Sektor swasta digalak laksana pendidikan prasekolah:Muhyiddin
KODIANG - Kerajaan akan memperkasakan pendidikan prasekolah dengan menggalakkan sektor swasta turut seiringan dengan kerajaan dalam melaksanakannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga akan membantu sektor swasta yang melaksanakan pendidikan pra sekolah, namun bantuan itu hanya akan diberikan kepada sektor swasta yang mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran.
Menurutnya, antara bantuan yang akan disalurkan termasuk geran pelancaran selain latihan kepada bakal guru pra sekolah, kata beliau semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan warga pendidik kawasan Kubang Pasu dekat sini, hari ini.
“Geran pelancaran itu hanya akan ditawarkan kepada sektor swasta yang telah mempunyai guru terlatih dan mematuhi kurikulum Kementerian Pelajaran,”katanya.(Berita ini diambil dari Sinar Harian - Bernama online, 7 Februari 2010)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.