GOMBAK, 6 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno/Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga isu berkaitan kepentingan rakyat. Presiden PAS berkata, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno yang hadir dan wakil mereka ada di dalam dialog berkenaan. “Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini. "Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis taklimat khas Presiden PAS berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di Anjung Rahmat, di sini, hari ini. Sementara itu di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam. Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam. Sedangkan, tambahnya amat tidak wajar parti itu menentang perjuangan PAS memandangkan ianya diperjuangkan oleh orang Melayu yang menegakkan Islam. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sahabat Cyber Sayang Kelantan (Sain) dan pelancaran facebook Tok Guru sempena majlis Hi-Tea Kelantan Facebookers Ghatering di Perdana Resort petang ini. Menurutnya, Umno juga perlu menjelaskan kenapa parti itu tidak mahu bersama dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS kepada umum. “Itu saja cadangan saya untuk bermuzakarah, tidak ada perkara lain, Umno kena jelas kenapa partinya menolak perjuangan Islam, yang lain tu biar dulu,” ujarnya lagi. Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana Umno Kelantan menyambut baik saranannya itu. Bagaimanapun, menurutnya, bukan sahaja Umno Kelantan yang harus bersetuju, yang penting sekali dalam soal ini Umno di peringkat pusat. Tambahnya, apa yang ingin dimuzakarah ialah soal agama, bukannya teori, falsafah atau sebagainya. Menjawab tuduhan Umno yang mendakwa cadangan muzakarah itu dibimbangi beliau tidak konsisten sebagaimana pertemuan sebelum ini yang dikatakan batal, beliau menafikan perkara itu. “Bila tidak jadi? Siapa yang batal pertemuan? Saya nak jumpa dengan orang, tetapi orang tak mari (datang) nak jumpa macam mana,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Tegasnya, hasrat untuk mengadakan muzakarah itu setakat ini hanya melalui cadangan. “Lepas ni kita akan teruskan dengan usaha lain pulak melalui tulis surat ke, facebook ke, pandailah kita buatnya,” ujarnya lagi. Tambahnya, cadangan itu telahpun dikemukakan melalui surat kira-kira tiga bulan lalu untuk mengadakan pertemuan bagi mengadakan muzakarah tersebut. Bagaimanapun, menurutnya sehingga kini belum ada jawapan berhubung perkara itu. Beliau mempersoalkan tentang imbuhan kepada qari dan qariah di peringkat antarabangsa sebanyak RM2,000 sebulan. “Nak bagi tu baguslah, tetapi apa tujuan pertandingan bacaan quran itu dibuat, saja untuk dilagukan atau untuk diambil manfaat hasil dari bacaan,” ujarnya.
--------------------
Wong Choon Mei | KOTA BHARU, Feb 6: PAS Spiritual Adviser Nik Aziz Nik Mat invited Umno to discuss religion and religious issues, with special focus on finding a way forward in the Allah row, and not on politics or forming a unity government as Prime Minister Najib Razak and his cohorts are trying to imply, PAS leaders said.
“I am sure Umno knows what Tuan Guru Nik Aziz meant but as usual they must twist and turn everything into polemics that are for their own benefit and not for the community or the country,” Kota Bharu MP Wan Rahim Wan Abdullah told Harakahdaily.
“You see, Umno’s understanding of Islam is very low. It is high time they brushed up on their knowledge and it is actually with this in mind that Tuan Guru offered discussions, especially now when our society is going through so much conflict.”
Trying to tear Pakatan apart
On Thursday, Nik Aziz – who is also Kelantan Mentri Besar – had suggested discussions with arch rival Umno after attending a seminar on the use of the word Allah by non-Muslims.
"I want discussions on Islam between PAS and Umno. Fifty years of quarrelling - what's the benefit? Umno has wasted a lot of time, expertise and funds fighting Islamist movements like PAS. Nothing achieved except endless quarreling," Nik Aziz had said.
