SALJU BERBISIK
Malam larut di Ulaanbaatar,
Laksana anak nakal kubersama salji,
Luruhnya manja atas datar huluku,
Mesranya ke otak dan hati.
Bisik Salji,
“Kusuka kamu, tak suka negara kamu,
Di sini Islam, Budha dan Komunis bertsatu,
Tidak bertekar dan bercakar luruh bulu,
Muhibbah di sini sejak dulu.
“Nasionalis dan kapitalis bumimu,
Islam dan sosialis saling cemeburu,
Musuh dan seteru,
Peribumi hilang mutu.”
Kuramas ketul salji,
Tanganku bedi, menggigil,
Kasihku pada salji,
Bagaikan nabi kasihkan umat.
Aku menggigil sendiri,
Salji memutih atas dedaun malam,
Bumi Mongolia ketawa,
Aku kedinginan sendiri.
Dalam kamar Khan,
Sepi dan dingin mengonyahku,
Salji berbisik lagi,
“Kau lelaki dari bumi kaya,
Tapi rakyat tidak berani ...”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.