Tuesday, January 26, 2010
Dr M pertahan kenyataan kes serangan WTC
PULAU PINANG - Tun Dr Mahathir Mohamad, menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi memburukkan imej orang Islam.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata, serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.
“Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu,” katanya kepada media selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini.
Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata, beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.
“Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi perdana menteri semula,” katanya.
(Berit aini diambil dari Sinar Harian online, 26 Januari 2010)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.