Sunday, February 28, 2010

SAJAK (ulangan)



MUHAMMAD AL AMIN


Muhammad al amin,

Lahir pada lebih seribu tahun silam,

12 Rabiul awwal tahun gajah,

Putera yatim di bumi Makah,

Aminah ibunya, janda solehah.



Muhammad al amin,

Rasul pada hujung zaman,

Rasul pilihan,

Perobah zaman,

Pelopor tamadun umat manusia.



Muhammad al amin,

Quran gedung wahyu Allah,

Mukjizat berhias berkat,

Kepada anda dilimpah ruah,

Petunjuk berhikmat seluruh jagat.



Muhammad al amin,

Anda pemimpin revolusi kemanusiaan,

Menghapus kepalsuaan,

Kemungkaran umat manusia,

Anti Allah dan pemusnah kemanusiaan.



Muhammad al amin,

Sunnah anda panduan kami,

Hadis anda kuliyah yang tiada surut,

Pengetahua duniawi dan ukhrawi,

Melebihi seluruh laut.



Muhammad al amin,

Kambing anda gembalakan dulu,

Entah di mana kini,

Jika Melayu terjah Quran dan sunnah,

Jadilah kambing anda semula!



Muhammad al amin,

Selawat kami kepada anda,

Iktikad dan takwa kami tanpa hujung,

Sefaatkan kami Melayu sebangsa,

Di akhira anda tempatkan di shyurga.



Masjid Putrajaya ......Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.