dialog Sultan Perak, Al Marhum Sultan Idris Shah Al Matawakkil alal Lah,
dengan penulis Mokhtar Petah.
Negeri Perak tengah.
- Editor, Petah Shahrir Aidid
BUNGA - BUNGA CINTA
Karbala. Buminya telah menjadi medan darah umat Islam. Sejak zaman berzaman bumi Karbala bermandi darah. Pada zaman sahabat, zaman khalifah, zaman raja-raja hingga pada zaman Presiden Sadama Hussein bumi Karbala telah menjadi bumi berdarah.
Sadam Hussein telah ditawan oleh askar-askar kuffar. Bumi Karbala masih menyaksikan darah merah. Darah manusia -manusia mukminin dan mukminah. Manusia-manusia Munafikin dan kafirin.
Karbalah bagaikan firman Tuhan dalam surah at Taubah; ‘tawa sedikit, tangis banyak’.Dara dan teruna menangis kerana kehilangan kekasih. Isteri menangis kerana kematian suami. Suami menangis kerana kehilangan isteri. Ibu menangis kerana kehilangan anak. Anak-anak menangis kerana kehilangan bapa. Semua menangis kerana kehilangan sahabat handai dan jiran tetangga.
Pada malam tadi seorang perempuan telah membunuh tiga askar Amerika. Lima orang cedera parah. Perempuan itu berhati batu. Berani. Berani membunuh musuh. Berani mati. Perempuan itu, Ramlah Sayakir.
MENGHIRUP DARAH
ORANG ISLAM
Pada petang sebelum kejadian itu berlaku,cahaya matahari berwarna jingga berhembus sepoi-sepoi bahasa. Satu pasukan askar Amerika dan British berdiri dekat sebuah komboi di tepi jalan Bandaraya Karbala. Mereka bagaikan sekumpulan syaitan akan menghirup darah orang-orang Islam bermazhab Sunni dan Syiah di bandar raya itu.
“Aku tak tau apa-apa, kerana aku askar, aku ikut perintah,”kata seorang askar British.
“Kita terpaksa membunuh manusia yang tidak berdosa,…di universiti aku telah mengkaji kemanusiaan sejagat, perikemanusiaan, macam-macam mengenai manusia,tetapi sekarang aku dihantar ke sini untuk menjadi pembunuh manusia,” Seorang askar yang berpangkat lebih tinggi dari askar-askar lain mengomel.
“Kemanusiaan tidak ada erti apa-apa kalau pemimpin zalim, tidak ada perikemanusiaan, mementingkan politik,…nama,” dia mengomel lagi.
“…entah macam mana kekasihku di Dover,…Lucy, …aku rindukan kamu,” suaranya dalam keluhan..
“Aku menyesal jadi askar,…aku beragama Islam, mereka memaksa aku membunuh saudara-saudara aku, …. Orang-orang Islam,”suara hati seorang askar Beritish yang beragama Islam.
“Lepas perang aku tidak mahu jadi askar lagi, aku mau jadi wartawan, …jadi penulis, ..aku mahu beritahu dunia, Blair, Bush dan kawan-kawannya zalim, bapak- bapak penjajah, minum darah manusia, darah orang-orang Islam,”hatinya bersuara lagi.
Askar itu melangkah meninggal rakan-rakannya lalu masuk ke sebuah kedai menjual minuman ringan, kira-kira 30 meter dari tempat mereka berkumpul.
“Kita ikut perintah Bush, ketua kita,…mereka suruh bunuh kita bunuh,…bantah perintahnya, kita juga yang susah,”kata seorang tentera Amerika.
“Ia, kita kena ikut Bush, dia jaguh demokrasi dunia,…dia mahu hapuskan Islam, …kita hapuskan Islam,…Islam ajar orang-orangnya jadi pengganas,”kata seorang askar Amerika berpangkat kopral. Anak haram Kristian.
“…ia, kita bukan pengganas, mereka yang jadi pengganas, …macam di Palestin, Afghanistan, Libya., Sudan…,”kata seorang askar peranakan Yahudi.
“kita peduli apa, bunuh sajalah, kala dapat peluang rogol gadis-gadis Islam, biar mereka melahirkan anak-anak kita,”katanya lalu ketawa tekekeh-kekeh.
