Tuesday, December 29, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


PENYAKIT

Dalam hati mereka (orang – orang munafik) terdapat penyakit (Syak, sakit hati dan dengki), maka Allah menambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi, dengan sebab mnereka itu mendusta akan kebenaran. – Al Baqarah:10



HADIS

SEDEKAH

Nabi Muhammad s.a.w. bersambad: Tiap – tiap amal makruf itu sedekah.

Perawi: Huzaifah, Imam Bukhari dan Imam Muslim.


PETUA

MUJAHADAH

Mujahadah itu terdiri dari tiga kerangka, iaitu: Jangan maka, melaikan manakala lapar. Jangan tidur kalau belum merasa mengantuk. Jangan berbicara (bercakap) melainkan sekadar perlu. – Ahli sufi: Hassan Qasar.



TAHUKAH?

PINJAM

Rugi dan sesal mengganggu anda, jika anda melakukan: Memberi orang pijam buku. Memberi orang pinjam payung. Memberi orang pinjam terompah (kasut kayu). Memberi orng pinjam isteri.

NOKTAH HIDUP

KHALWAT

Lelaki ini sedang menghadapi nazak, pada ketika itu datang orang memberitahunya, isterinya telah ditangkap oleh para penguatkuasa Jabatan Agama Islam, kerana dia didapati Khalwat (duduk berdua – duaan dalam sebuah rumah dengan lelaki Banglades).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.