Kuala Lumpur – Ahad, Sebuah yayasan milik waris Sultan Perak, Al marahum Sultan Idris Shah dengan kerjasama Persatuan Murid – Murid Tua Malay College Kuala Kangsar – MACOBA akan membina university, atas lebih 200 hektar di kawasan Hutan Belum, dekat Grik, Perak.
Puncas memberitahu, universiti bertaraf antarabangsa itu akan dibina dengan wang dari beberapa dana kewangan di Negara ini dan dari beberapa Negara, termasuk para usahawan Arab Saudi, Jerman dan negara – Negara rantau Asia.
Tanah tapak universiti itu akan dibeli dari Kerajaan Perak dan pemilik – pemilik tanah di sana.
Universiti itu, selain dari bekerjasama dengan university – university terkemuka di beberapa Negara seluruh dunia, akan diwujudkan fakalti khas, iaitu fakalati Islam.
MIRI, 28 Feb: Perasmian Pejabat PAS Kawasan Miri semalam oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim menyaksikan kukuhnya kerjasama Pakatan Rakyat di sini.
Ini berikutan keempat-empat pemimpin tertinggi parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri, Edwin Dundang (SNAP), Fong Pau Teck (DAP) dan Dr Micheal Teo (PKR) hadir pada majlis itu.
Khalil Idham dalam ucapan perasmian mengajak semua ahli PAS menggerakkan kerja dakwah ke arah memasyarakatkan PAS dalam masyarakat tempatan menerusi kerja amal kebajikan dan kemasyarakatan.
“PAS seharusnya berada dalam saf hadapan dalam memastikan prinsip negara berkebajikan dinikmati setiap insan di muka bumi Miri ini.
“Bertitik tolak roh perjuangan baginda Rasulullah s.a.w., usaha dakwah dan kebajikan berterusan ini pasti akan membawa sinar perubahan pada seluruh masyarakat,” ujarnya yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Pada malam pula, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat Miri bergerak ke rumah Dr Micheal Teo, Ketua PKR Bahagian Miri bagi meraikan Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Miri.
Hampir 1,000 hadir memeriahkan majlis tersebut yang dihangatkan lagi dengan ucapan Khalil Idham Lim yang fasih berbahasa Cina berjaya menarik perhatian hadirin.
Dengan adanya program seumpama ini, mampu memecahkan tembok perbezaan di antara PAS dan masyarakat bukan Islam di Sarawak.
Berucap pada majlis itu, Khalil berkata, jika benar-benar kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh BN ikhlas membantu rakyat negeri ini, maka mereka mestilah membina jalan yang sempurna dari Miri ke Mukah.
Untuk rekod, perjalanan dari Miri ke Mukah mengambil masa hampir lapan jam walaupun jaraknya lebih kurang 450 kilometer.
(Berita ini diambil dari Harakan Daily online, 28 Februari 2010)
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN pengarang@utusan.com.my
PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 27 Feb. – Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.
“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.
(Berita ini diambil dari Utusan online, 28 Februari 2010)
Malam hitam bermandi warna perak, memeluk sekitar Bukit Warisan. Beberapa ekor burung tukang berbunyi kalut, sahut menyahut, dalam belukar di pinggir bukit. Bunyi pungguk mendayu hiba di dahan berangan, di belakang kawasan perumahan di situ.
Awan putih berarak manja di dada langit biru. Melintas lalu di hadapan bulan sedang senyum. Mesra. Sesekali awan seperti malu melewati bulan tunggal itu. Tetapi, apakan daya, pertemuan hanya sekelip mata cuma; awan berlalu meninggal bulan muda.
Di jendela berkipas kaca, terbuka seperti menanti bulan masuk ke rumah dua tingkat berjajar itu, berdiri gadis eksekutif sebuah jabatan kerajaan, Sri Anisah. Dia baru selesai sembahyang hajat. Pada malam itu, dalam sembahyangnya yang khusuk. Tawadhu', dia membaca di hujung fatihah pertama. Surah Al Ikhlas, di akhir fatihah kedua. Kepada Allah dia memohonagar mengurniakan nikmat sihat kepadanya.