MENGHAMPIRI PASUKAN
ASKAR KUFFAR AMERIKA
Pada ketika itu Ramlah Syakir berada dalam sebuah kereta jenis mewah, buatan British. Kereta itu bermuat lebih dua puluh biji labu tanah. Dari jarak kira-kira 2,000 meter dia merenung ke arah askar-askar muda itu. Injin kereta di hidupkan.
Dia menghantar mesej menerusi telefon bimbitnya kepada Syamila:
‘Kakak, saya minta ampun, halalkan makanan dan minum kakak yang saya telah makan.Kita tidak akan berjumpa lagi. Mati sedang menanti saya sebentar lagi. Insya Allah saya akan mati. Saya cintakan Allah.Jihad.Jihad. Allahu Akbar. Ramlah Syakir.’
Ramlah Syakir menghantar satu mesej lagi kepada ‘Alimin dan Tengku Intan:
‘Tuan adib ‘Alimin dan Sayyidah Intan yang saya kasihi. Saya meminta maaf. Permohonan maaf yang terakhir dari saya. Saya sedang menghadapi kematian. Dalam kereta saya ini sarat dengan labu tanah. Saya akan membunuh sepasukan tentera penjajah. Insya Allah saya akan mati. Tolong jangan tutup telefon…. boleh dengar labu tanah tuan dan puan meletup, meledak…, kalau dapat, dengar bagaimana nafas saya terpisah dari tubuh saya. Saya sayangkan kamu berdua. Ramlah Syakir.’
Kaki kanan Ramlah Sayakir menekan pedal minyak. Kereta bergerak perlahan ke hadapan. Kereta kian laju. Gear kereta menurun, kereta perlahan dan menghampiri pasukan askar kuffar Amerika, British dan Zionis itu. Kereta di berhentikan seperti ada kerosakan. Ramlah Syakir mengangkat tangan dan senyum kepada askar-askar tengah biang itu. Perempuan cantik sedang memanggil. Beberapa orang askar mencampakkan tin-tin minuman keras ke dalam longkang. Masing menggatal. Nafsu berahi membakar naluri mereka. Mereka menghampiri kereta Ramlah Syakir.
“Allahu Akbar,” ucap Ramlah Syakir. Tangan kanannya menekan punat induk semua bom labu tanah itu. Kereta yang penuh sarat dengan berpuluh biji bom labu tanah itu meletup.Menggegarkan sekitar kawasan itu. Unggas-unggas berterbangan di udara Serpihan besi- besi menerpa dan membenam ke setiap tubuh askar-askar tersebut. Beribu-ribu serpihan besi berterbangan ke udara. Api menjulang tinggi dan membakar mereka. Asap berkepul hitam bergulung-gulung naik ke udara bagaikan asap bom atom di Heroshima.
Mayat-mayat askar Bush dan Blair bergelimpangan atas jalan raya. Seorang askar British yang beragama Islam keluar dari kedai miuman. Di tangannya terpegang satu tin kecil minumkan ringan. Dia berdiri sejenak di tengah orang-orang yang berpusu-pusu di kaki lima kedai itu. Mereka terkejut dan merenung ke arah kereta sedang terbakar dan askar-akar bergelimpangan.
PANAS MEMBARA
DALAM ASAP TEBAL
Askar British itu berhati puas. Gembira. Sebagai seorang pemuda Islam, dia telah melakukan sedikit jihad. Banyak bom, pistol dan peluru telah diberikan kepada gadis Arab yang mati dalam kereta itu. Askar British tersebut lepasan sebuah sekolah menengah Islam, di Bandaraya London.
Api telah reda. Beberapa orang askar yang cedera menjerit-jerit. Melolong-lolong kesakitan. Kereta Ramlah Syakir hilang warna asalnya. Bertukar hitam seperti arang. Menakutkan. Masih panas membara dalam asap tebal. Bau lemak dan daging terbakar, semacam dengan bau dalam sebuah restoran makanan Orang Arab. Bau Kebab. Bau harum daging kambing bakar.Mayat Ramlah Syakir laksana ketul- ketul arang kayu bakau.Rentung. Hitam. Berkecai dalam keretanya yang tinggal kerangka di situ.
