KUASA TERTINGGI
(Mengenang Sultan Johor, Sultan Iskandar yang telah mangkat malam tadi)
Allahu Akbar!
Ditakdirkan – nya hambanya bersemayam,
Atas takhta dan berkuasa,
Memayungi rakyat seluruh negeri,
Adil dan ihsan berhati budi.
Seketika dulu,
Dalam Dewan Parlimen keramat,,
Sebilang pemimpin rakyat,
Melaung nesta,
Lalu Raja hilang kekebalan.
Allahu Akbar!
Sejak awal malam, rakya hiba,
Menangis, mata bertelaga air jernih,
Kerana Baginda kembali ke tanah,
Tidak bisa kembali sampai bila – bila.
Dari tanah (seripati tanah) Kami ciptakan,
Kepada tanah kalian di kebalikan,
Dari tanah Kami bangunkan semua,
Menghadap Rabul Jalil, Penguasa.
Allahu Akbar!
Kuasa tertinggi pada insan,
Hanya pinjaman sementara,
Kuasa Allah atas segala,
Walaupun anda presiden dan Raja.
Duka kita dari jauh,
Ibarat kekasih sedih bersimpuh,
Meratapi diri dik kekasihnya,
Terkorban di medang perang,
Sedunya, sedu kasih sejati.
Putrajaya..........Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.