KALIMAT KERAMAT
Pada tingkatan usia Sri Anisah 32 tahun, dia menggantungkan harapannya kepada AllahYang Maha Asa; hendaknya, dia Segar. Gembira. Tidak putus asa. Akan diteruskan tanggungjawabnya kepada negara. Sebagai ikrarnya kepada negara. ditacapkan kalimat keramat,’Kerana Allah, dalam suka gadisnya. "Kuserahkan badan dan nayawaku kepada negara, bangsaku".
Permukaan Tasik hati Sri Anisah berkocak; bagai dipuput udara petang. Lima wajah bekas kekasihnya melintasi hatinya. Lima insan itu dilepas dan terlepas, kerana tidak wujud persamaan idea. Tidak seimbang harapan. Berbeza timbang berneraca. Sri Anisah dan lima jejaka itu, telah memilih jalan dan denai masing – masing.
“ ... Umar, kekasih awalku ..., aaah, cinta monyet ..., pada masa menuntut sekolah menengah ..., putus ..., mungkin kerana aku sakit ..., syukur kepada Allah,” suara hati Sri Anisah.
Sejak usia lima belastahun, tubuh Sri Anisah dimamah penyakit anaemia (keadaan darah yang disebabkan kekurangan korpusel merah – menyebabkan penghidapkan pucat dan lesu).
Pada peringkat awal penyakitnya itu disedari, pada ketika dia di sedang belajar dalam bilik darjah,sekolahnya. Darahnya turun seperti perempuan datang bulan. Berketul – ketul. Mengejutkan para guru dan pelajar sekolahnya.
“... emak, ayah ..., adik beradik Sri sangka Sri keguguran. Mereka pandang tak baik kepada Sri, pada waktu itu, mana sakit, mana menahan rasa malu lagi, emak dan ayah sangka begitu ..., Allah sahajalah yang tahu,” Sri Anisah mengadu kepada bulan.
“Di hospital, doktor sahkan Sri mengidap sakit Anaemia, dah lama, barulah dia orang tu tak sangka buruk kepada Sri lagi,” Sri Anisah mengadu lagi.
“Di universiti, Amin, ...kami bercinta ..., tak lama ..., tak sesuai ..., dia tak ada daya leader ship ..., dalam negara mencabar ni, suami mesti ada daya tu ...,” bisiknya lagi seolah – olah dia meminta simpati dari bulan.
“Bila dah kerja, sangkut cinta lagi ..., cinta dengan Hassan ..., tak lama ..., putus ..., tak sesuai juga ..., entak, Sritak ada selera pada dia ...,” bisik Sri Anisah sambil mendongakkan wajahnya kepada bulan 'bercahaya terang'(Quran). Indah.
“Saya tahu ..., anda memilih...,” kata bulan.
“ ...taklah, tak memilihlaaa ..., tapi ...,” sahut Sri Anisah. Dua bola matanya masih tersangkut pada bulan bujang di dada langit biru.
“Habis, fasal apa?” Bula bertanya sambil mengusap sepasang pipi gadis itu.
“Macam mana ..., Sri rasa tak sesuai, tak selera ..., macam tu juga dengan Kamal ..., dengan Manan ...,” suara Sri tersangkut pada anak lidahnya sendiri.
“Manan, Sri suka, ibu bapa Sri suka ..., tapi gadis saudara pupunya cintakan dia ..., Manan tak sanggup tolak adik pupunya, takut lerai adik beradik, kaum kerabat ..., Sri tak sanggup bermadu ..., kami putus ...,” bisik Sri Anisah kepada bulan.
Bulan senyum.Bagaikan alim mursyid senyumkan muridnya yang pintar,
“Subhanallah, la ni ada yang sangkut lagi...?” Bulan bertanya.
“Ada ..., tapi, entahlah ..., Sri duk kira nak putus ..., tak sesuai dengan Sri ..., tak boleh, dia ego semacam ..., bangga diri,banggakan keluarganya kaya ..., heee, tak sesuai ...,”jerkah Sri Anisah kepada bulan.