Syamila bergegas bangun sambil mendukung anaknya.Hatinya dalam rahang sedih.Telefon bimbitnya diletakkan atas meja.Baru sahaja dia kehilangan ibu dan ayahnya, sekarang dia kehilangan rakan seperjuangnnya pula.Ramlah Syakir telah pergi meninggal- kannya buat selama-lamanya.
“Kamu pergi Ramlah Syakir dalam keadaan Iraq bergolak, …kakak kehilaganmu Ramlah…,” suara Syamila dalam keluhan.
“Kamu mendapat syurga, Ramlah Syakir,” suara Syamila sayu.
Syamila terkenang kepada jasa teman karibnya itu. Ramlah Syakir telah berjasa besar dalam MAFI. Pergerakan Islam Iraq telah menerima banyak sumbangan dari Ramlah Syakir.Dia boleh dianggap ‘Irion lady’ dalam perjuangan wanita Iraq.
DAPAT MENDENGAR
BOM ITU MELETUP
Telefon bimbit Syamila memancarkan isyarat. Telefon itu diangkat dan ditekapkan pada telinga kanannya.’Alimin sedang bercakap.
“Kakak, kawan kita, … Ramlah Syakir telah tidak ada lagi,”kata ‘Alimin.
“Ia, ‘Alimin, kakak telah tahu, Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,”sahut Syamila. Menangis.
“Dia telah meletupkan keretanya”Kata ‘Alimin.
“Ia, adikku,”sahut Syamila dalam tangisnya.
“Dia telah menelefon saya beberapa saat sebelum dia meletupkan keretanya,” jelas ‘Alimin.
“Ia, adikku,”sahut Syamila dalam gelombang duka.
“…dia minta saya supaya tidak menutup telefon saya, ….saya dapat mendengar bom itu meletup, kakak…,” jelas ‘Alimin lagi.
“Allahu Akbar,”suara Syamila dalam keluhan.
“Insya Allah, …jihad sucinya diterima oleh Allah,”kata ‘Alimin.
“…dia telah pergi, seorang syahidah,…dia membawa kasihnya kepada kamu,adik,”kata Syamila dalam tangisan.
“Ia, kakak, Allah lebih sayangkan dia,”sahut ‘Alimin.
“ Ia,…kita entah bila pula,”kata Syamila.
“Dalam keadaan sekarang, kakak, pada bila-bila masa boleh berlaku…,”sahut ‘Alimin.
“Allah berkuasa atas segala-gala, … inna lillah wa inna ilahi raji’un,”suara Syamila lembut. Lemah.
“Apa khabar Umar Safwan, kakak?”Tanya ‘Alimin.
“…baik, ini…, dia sedang tidur atas riba kakak,”kata Syamila.
Syamila mencium pipi kanan anaknya.Hatinya lantas teringatkan Abbas Marwan. Pada wajah anaknya ada cahaya wajah suaminya.
“Kakak, baiklah, kami hendak ke markas.., orang-orang kita akan mengambil mayat Ramlah Syakir…, akan dikebumikan di sana,”kata ‘Alimin.
“Baik, …tapi, bolehkah dapat ambil?”Tanya Syamila.
“Insya Allah,..kakak,…Lukman dan Mahmud cari jalan, …penjaga rumah mayat di sana senang berunding,”jawab ‘Alimin.
SAMBIL MENCIUM
PIPI AN AKNYA
Syamila melatakkan anaknya atas sofa.Wajah anaknya direnung penuh mesra.Wajah aruah suaminya, Abbas Marwan terbayang lagi pada wajah bayi itu. Sambil mencium pipi anaknya, dia melagukan kalimat-kalimat Quran dalam rentak march – tentera jihad:
“…hai anakku,
Jangan puteraku,
Jangan menyengutukan Allah,
Sesunguhnya Umar Safwan,
Mempersekutukan Allah,
Benar-benar zalim yang besar.
Al maqla minal maqli, ya, haram!
Allah telah perintahkan manusia;
Berbuat baik kepada ibu bapa.
Al maqla minal maqli, ya, haram!
Ibu telah hamil dalam keadaan,
lemah, yang bertambah-tambah,
dan menyusukannya dua tahun.
Al maqla minal maqli ya, haram!