His comments were immediately seized on by the Umno-BN media as meaning that PAS was now ready to dump its Pakatan Rakyat partners DAP and PKR to set up a unity government with Umno.
Since the start of Opposition Leader Anwar Ibrahim’s sodomy trial, Umno-BN has intensified its attempts to destabilize and create disunity in Pakatan, including making full use of its powerful media to misreport news and facts.
"All this while, I understand that in order not to offend its coalition partners, PAS was willing to ignore a very positive suggestion to unite the Malays,” Domestic Trade Minister Ismail Sabri Yaakob was reported as saying.
“Sometimes Nik Aziz agrees, sometimes he disagrees and sometimes it is closed. So, I don't know his real stand. I am waiting for a firm stand from PAS. It is difficult to talk if he continues to be inconsistent," Najib was quoted as saying.
Leadership needed in Allah row, not mind games
But Pakatan leaders have not taken the bait this time. Speculation that the coalition was breaking up has been intense in the past, but PAS president Hadi Awang has reiterated time and again that the Islamist party would remain in Pakatan through thick and thin.
In fact, the three partners have already signed a Common Policy Framework and applied to the Registrar of Societies to be registered as a formal grouping.
“Like Tuan Guru has said, once bitten twice shy. PAS will never join hands with Umno ever again in any political alliance. There will never be any unity government with Umno and PAS will stay with Pakatan,” Wan Rahim said.
“We hope Prime Minister Najib will take the opportunity offered by Tuan Guru and not play games. We need to solve the Allah issue in a matured way, through discussion and consultation with all the different religious groups.
“But all we see after weeks of delay and indecision is that Umno has finally decided to reject setting up an inter-faith committee. What is it trying to do? How are we to solve the problem? These are the issues that as the two biggest political parties representing the Malay community, which is Muslim, we should discuss – preferably together with the other faiths if possible. PAS is offering leadership but Umno is playing mind games.”
The controversy over whether non-Muslims could use the word Allah has divided Malaysian society, since a December 31, 2009 court ruling lifted a government ban on non-Muslims using the word to describe God.
The landmark court decision sparked a spate of violence against places of worship in the country. Molotov cocktails, paint and stones were hurled at churches, a Catholic school, a 100-year old Sikh temple, while boar heads were flung into the compounds of two mosques.
Umno has taken the stand that Allah is for Muslims only, while PAS – which is governed by a core committee of religious experts or ulamak – has said that non-Muslims could use the word, but guidelines should be set up to prevent abuse and misuse. |
----------------
Harakahdaily | IPOH, 6 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kerajaan BN/Umno semakin resah gelisah sehingga menggunakan jentera kerajaan termasuk setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk mengerah pegawai kerajaan dan isteri hadir solat hajat di kediaman menteri besar malam ini. Setiausaha PAS negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menganjurkan solat hajat waktu menjadi kerajaan tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau jabatan agama untuk mengerah pegawai kerajaan hadir. “Kita guna jentera parti pertahan kerajaan tetapi Umno/BN guna jentera dan pegawai kerajaan untuk pertahan kerajaan. Jadi Umno peralat pegawai kerajaan untuk kepentingan politik,” ujarnya. Selain itu, katanya penyelaras masjid juga diperkuda untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid melalui panggilan telefon supaya hadir ke majlis itu. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jemputan yang dihantar oleh SUK melalui sms kepada semua pegawai kerajaan bersama pasangan ke program solat hajat itu dengan berpakaian baju kebangsaan dan sopan. |
-----------------
Ali Hashim | GEORGETOWN, 6 Feb: Perhimpunan 'Sedaq' sepertimana yang diuar-uarkan akan dihadiri oleh 10 ribu orang tidak kesampaian apabila tidak seberapa orang yang menyertai perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berkiblatkan Umno dan Barisan Nasional itu.