Bulan senyum lagi.
“Anda jerkah saya ..., saya tak pernah bercinta..., hanya menyaksi umat manusia bercinta ..., janji tepi tasik, di pantai, di mana – manabawah saya, kadang – kadang saya dijadikan saksi dalam sumpah mereka ...,” ujar bulan mangsa jerkah Sri Anisah.
“Iake ...?” Suara gadis berdarah Jawa Felda itu, menjadi lembut.Malu amat dia kepada bulan.
“Iaaa, tapi, kebanyakannya, macam Sri dengan kekasih - kekasih Sri jugalaaah...,” putus berkecai ..., ada yang bunuh diri ..., wallah, minta lindung dengan Allah ...,” ujar bulan.
“A’uzubillah ..., walaupun putus cinta, Sri kuat semangat, tabah, berserah kepada Allah ..., semua itu takdir Allah jua ...,” sahut Sri Anisah.
“Baguslah, anda wanita jujur ..., solehah ...,” bulan memuji gadis mangsa penyakit anemia dan cinta sejumlah rukun Islam itu.
“Macam mana anda tau Sri jujur, Sri solehah ...?” Seri bertanya.
“ ...kan saya ni dah tua, sama tua dengan alam maya ni ..., saya tengok ruang kuku ibu jari tangan anda ..., jari jemari Sri ..., wajah Sri..., saya tahu Sri gadis jujur ..., solehah,” sahut bulan. Senyum mesra.
“Iake ...?” Sri Anisah bertanya. Hairan.
“Hanya satu ...,” kata bulan. Mesra.
“Apa dia?” Tanya Sri Anisah.
“ ...anda jangan putus asa, anda bercinta lagi ..., tak usah pilih lelaki, jangan sampai macam kata orang – orang Nusantara, pilih – pilihtebu, terpilih buku teberau ...,” bulan menasihati Sri Anisah
"Apa teberau tu, bunyi macam nama selat di Johor aje?" Sri Anisah bertanya.
"Teberau tu macam tebu, tak ada air manis macam tebu ..., tumbu liar di tepi selat, tasik dan redang, " jawab bulan.
Sri Anisah Diam. Dada suburnya berobak dalam cahaya bulan.Nasihat bulana itu diterima setulus hatinya.
"Sri tahukan, dalam Quran, Allah menyatakan 'azwaaju', yakni pasangan ..., ada lelaki ada perempuan, ada jantan ada betina ..., ada positif ada nagatif ...,” jelas bulan.
Sri Anisah tunduk. Sejenak kemudian, dia mendongak kepada bulan. Dalam relung otaknya menjelma data Quran. Dalam kitab suci itu ada dua belas kata azwaaju – pasangan.
“Kalau Sri tak kahwin, Sri tak dapat jadi manusia kamil dalam golongan manusia berperikemanusiaan, Sri mesti ada anak ..., keturunan Seri sendiri..., pengganti Sri ..., pewris Sri ...,” bulan menasihati Sri Anisah.
“Iake ...?” Sri bertanya.
“Ia, jika Sri tidak bersuami, tak ada anak ..., tentulah tak ada manusia yang tahu Sri dilahirkan dan wujud di muka bumi ini Allah itu...,” jawab bulan.
Sri Anisah meletakkan jari telunjuk tombak serainya ke celah sepasang bibitnya. Digigit hujung jarinya itu, seperti orang geramkan ssuatu.
“Yakinlah Sri, firman Allah, dalam surah al insyirah: Sesungguhnya, tiap – tiap kesukaran itu disertai kemudahan.”
Dari pohon akasia, di seberang jalan, bunyi pungguk mendayu – dayu. Hiba. Entah benar, entah tidak si unggas buruk itu merindukan bulan. Sepanjang hayatnya, bertepuk sebelah tangan. Entahkan umat manusia yang menyangkakan pungguk rindukan bulan itu, tertipu oleh fikiran mereka sendiri. Pungguk berzikir. Ratib nama – nama Allah – asmaul husna.