Firman Allah;
bersyukurlah kepada-Ku,
Dan dua ibu bapamu,
Hanyalah kepada-Ku,
Tempat kembali.
Ya, Rabbul alamin! Ya, Rasul!
*** ***
Stesen televisyen di sebuah negara Arab menyiarkan berita bergambar, seorang mujahid Islam, Osama bin Laden sedang berucap memberi amaran kepada Amerika dan sekutunya, British. Wajahnya berseri. Tidak terbayang pada wajahnya perasaan takut. Dari dua biji matanya menterjemahkan kepada dunia; dia seorang yang berani, tabah dan kuat imannya kepada Allah.
“…dia seorang pejuang Islam sejati,…di seluruh dunia ada berjuta-juta orang Islam bersemangat Osama bin Laden,”kata Said Ali kepada beberapa orang anggota Pergerakan Islam, di Faluja.
“Ia, kita bunuh orang-orang Amerika,” kata seorang lelaki berwajah garang.
“…orang-orang Iraq jadi petualang, tali barut Bush, Blair kita akan bunuh,”sahut seorang lelaki yang sedang memanggul senjata automatik.
“Bush tuduh kita orang Islam, pengganas, penjahat…,”kata Said Ali.
“…bohong, …Bush, dialah bapa pengganas dunia,”sahut lelaki yang memanggul senjata automatik.
“…Amerika, British,…kuffar lain menjajah, menakluki bumi kita, bumi umat Arab, bumi umat Islam di Asia, Pattani, …tetapi bila umat Arab, umat Islam menentang mereka,…mereka menuduh umat Islam pengganas,”Kata Said Ali.
“ Bush jahanam. Blair jahanan, …PBB tak betul, OIC tak kuat, NATO zalim,”kata seorang lelaki berjambang.
“Ia, PBB, OIC, NATO bertanggungjawab,”sahut Said Ali.
“Osama bin Laden menjadi hero dunia. Namanya tercatat dalam sejarah dunia. Bertahun-tahun, bahkan berabad-abad akan datang, pelajar, sejarawan, cendekiawan akan mengkaji susur galur hidupnya,” kata seorang lelaki tua yang menjadi penasihat kepada pemuda-pemuda Islam yang berani mati.
DITINTIP DAN DIBURU
PENGANALISIS CIA
Telefon bimbit Said Ali memancarkan isyarat. Telefon ditekapkan ke telinga kirinya. Wajahnya berseri dan tawanya tertahan-tahan. Suara parau dalam telefon.
“Berapa orang tentera Amerika terbunuh?”Tanya Said Ali.
“Lima terbunuh, dua orang cedera parah, …seorang lagi kita dapat tawan,”suara dalam telefon.
“…serang hendap atau bom?”Tanya Said Ali.
“…bom, bom labu tanah, kereta buruk,”jawab suara parau.
“Bagus, kita berjaya, Allahu Akbar,”suara Said Ali memberi perangsang.
“Ia, kita berjaya, alhamdulillah,”sahut suara parau.
Pejuang-pejuang yang mengelilingi Said Ali melaungkan kalimat-kalimat, “Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
“Saudara- saudara tau, Osama bin Laden telah diintip dan diburu Penganalisis CIA, Michael Scheuer sejak tahun ’80 higga ’99, tetapi tidak berjaya,” Said Ali memberitahu pejuang-pejuang berani mati.
“…dia macam wali Allah, susah menjejaknya,”kata penasihat pejuang berani mati.
“Ia, macam wali Allah,”sahut lelaki memanggul senjata automatik.
“…jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu…,”sahut penasihat.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalan Allah,”kata seorang pejuang sambil mengangkat sebutir bom labu tanah.
“…untuk bunuh askar mana?”Tanya penasihat.
“Askar British,”jawab pejuang itu.
“Jangan kamu mengikuti orang-orang kafir, jihadlah terhadap mereka dengan Quran, deng jihad yang besar,” kata penasihat pejuang berani mati.
“Ramai askar Islam Beritish bantu kita,”kata penasihat.
“Ia, rakan kita, syahidah Ramlah Syakir banyak mendapat bantuan dari askar British,”sahut lelaki memanggul senjata automatik.
