Monday, December 14, 2009

TAKDIR



TAKDIR MENGATASI TADBIR





Teh Affifah Shahirah

'Kun fayakun',kalam Tuhan,
Pengantin barumu,
Mohd. Arif suamimu,
Terpsah,
belum menjamah halal dirimu.



Jari jemarimu berinai merah,
Warna hatimu cinta tidak berbelah,
Cinta Allah kepada suamimu,
Teragung dari cintmu.



'Pabila ajal mendatang,
Tidak boleh tunggu walau sesaat.'
Kembali hamba menghadap Allah,
tinggalkan kekasih berinai merah.



Sabar tabah hatimu, sayang,
Hikmat Allah di badapanmu,
Menitilah lantai dunia dengan gembira,
Dirimu diperlukan negara dan bangsa.



Titislah air matamu, sayang,
Atas kaca menyinar buana,
Di syurga suamimu menanti,
Andainya cintamu cinta dia abadi.


Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.