“Selama pagi, sayang,” bulan mengucap mesara kepada Sri Anisah.Gadis itu tersentak. Terkeju. Pagi dingin sedang memeluk tubuhnya.
“Selamat pagi,”sahut Sri Anisah.
Bulan berlalu menjalankan perintah Allah dengan taat dan takwa. Sri Anisah masih berdiri manja dalam cahaya bulan di Jendela. Hatinya terlerai dari duka yang sentiasa mengocah - menderaketenteraman jiwanya.
“Bulan...,” Suara Sri Anisah tertelah dalam halkumnya sendiri.
Nekadnya; nasihat bulan akan dijadikan paduan di perjalanan hidupnya yang jauh.
Kerajaan dan rakyat Malaysia yang beragama Islam, sedang berada dalam keadaan selesa dan tidak berfikiran serabut,keranadigugat oleh ‘ tidak hakikian’, atas penggunaan nama ALLAh oleh sebuah majalah Kristian yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru – baru ini.
Dengan penangguhan mahkamah juga, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh majalah tersebut. Keputusan tersebut boleh dianggap, nama ALLAH tidak boleh digunakan oleh umat bukan Islam dalam apa jua bidang dan urusan.
Penggunaan nama Allah, hanya, boleh digunakan oleh umatIslam di seleuruh Malaysia dan di bawah Yang Dipertuan Agung. Dengan penggunaan ini saya yang menyanjung Rukun Negara yang lima, mengharapkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan para angota kabinet beragama Islam, terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Mejor Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom mengkaji semula bari (1) dan baris (2) Rukun Negara:
Kepercayaan kepadatuhan
Kesdetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang - undang
Kesopanan dan kesusilaan.
Pada kata hikmat pertama: Kepercayaan kepada tuhan, menimbulkan keraguan kepada saya mengenai ‘tuhan’ dan tidak menggunakan ‘ALLAH’. Saya harap kata ‘tuhan’ itu ditukarkan dengan kata ‘ALLAH’ atau kata – kata “Tuhan Yang Maha Esa’.
Kata nama ‘tuhan’, tidak boleh diertikan dengan kata nama ‘ALLAH’ dalam bahasa Quran dan bahasa Arab. ALLAH ertinya ‘Rab’ atau Rabbun’, iaitu Maha Penguasa atau Maha Pendidik (manusia kepada mernyembah dan mengabdikan diri kepada – Nya).
Kata ‘tuhan’ dalamRukun Negara itu, adalah kata umum dan tidak mempunyai apa – apa kekuasaan. Kata ‘tuhan’ itu bererti :sesuatu yang disembah oleh mmanusia, seperti batu, api, matahari hatta kemaluan lelaki dan perempuan.
Dalam ilmu bahasa Melayu kuno, iaitu bahasa Melayu Campa dan empat wilayah Selatan Thailan serta Kepulauan Melayu - Nusantara, bahawa kata nama ‘tuhan’ itu dibentuk dari dua kata nama, iaitu ‘hantu’. Hantu yang masih belum menyatukan dirinya dengan sesuatu benda yang disembah manusia. Masih dinamakan ‘hantu’. Setelah ia bersatu dengan sesuatu benda yang disembah manusia, kata namanya, ialah ‘Tuhan’.
Maka, kita tidak mahu umat bukan Islam menggunakan nama “Allah’, tetapi kita sendiri sebagai umat Islam, tidak sedar atau tidak arif, iaitu dalam Rukun Negara yang kita sanjung itu, tidak menggunakan nama ALLAH, tetapi mengunakan kata nama, ‘sesuatu yang disembah oleh manusia’ iaitu tuhan – dua benda jadi satu, tuhan.
Presiden Indonesia, Ir. Soekarno dan Dr. Mohd. Hatta serta kabinet revolusi Republik Indonesia (1945), dengan meminta pandangan para ulama Islam, telah menggunakan kata – kata keramat ‘ Ketuhanan Yang Maha Esa’, iaitu tidak menggunakan kata nama, ‘tuhan’ sahaja.