“Ia, kita banyak mendapat senjata,… peluru dari askar British yang Islam…,”kata Said Ali.
“Mereka banyak bekerjasama dengan kita,” kata askar memanggul senjata automatik.
“…tentera Amerika yang beragama Islam banyak membantu kita, …macam kpt. Alice Carson,…dari dia kita mendapat tahu pergerakan tentera Amerika,”kata penasihat pejuang berani mati.
“Di mana dia,?”Tanya lelaki memanggul senjata automatik.
“Di khemah kita di utara,…Amerika syarikat sangka dia telah mati,”jawab penasihat pejuang berani mati.
“Bagus,…dia telah menikah dengan orang kita, Ali Rashid,”sahut seorang pejuang.
BERSAMJA
SENJATA AUTOMATIKNYA
Pada satu petang, kpt. Alice Carson memberi mesej kepada pihak Pergerakan Islam, dia akan menyertai lima orang askar Amerka gerakan biasa di sebuah kampung di Basrah. Mereka menaiki sebuah trak. Pada waktu trak mereka tiba di sebuah jambatan, pejuang-pejuang Islam telah menyerang terak tersebut.
Beberapa saat sebelum pejuang-pejuang Islam melancarkan serangan, kpt. Alice Carson telah terjun dari traknya. Bersama senjata automatiknya, dia berguling ke dalam parit tepi jalan di situ. Sebutir peluru mortar meletup dan hujan peluru telah menjilat trak tersebut. Terak terbakar. Rentung. Semua askar Amerika telah terbunuh. Tubuh mereka bagaikan ketul-ketul kayu arang.
Kpt. Alice Carson telah di bawa oleh pejuang-pejuang Islam ke sebuah tempat persembunyian. Di sana kpt.Alice Carson menukarkan uniformnya dengan jubah hitam dan kepalanya berbungkus dalam selendang warna hitam juga.Tidak ada sesiapa yang menyangka dia seorang gadis Amerika.
Selama dua minggu kpt.Alice Carson bersama pejuang-pejuang Islam. Banyak rahsia-rahsia pergerakan askar Amerika, jadual-jadual lawatan ketua-ketua pasukan tentera-tentera Amerika telah di dedahkan kepada pejuang-pejuang Islam.
“… Tidak semua orang Amerika memusuhi orang Islam, tetapi Bush musuh umat Islam, … Bush dan kuncu-kuncunya dan Yahudi merancang memusnahkan umat Islam,”kata kpt. Alice Carson dalam satu ceramah kepada pejuang-pejuang Islam.
“Kami, belia-belia Islam dipaksa menyertai pasukan tentera untuk mempertahankan negara,…tetapi pemerintah menggunakan kami untuk membunuh umat Islam,”katanya lagi.
Tiga minggu kemudian, kpt.Alice Carson telah bertemu semula dengan sahabat lamanya, Ali Rashid. Mereka telah menuntut di sebuah kolej tentera, di Amerika Syarikat beberapa tahun lalu. Allah mentakdirkan, pertemuan mereka dalam kancah peperangan di Iraq, hati masing-masing berkembang bunga-bunga cinta yang indang dan harum.
“Saya tidak akan pulang ke Amerika lagi, saya cintakan kamu, Rashid,”kata kpt. Alie Carson kepada kekasihnya.
“…ia, kita dua kekasih, saya mahu Alice menjadi isteri saya, …saya tidak mahu berpisah dengan kamu,” sahut Ali Rashid.
Wajah kpt. Alice Carson ceria. Dua biji matanya yang biru laut memancarkan cahaya cinta suci lagi ikhlasnya kepada pemuda Arab itu.
“…bagaimana, kita menikah muta’ah?”Tanya Ali Rashid.
“Ha, nikah muta’ah,…saya tidak mahu nikah yang menjamin ikatan kita suami isteri, …nikah mutaah tidak menjamin cinta kita dan hubungan kita sebagai suami isteri,” jawab kpt.Alice Carson.
“Ia, sungguh kata kamu, … sayangku,”sahut Ali Rashid.
Mereka telah dinikahkan oleh seorang hakim Islam, dalam sebuah masjid di suatu tempat terpencil. Pernikahan aitu telah dihadiri oleh kira-kira sepuluh orang pejuang Islam. Sebuah kitab suci Quran menjadi mas kahwin kpt.Alice Carson.