Walaupun beberapa hari sebelum perhimpunan tersebut diadakan edaran dan makluman serta hebahan dibuat kepada penduduk di Seberang Perai dan Pulau Pinang untuk menyertai perhimpunan tersebut
Bas dan pengangkutan turut disediakan oleh pihak penganjur bagi memudahkan peserta demonstrasi melalui beberapa laluan di Seberang Perai dan Pulau Pinang bermula seawal jam 11.00 pagi.
Namun begitu perhimpunan 'Sedaq ' yang bermula pada jam 12.00 tengahari ketika umat Islam mulai berduyun-duyun untuk menunaikan solat Jumaat tersebut dimanfaatkan oleh penganjur dengan menjadikan tempat letak kereta Masjid Simpang Enam yang letaknya berhadapan dengan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan juga Pejabat Kerajaan Negeri sebagai lokasi strategik untuk mengadakan demonstrasi.
Perhimpunan yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut disertai oleh Pemuda Umno Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketuanya Norman Zahalan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai oleh Jais Karim, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan beberapa NGO lain.
Dalam perhimpunan tersebut para penunjuk perasaan bertindak membakar patung Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai membantah keengganan Lim untuk menemui mereka walaupun ketika itu Setiausaha Politik kepada Lim, Ng Wei Aik dan pembantu khasnya, Ong Beng Huat menemui wakil perhimpunan tersebut.
Namun begitu apa yang menariknya dalam perhimpunan yang hanya mendapat
permit polis bagi berkumpul di perkarangan Masjid Simpang Enam dan
bukannya untuk berarak ke Komtar itu tiada seorang pun yang ditangkap atau diberikan amaran oleh polis.
Perhimpunan itu kononnya untuk mempertikaikan nasib Melayu Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat. Ketika Lim Guan Eng di serang, PAS sebagai parti Islam membela pencapaian Setiausaha Agung DAP itu sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
Ketua Penerangannya, Idris Ahmah menyifatkan, kerajaan Pakatan pimpinan Lim Guann Eng berjaya menaikkan imej Melayu dan Islam di Pulau Mutiara yang selama ini terpinggir semasa di bawah Barisan Nasional (BN).
Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009. “Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya. Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Abdul Malik Abul Kassim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika mengulas perkara ini semasa ucapan beliau dalam ceramah anjuran PAS Pulau Pinang di tapak ekspo, Seberang Jaya, berkata demonstrasi yang dianjurkan oleh mereka ini adalah demonstrasi yang tidak berjaya.
"Mereka uar-uarkan untuk mengumpul seramai 10 ribu orang Melayu untuk berhimpun bagi menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Tetapi yang datang pada hari itu dan berucap diatas lori itu pun bukannya orang Melayu Pulau Pinang.Datuk Ibrahim Ali bukannya Melayu Pulau Pinang.Dia mewakili parti yang tidak diketahui di Pasir Mas, Kelantan.
"Kini muncul untuk memperjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.Saya cabar Umno Pulau Pinang jika mereka benar mereka ingin memperjuangkan nasib orang Melayu Pulau Pinang, tukar dan ubah dulu Pengerusi Barisan Nasional yang ada di Pulau Pinang.
"Yang itu pun Umno tak boleh lakukan walaupun mereka ada majoriti kerusi yang dimenangi oleh BN jika dibandingkan dengan Gerakan. Tapi itu pun tak dapat mereka laksanakan bagaimana hendak laksanakan reformasi memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang.
"Dulu semasa mereka berkuasa kenapa mereka tak adakan demonstrasi dan bantahan apabila Melayu memang benar-benar miskin dan ditindas, tapi mereka yang menindas orang Melayu di negeri sendiri.Itu mereka tidaksedar. "Kini apabila Pakatan Rakyat yang memerintah dan kroni-kroni mereka yang tidak mendapat projek apabila Kerajaan Negeri mengamalkan tender secara terbuka maka mereka kata kita menindas orang Melayu. Sebenarnya apa yang mereka perjuangkan ialah Melayu Umno dan bukannya orang Melayu dalam konteks yang sebenar,"katanya lagi.
| (Berita ini diambil dari Harakah Daily online, 7 Februari 2010)
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.