Sebelum ‘Rukun Negara’ di kemukan ke kabinet dan ke pihak tertinggi, saya telah memaklumkan mengenai kata nama ‘tuhan’ dalam percakapan saya dengan Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau memberi jaminan untuk menelitinya.Tetapi, nama ‘tuhan’ digunakan jua.
Oleh itu hingga kini, Indonesia kukuh perpaduan rakyatnya yang terdiri dari berbagai keturunan.Tidak ada umat manusia dari keturunan pendatang (Cina dan India) menuntut hak – hak seperti di Malaysia.
Barisan akhir Tukun Negara, ‘Kesopanan dan kesusilaan’, mestilah diubah dan ditambah kata, ‘Amanah, Kesopanan dan kesusilaan. Adalam Agama Islam ‘amanah’ sama penting dengan kesopanan. Walaupun manusia sopan, tetapi jika tidak ada ‘amanah’, maka dia boleh atau sentiasa mahu’ jadi manusia yang corrupted – menyelewenga dan rasuah.
Saya amat bangga bahkan menyanjung ‘Runkun Negara’, tetapi kerana dua faktor yang saya utarakan di atas menyebabkan saya tidak puas hati.
Petua orang tua - tua Melayu: * Lesung batu tidak boleh di bawah ke tengah rumah; menyebabkan suami isteri bergaduh atau anak gadis lambat dipinang orang.
* Sambal belacan cili api akan lebih lazah - pedih dan sedap - ditumbuk oleh perempuan yang memakai kain sarung dan dia duduk bercangkung.
* Sambal belacan cili api menjadi lenbih lazat, jika cili - cili yang ditubuk itu tidak hancul dan lumat.
* Hendak tahu seseorang itu Melayu jadi, lihat kepada kegemarannya makan sambal belacan yang ditumbuk dalam lesung batu.
* Lesaung batu, ibrat suami isteri, walay bertingkah atau berlawa (bertengkar) hingga akan runtuh rumah, tetapi berbaik semula.
* Lesung batu mengajar, kalau hendak berkahwin cari lelaki atau prempuan yang sepadan.
Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah. Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein. Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat. Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang. Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini. Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu? Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).
Katakan (Muhammad s.a.w.) kepada hamba – hamba saya (yang beriman), agar mereka bertutur dengan kata – kata yang amat baik (kepada orang – orang yang menentang kebenaran). Sesungguhnya syaitan itu sentisa menghasut antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguh syaitan itu adalah musuh yang amat terang bagi manusia.
– Al Israa:53
HADIS
AMANAH
Nabi mudammad s.a.w telah memberi amaran: Apabila amanah itu telah disia – siakan (oleh pemerintah dan sesiapa sahaja), maka tunggu sahajalah kehancuran (yang mendatang).
– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim
PETUA
ISTERI
Jika anda hendak beristeri, terlebih dahulu belajarlah ilmu agama Islam sepatutnya. Jika telah berkahwin, maka ajarlah isteri anda dengan ilmu tersebut, agar isteri anda tidak termsuk dalam hizbusy syaitan (parti syaitan), kerana perempuan yang bersahabat dengan syaitan akan mengakibatkan rumah tangga anda kucar kacir atau porak peranda.
TAHUKAH?
KERJAAN TAK ADA DUIT?
Ramai dari siswazah yang berhasrat memajukan diri dengan perniagaan, perusahaan, pertanian dan ternakan menjadi tawar hati dan kecewa, kerana mereka sering mendengar di mana – mana para menteri melaungkan, bahawa kerajaan sedia memberi bantuan wang kepada mereka (sama ada cara pinjam mahupun gran), tetapi bila mereka pergi ke Agro bank, dalam Bandaraya Kuala Lumpur, pihak bank tersebut memberitahu mereka, peruntukan wang tidak ada. Kerajaan tidak beri peruntukan, kerana kerajaan tidak ada duit.