“ Sayang, saya mahu buktikan…,” kata kpt.Alice Carson kepada suaminya.
“Apa sayang?”Tanya suaminya.
“…Allah berfirman,maksudnya, …apakah kamu menyangka yang kamu akan masuk syurga, pada hal di sisi Allah belum nyata kamu dari orang-orang berjihad dan dari orang-orang yang sabar,”jawab kapitalis Calon.
“Sayang sanggup mati syahid macam saya?” Tanya Ali Rashid.
“Ia, mengapa tidak, kita telah menjadi satu tubuh dan satu jiwa?”Tanya kpt.Alice Carson pula.
“Ia, sayang,…kita berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad, …itu yang Allah kehendaki,”sahut Ali Rasahid.
“Ia, sayang,…kita milik Allah, kepadanya tempat kita menyerah diri,”sahut kpt.Alice Carson.
(Sedutan dari manuskrip novel, Cinta dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)
Ubah pendirian isu hasil minyak dituntut Kelantan
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah diselar kerana berdolak-dalik dalam isu hasil minyak di Kelantan, terutama pendirian terbarunya yang menyokong bayaran royalti dan bukannya wang ihsan.
Sambil mempersoalkan perubahan pendirian beliau berbanding ketika menjadi Pengerusi Petronas pada 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada Terengganu dan Kelantan, Tengku Razaleigh juga didakwa cuba bermain politik dan mahu mengelirukan rakyat Kelantan.
Beliau mengulas kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royalti minyak yang dibuatnya ketika berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, Kelantan pada Khamis lalu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berita Harian terbitan 1 November 2000, melaporkan Tengku Razaleigh pada sidang media di Parlimen, berkata berdasarkan undang-undang dan pandangan ketika Petronas ditubuhkan, negeri-negeri di Semenanjung tidak berhak ke atas minyak yang dijumpai di luar kawasan kekuasaan negeri.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Terengganu tidak terlalu mempercayai tohmahan yang dilemparkan Kerajaan Pas Terengganu ketika itu, yang disifatkan sengaja menimbulkan kekeliruan berikutan tersepit dengan masalah kewangan.
Tengku Razaleigh yang menjadi Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas antara 1974 hingga 1980, juga berkata, kaedah penyaluran wang terbabit tidak harus dipertikaikan kerana yang penting perubahan kaedah pembayaran itu tidak menjejaskan, malah akan memberi faedah dan menguntungkan rakyat Terengganu.
Rais berkata, bagi negeri yang memikirkan untuk membuat tuntutan ke atas royalti minyak seperti Kelantan, ia tidak berhak di bawah mana-mana Akta Petroleum kerana berada di kawasan antarabangsa yang haknya milik Persekutuan.
"Ini adalah kedudukan undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang negara. Akta Petroleum berbeza dengan peruntukan Akta Pelantar Benua yang mana Sabah dan Sarawak tertakluk bawahnya," katanya.
"Sekiranya hendak jadi orang tengah tidak menjadi masalah, tapi saya berharap beliau tidak kemukakan tuntutan dan pandangan bagi pihak Pas dan parti pembangkang kerana beliau masih Ketua Umno Bahagian Gua Musang dan saya berharap rakyat faham keadaan sebenar," katanya.
Di KOTA BHARU, Tengku Razaleigh menyarankan supaya tuntutan royalti yang dikemukakan Kerajaan Kelantan dibawa ke mahkamah jika berasakan Akta Pembangunan Petroleum 1974 tidak dihormati.
"Kenyataan saya mengenai Kelantan layak mendapat royalti adalah berdasarkan peruntukan akta dan perjanjian itu yang ditandatangani Petronas dan kerajaan negeri dengan restu Kerajaan Pusat.
"Saya cakap apa yang diperuntukkan akta dan perjanjian yang dibuat itu yang dipakai sampai sekarang. Jika nak selesai segalanya di mahkamah, tak perlu pakai (rujuk) akta, selesai di mahkamah saja," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, semalam.
