak republik. Dan hanya ada rupa bangsa yang tunggal – Malaysia dan orang Malaysia.Islam mengakui ada Allah dan Negara Islam. Kapitalis mengabaikan Tuhan dan boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sosialis memperjuangkan hak sama rata rakyat dan menolak kekuasaan Tuhan. Manakala Komunis dan Atheis, memperjuangkan hak sama rata rakyat dan tidak mengaku kewujudan Tuhan.
Bagaimana Anwar Ibrahim yang dulunya pada masa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperjuangkan Islam, tetapi kini menjadi penasihat parti politik yang bercorak sosio-demokratik?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.