QURAN
Kalau Quran ini Kami turunkan atas sebuah gunung, sudah tentu anda akan melihat gunung itu tunduk dan belah, kerana takutnya kepada Allah (ertinya Quran dapat memecahkan kekuatan golongan manusia yang menentang Allah). Itulah perumpamaan yang Kami buat untuk umat manusia, agar mereka memikirkan. – Al Hasyr:21
HADIS
TIDAK GOPOH
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesaungguhnya dalam diri anda ada dua unsur(ragam) yang Allah kasih, iaitu sabar dan prlahan – lahan (tidak gopoh).
– Perawi: Imam Muslim.
PETUA
CILI DAN GARAM
Jika air cili terperecik air cili (cabai) dalam mata anda, lekas ambil sediki garam dan letakkan atas lidah, isnya Allah tidak rasa pedih cili pada mata anda.
TAHUKAH
MENGUMPAT
Orang Islam yang bertabiat mengumpat, mengeji dan mengambil tahu keburukan orang lain, diri dan hatinya berpenyakit, dia lebih bahaya dari orang kafir yang baik, berada dalam masyarakat orang Islam.
NOKTAH HIDUP
SUMPAH
Perempuan ini masih gadis, dia bebas lepas dan melakukan prbuatan yang tidak baik. Pada satu malam ibu bapanya memarahinya dan menasihatinya , maka, dia berumpah tidak melakukan perbuatan jahat dengan melafaz nama Allah dan mengangkat Quran atas kepalanya. Esaok paginya dia memandu keretanya, tidaka jauh dari rumahnya, keretanya berlanggar dengan sebuah lori.Dia meninggal dunia di tempat kemalangan itu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.