Tengku Razaleigh bagaimanapun, enggan mengulas percanggahan kenyataannya yang dibuat Khamis lalu dengan kenyataan pada sidang media di Parlimen pada Oktober 2000.
negeri di Semenanjung, layak mendapat royalti minyak berdasarkan perjanjian sama kerana kawasan pengeluaran minyak itu terletak di luar perairan negeri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Tengku Razaleigh mengenai royalti itu sebagai sesuatu yang benar dan jelas.
Exco Pemuda Umno desak Khairy letak jawatan | | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Jan: Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno malam kelmarin kecoh ekoran terdapat desakan supaya ketuanya, Khairy Jamaluddin berundur untuk menyelamatkan pergerakan itu. Harakahdaily difahamkan, punca utama desakan beberapa anggota Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda Umno Malaysia selari dengan kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Seorang Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan membentangkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan yang diterajui Khairy itu tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya mengugut agar diberi jawatan. Difahamkan, Hishamuddin mencadangkan dua usul sama ada Khairy meletakkan jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan Exco meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru dibuat secepat mungkin. Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai tetapi difahamkan dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletakkan jawatan untuk pemilihan semula pergerakan itu jika selari dengan kehendak perlembagaan parti. Mengikut Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda Umno, jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti, maka jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda Umno Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan jawatankuasa yang baru dipilih itu. Selain isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri yang gagal ditangani oleh Khairy, beliau juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh ketua-ketua pemuda bahagian. Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat. Ada di kalangan mereka yang membangkitkan jika dahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berjanji mengorbankan harta benda untuk pergerakan Pemuda jika menang, tetapi setelah menang lain pula alasannya. (Berita ini diambil dari Harakan Daily on line , 31 Januari 2010) |
|
|
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.
Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.
"Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan.
"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu.
Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.
"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya.
Beliau bagaimanapun mengingatkan orang Melayu agar melakukan protes secara tertib dan tidak melakukan kekacauan sehingga menghancurkan keamanan negara.
"Kalau mereka tidak dengar, kita ada kuasa dalam pilihan raya. Jangan gunakan cara yang boleh merosakkan keamanan.
"Tetapi saya bimbang, sekiranya keadaan ini berterusan, orang Melayu yang sekian lama memendam kekecewaan akan 'meletup'," katanya.
(Berita ini diambil dari Utusan Malaysia online, 31 Januari 2010)
DUA PARTI MELAYU AKAN BERKUBUR?
Jika UMNO dan PAS sama-sama ‘keras kepala’ tidak mahu berpadu, besar kemungkinan, pada pilihan raya ke-13, dua parti politik Melayu dan ummah itu akan lemah atau hilang di telan oleh kekuatan golongan Ma’juj dan sosialis demokrasi.
UMNO yang telah berusia kira-kira 62 tahun dan PAS 57 tahun telah amat dewasa, orang Perak kata tuan teben. Tetapi mereka masih tidak berpadu seperti yang diharap-harap-harapakan oleh sebilangan besar ummah pada tahun 1951 hingga pada masa ini.
PAS keras kepala tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. UMNO keras kepada menolak PAS dan menyifatkan parti Islam itu merbahaya kepada negara.
Semua ahli UMNO dan PAS beragama Islam. Masing-masing tidak bersatu. Membawa diri ke hulu dan ke hilir disebabkan pegangan atau fahaman yang tidak sama. UMNO menentang negara Islam dan PAS mahukan negara itu.
Mereka sembahyang di bawah satu bumbung masjid. Berdoa dengan tujuan yang sama:
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami dari azam neraka.
(Al Baqarah:201).
Ya Tuhan kami, janganlah Kamu memesungkan hati kami setelah Kamu memberi petunjuk kepada kami ...
( Ali Imran:8)
Apabila mereka di luar masjid, mereka merayap dan bertengkar dan bermusuhan kembali – macam orang Yahudi dengan orang Arab. Pas kata mereka baik. Umno bangga mereka lebih baik. Tetapi umat Islam yang beriman kepada Allah, amat mengetahui, siapa di antara mereka itu yang baik.
Kalangan orang UMNO masih taksub kepada undang-undang ciptaan manusia (orang-orang England). Kerana taksub itu, apabila Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan Islam sebagai amalan dalam UMNO dan kerajaan, ramai orang UMNO yang mahukan beliau turun dari kedudukannya.
