Saturday, January 30, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN



PERANG

Berperanglah di jalan Allah orang – orang yang telah menjual kehidupan dunia ini untuk akhirat. Sesiapa yang berperang di jalan Allah, lalu terbunuh atau broleh kemenangan, Kami akankuniakan kepadanya pahala yang besar. – An Nisa’:74


HADIS

KAMBING

Sebaik – baiik harta seseorang yang beragama Islam itu, ialah kambing yang diturutinya (dijaga) sampai ke puncak gunung dan tempat – tempat hujan (yang banyak rumput). Orang itu lari ke sana dengan membawa agamanya kerana takut adanya fitnah (keburukan dari orang kafir) – Perawi Imam Bukhari.



PETUA

KETAATAN

Ketaatan yang paling tinggi, ialah kepada Allah, yang tinggi, kepada ibu bapa, tertinggi taat isteri kepada suami, sederhana tinggi kepada ibu dan bapa mertuanya. Sesiapa yang memusnahkan ketaatan tersebut, maka musnahlah harga dirinya sebagai manusia beragama Islam.

TAHUKAH

TIDAK AMBIL TAHU

Walau macam mana baik dan adil seseorang pemerintah (presiden, raja, perdana menteri dan sebegainya), dia tidak mengambil tahu akan keadaan rakyat yang tidak makan, papa dan sebagainya, kerana dia berbangga oleh cerita kemewahan rakyatnya yang lain.


NOKTAH HIDUP

KUTUK ANAK

Seorang ibu yang sombong dan tidka mahu susah payah kerana anak - anak, dua anaknya diberi kepada orang lain pada ketika anaknya berusia tiga hingga lima tahun. Semenjak itu dia ytidak pernah bertemu dengan anaknya. Pada ketika dia akan meninggal dunia di sebuah hospital, dua anaknya itu melayannya dengan baik, tetapi dia tidak kenalkan mereka.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.