Tuesday, February 23, 2010

BERITA

Pembantu rumah, majikan wajib hadir

KUALA LUMPUR - Bermula bulan depan, semua pembantu rumah asing yang baru masuk ke negara ini dan majikan mereka diwajibkan menghadiri satu seminar bagi memberi pendedahan tentang hak dan tanggungjawab mereka.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata, seminar itu diharapkan dapat mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini seperti kes penderaan dan kecurian dalam kalangan pembantu rumah asing.

“Diharap melalui program ini, kes-kes seperti penderaan, seksaan akan dikurangkan. Pada masa sama ia boleh mewujudkan golongan pembantu rumah yang bertanggungjawab, bilangan yang melarikan diri dan terlibat dalam insiden kecurian akan kurang,” katanya kepada media selepas melancarkan Buku Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing di sini, semalam.

Beliau berkata, seminar separuh hari yang dinamakan Seminar dan Sesi Dialog Pembantu Rumah Asing anjuran kementerian menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang akan diadakan di seluruh negara itu wajib dihadiri pembantu rumah dalam tempoh enam bulan selepas kemasukan mereka ke negara ini, bermula tahun ini.

Subramaniam berkata, selain itu, agensi pekerjaan yang bertanggungjawab membawa masuk pekerja asing ini juga diwajibkan menghadiri seminar itu.

Beliau berkata, buku Garis Panduan Penggajian Pembantu Rumah Asing juga akan diberi kepada pembantu rumah ketika seminar tersebut yang menerangkan mengenai tanggungjawab majikan, agensi pekerja dan perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kontrak perkhidmatan mereka.

“Buku ini mengandungi beberapa kandungan, salah satunya ia menerangkan peranan agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, JTK dan polis serta bagaimana menangani isu-isu salah laku, selain mengandungi talian hotline, laman web dan alamat jabatan-jabatan kerajaan untuk memudahkan mereka membuat aduan,” katanya.

Sem:entara itu, Subramaniam berkata,Malaysia dan Indonesia kini berbincang untuk mencari 'jalan tengah' bagi menyelesaikan isu gaji pembantu rumah selepas perbincangan sebelum ini menemui jalan buntu.

:Malaysia mempertahankan pendirian gaji perlu berdasarkan faktor pasaran selain perbincangan antara majikan dan pembantu rumah manakala Indonesia mencadangkan menetapkan gaji minimum RM800. Menurutnya, kedua-dua negara negara mahu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
( Berita ini diambil dari Sinar Harian - Bernama onlin, 23 Februari 2010)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.