Saturday, December 26, 2009

SAJAK



NABI ISA ROH ALLAH


Ingatlah - riwayat – Maryam dalam Kitab,

pada ketika dia berangkat meninggalkan keluarganya,

kesuatu tempat di sebelah timur (untuk beribadat dan membersihkan dirinya).

Dia mengadakan tutup (bersembunyi) dari mereka;

lalu Kami untuskan kepadanya Ruh Kami,

dan kelihatan olehnya serupa seorang lelaki yang sempurna.

Dia berkata: Sesungguhnya aku berlinddung diri dari engkau kepada Tuhan Yang Pemurah,

jika kamu ada sesuatu yang menjaga diri – dri kejahatan(yang datang itu malaikat yang disangka Maryam manusia biasa).

Dia menjawab: Aku hanya utusan dari Tuhan kamu, akan mengeanugerahkan kepada anda seorang anak lelaki yang suci.

Dia (Maryam) berekata: Bagaimana aku boleh mendapat anak lelaki,

Sedangkan aku belum poernah disentuh (jimak) oleh manusia (lelaki,

(lagipun) aku bukanlah seorang perempuan jahat.

Dia (malaikat) menjawab: Begitulah (kejadiannya).

Tuhan andatelah berfirman: Hal itu bagi Aku adalah perekara mudah,

dan peristiwa itu Kami hendak jadikan keterangan untuk umat manusia dan rahmat dari Kami,

Dan menjadi satu perkara yang diputuskan.

Kemudian dia (Maryam) mengandungnya (Nabi Isa alaihis salam) dan menyingkir (membawa diri) ke tempat yang jauh (ke Baitul Lahm dan di sanalah dia melahirkan Nabi Isa alaihis salam).

Pada ketika sakit akan bersalin, maka dia datang bernaung di bawah naungan pokok kurma.

Dia berseru (merintis): Aduhai nasibku! Baiklah aku meninggal dunia sahaja sebelum ini,

aku menjadi peristimwa yang dilupakan orang.

Lalu (satu suara) menyeru kepadanya darfi sebelah bawah: Janganlah berdukacitra;

sesaungguhnya Tuhan anda mengalaairkan di bawah andsa sebatang sungai.

Dan goyanglah pohin kurma itu, nescaya ia akan menggugurkan kepada anda buah kurma yang baru masak,

Makanlah, minumlah dan senangkanlah hati anda.

Dan kakau ada seseorang melihat anda,

katakanlah: Sesungguhany aku telah berjanji (bernazar) dengan Tuhan yang Pemurah untuk berpuasa (buak erti tidak makan, tetapi tidak bercakap dengan sesiapa pun). Sebab itu pada hari ini aku tidak bercakap dengan sesiapa pun.

Dan dia keluar membawanya )bayinya - Isa). Mereka (kaumnya) mengatakan: Hai Maryam! Sesungguhnya anda telahmelakukan satu oerkara yang aneh.


(Sajak ini adalah terjemahan ayat - ayatr Quran dalam surah Maryam - mp)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.