Sunday, February 21, 2010

BASMI RASUAH



RASUAH MENJERUMUKAN

MANUSIA KEPADA KEHINAAN



Sesebuah kerajaan atau negara, badan awam, parti politik, syarikat dan sebagainya yang wujud perbuatan ‘makan suap’ atau rasuah, lambat laun akan menjunam dalam jurang keruntuhan moral atau akhlak mulia, kehancuran dan kemusnahan dan tidak wujud keihsanan dan keadilan.

Begitu juga jika orang-orang yang mengamalkan rasuah pemimpin negara dan badan, parti, syarikat dan sebaginya , nescaya akan mengalami berbagai-bagai musibat:

Negara atau kerajaan berhadapan dengan penentangan dari rakyat umum kerana mereka tidak dapat mengecap keadilan dan Ehsan, hidup dicengkam kemiskinan, sedangkan kekayaan atau kesenangan berada di tangan orang-orang tertentu sahaja.

Badan awam dan parti polemik akan kucar kacir, tidak wujud keadilan dan Ehsan dan akhirnya ahli-ahli atau pengundi-pengundi mencari badan awam atau parti politik lain yang bersih dari rasuah.

Syarikat, walaupun memiliki wang berbilion ringgit, tetapi tidak akan selamat, kerana syarikat itu diibaratkan sebuah bangunan, telah wujud anai-anai yang sedang memakan kayu-kayu rangka bangunan tersebut.

Sesungguhnya, manusia pengamal makan suap atau rasuah, adalah sama dengan kuman atau bakteria atau pun gejala penularan penyakit dalam darah, seperti penyakit kelamin – gonorea

(kerana bakteria neisseria gonorrhoea, sifilis (kerana bakteria treponema pallidum) AIDS (acquired immune deficiency syndrome) atau breast cancer (barah buah dada atau payudara) dan barah pada lain bahagian dalam tubuh.

Mungkin paling tepat kita menganggapkan orang-orang yang mengamalkan makan suap atau rasuah sama dengan makhluk perosak tanaman dan sebagainya. Kalau dia menjadi pengarah atau kaki tangan kerajaan, maka dia mesti disingkirkan, kalau dia seorang ahli politik – ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat, Dewan Negeri dan apa jua jawatannya dalam kerajaan dan parti mestilah di singkirkan. Dia mesti ditolak daripada menjadi pemimpin.

DIKURNIAKAN

REZEKI YANG HALAL

Mungkin kita dapat berfikir dan insaf keinsafan; pada waktu kita membawa masuk wang hasil rasuah ke rumah kita, isteri dan anak-anak kita sedang sembahyang, mereka berdoa memohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang halal. Pada hari-hari kita sakit akibat rasuah, seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser buah dada dan sebagainya, kita menyesal, tetapi penyakit tidak juga sembuh; sepuntung kaki terpaksa dipotong atau tubuh kita lumpuh.

Ataupun akibat kita mengamalkan rasuah; isteri yang kita cintai melakukan kecurangan terhadap kita, seperti ada kekasih lain, berzina dengan lelaki lain atau menjadi perempuan sundal. Anak perempuan kita menjadi gadis menjajakan tubuh kepada rakan-rakan lelaki, berzina, ketagih dadah, begitu juga dengan anak lelaki kita; jadi penjenayah, penagih dadah, penjudi dan sebagainya.

Perbuatan rasuah sukar di hapuskan di mana-mana negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun boleh dikurangkan dengan mengadakan beberapa cara yang bertanggungjawab di pihak kerajaan dan orang ramai atau rakyat.

MENGALAMI KEHINAAN

PADA MASA HAYAT

Dalam negara-negara yang menggunakan undang-undang Islam atau majoriti rakyatnya beragama Islam bolehlah digunakan hukum-hukum agama Islam dan akhlak mulia untuk mendidik rakyat dari peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti hinggalah mereka yang telah dewasa dalam masyarakat.

Menerusi ajaran Islam juga boleh dijelaskan bilangan orang-orang Islam yang mengalami kehinaan pada masa hayat, seperti di penjara, denda dan yang diserang penyakit yang serius.

Selain dari itu bilangan orang-orang yang menerima akibat dari perbuatan makan suap atau rasuah, ialah, isteri curang, menduakan suami, anak-anak terlibat dalam maksiat dan jenayah dan rumah tangga menjadi haru hara dan sebagainya.