Ada yang melemparkan berbagai tuduhan kepadanya. Nasib baik beliau bukan lepasan MCKK, kalau beliau dari maktab itu, tentulah beliau dituduh melakukan liwat juga.
Sebilangan dari ahli-ahli UMNO yang berpengetahuan Islam – lepasan sekolah menengah dan universiti Islam – mahukan Negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS, tetapi mereka takut bersuara, kalau-kalau hilang kedudukan dan periuk nasi kering kontang.
Abdullah Badawi
Najib
Nik aziz
Pada masa Abdullah Ahmad Badawi beria-ia menyeru rakyat Malaysia menerima Quran dan Sunnah untuk panduan, maka PAS yang hendak ‘merebut kuasa’ dan berusaha menjatuhkan beliau telah mengalah; tidak lagi meneruskan perjuangan menegakkan negara Islam, kerana takutkan DAP dan mereka dalam Parti Keadilan Rakyat yang liberal dan menganut sosio-demokrasi.
Orang-orang PAS sanggup menghapuskan cita-cita suci menegakkan negara Islam, semata-mata kerana hendak bersahabat karib dengan golongan yang tidak mahukan negara Islam dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang taat kepada Allah itu.
Semenjak tahun 1951 lagi, saya menyanjung UMNO dan menyanjung PAS. Tetapi malangnya UMNO yang telah berusia 65 tahun – tua tobin (pinjam cakap orang Perak) masih tegar (bukan tegas) tidak mahukan negara Islam.
Mereka dalam UMNO kini nampaknya telah menjadi orang PAS dan para penganuat sosio-demokrasi, bersemangat untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi. Kini, sebilangan UMNO, ahli PAS dan mereka (orang Islam) dalam PKR telah melanggar sabda Nabi Muhamamad s.a.w.,
“Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering.”
Pada titik koma pergeseran antara UMNO dengan PAS ;UMNO menolak Negara Islam dan PAS telah patah paruhnya uantuk menegakkan negara Islam, maka saya meramalkan, pada pilihan raya ke – 13, kedua-dua parti politik ummah itu akan lumpuh dan hilang di muka bumi.
Para pengundi pada pilihan raya itu nanti yang terdiri dari orang Islam, tidak percaya kepada UMNO kerana menentang negara Islam dan mereka tidak percaya kepada PAS, kerana parti itu telah patah paruh dari menegakkan negara Islam.
Sebilang besar orang Melayu yang tidak mengundi Barisan Nasional (UMNO?) pada pilihan raya ke – 13 kerana parti itu menentang negara Islam, sedangkan dalam konsep Islam Hadhari menyanjung Islam.
Mereka melihat sebilangan besar ‘orang kita’ dalam UMNO, pada ketika berada dalam masjid berkeadaan seperti Abu Bakar As Siddiq dan para sahabat nabi yang lain, tetapi di luar masjid dan di mana-mana, mereka seperti Abdullah bin Ubai di Madinah pada zaman Nabi Muhammad. S.A.W.
Itulah salah satu faktor Barisan Nasional mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang ke- 12 yang lalu.
PAS juga akan menghadapi nasib yang sama dengan UMNO, kerana para pengundi Melayu yang tegar iman tidak percaya lagi kepada parti itu, disebabkan tidak lagi memperjuangkan Negara Islam.
Jalan untuk menyelamatkan dua buah parti ummah itu dari berkubur tanpa nisan, maka mestilah berikhtiar untuk bersatu. Kedua-duanya hendakkah jauhkan diri dari perasaan ‘keras kepala’ dan saling menyedari kesilapan dan kesalahan.
Saya amat takut, kedua-dua parti ummah itu akan berlaku tindakan Allah seperti firman-Nya dalam Quran:
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
(Ali Imran: 112).
Jika UMNO dan PAS telah berada ditahap firman allah di atas ini, maka, orang Melayu dan ummah akan kembali dijajah diri dan fikiran serta negara mereka oleh golongan yang menentang negara Islam dan menganut fahaman yang anti Islam, Melayu dan Raja Melayu.
Bersatulah UMNO dengan PAS sebelum terlambat atau jangan sampai nasib dimasa telah menjadi bubur.