Dalam Islam, hukuman atas orang-orang yang melakukan kesalahan makan suap atau rasuah boleh dikenakan hukuman atau hudud mengikut pertimbangan ijmak ulama, misalnya hukuman penjara sepanjang hayat atau hukuman bunuh dan harta benda di rampas, kerana perbuatan itu boleh dikira sama dengan orang-orang yang mengkhianati negara Islam atau menentang secara kekerasan terhadap pemimpin negara Islam..

MELAKSANAKAN

PERPADUAN NEGARA DAN RAKYAT

Yang amat penting, iaitu tiap-tiap individu rakyat Malaysia, sama ada dalam kerajaan atau dalam badan awam, parti politik, syarikat dan sebagainya mempunyai harga diri, moral atau akhlak mulia, ada perasaan malu dan taat kepada ajaran agama Islam.

Kerjasama rakyat atau orang ramai dengan pihak Badan Pencegah Rasuah BPR) dan kerajaan adalah usaha yang paling baik dalam melaksanakan peradaban negara dan rakyat bagi menghapus atau membasmi perbuatan makan suap rasuah.

Dalam melasanakan usaha membasmi atau menghapuskan rasuah, semua pihak hendaklah bersifat telus, adil dan ehsan. Yang bersalah tetap bersalah. ‘Biar mati anak jangan mati adat (undang-undang),. Ertinya, biarlah anak atau anggota keluarga, saudara mara, sahabat atau keroni kita yang melakukan kesalahan itu dihukum supaya undang-undang tidak lemah atau mati. Iaitu penguasa tidak berperanan memilih bulu atau menentukan mana ikan bilis dikenakan hukuman dan yang bersifat jerung dibiarkan dan tidak diambil tindakan atau dihukum.

DIADAKAN KEGIATAN

MENYIASAT DAN MENYELIDIK

Jika hendak bertindak secara jujur dan telus, tentulah mudah kita mengetahui seseorang yang bertanggungjawab dengan kerajaan telah melakukan rasuah atau tidak. Misalnya:

(1) Seorang bekas pegawai kerajaan telah dipilih menjadi wakil rakyat; baru setahun dua beliau memegang jawatan itu atau EXCO kerajaan negeri, beliau telah memiliki kereta mewah, memiliki banglo lebih satu juta harganya, dalam banglo itu terhias berbagai perabot dan perhiasan yang mahal, isterinya bersalut perhiasan emas, intan dan berlian dan memiliki kereta mewah juga. Sang wakil rakyat itu mempunyai hartanah yang berjuta-juta ringgit nilainya di luar negeri, misalnya di England dan Australia.

(2) Kerani atau peon di pejabat tanah bergaji antara RM800.00 dengan RM1,500.00 memiliki rumah bernilai lebih RM 100,000, berkereta mewah, isterinya berkerta mewah juga dan badan bersalut perhiasan emas dan belian saban malam berfoya- foya di kelab malam, disko dan sebagainya.

(3) Seorang dalam parti politik,misalnya ahli perniagaan, masuk politik baru setahun jagung, pengetahuan politik tidak ada, kewibawaan politik jauh lebih rendah dari orang-orang lain dalam partinya, tetapi dia berjaya memenangi jawatan - jawatan tinggi dalam partinya dengan jumlah undi terbanyak.

Untuk melaksana tugas mengetahui keadaan seseorang yang bertanggungjawab dengan kerajaan, maka perlulah diadakan kegiatan menyiasat dan menyelidik di bawah Badan Pencegah Rasuah (BPR), iaitu orang awam yang bekerja sukarela atau sambilan sebagainya dengan badan tersebut. Hal seperti ini telah dilalukan oleh mengira-ngira maju di seluruh dunia.

Sesuai dengan Malaysia Negara Islam yang dikonsepkan ‘Islam Hadhari’, maka sikap tegas dan adil membanteras perbuatan makan suap atau rasuah mestilah diamalkan. Orang ramai atau rakyat hendaklah memiliki rasa bertanggungjawab dan cintakan negara dengan memberi kerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya jenayah yang membahayakan negara itu dapat dihapuskan. – Mokhtar Petah








No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.