Sunday, December 27, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



TUDUHAN ZINA

Dan mereka yang melimparkan tuduhan (zina; termasuk tuduhan meliwat) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah (rotankan) mereka lapan puluh (80) kali sebatan; dan jangan kalian menerima persaksian mereka itu selama – lamanya, kerana mereka itu adalah orang – orang yang fasik. – An Nur:4

Orang – orang yang menuduh isterinya berzina, sedangkan mereka tidak ada saksi – saksi (yang mengesahkan tuduhan itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang – orang yang benar.

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang – orang yang dusta.

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang – orang yang berdusta.

Dan sumpah yang kelima (hendklah dia berkata): Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya, jika suaminya dari orang – orang yang benar. – An Nur: 9




HADIS


PESAKA


Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Orang Islam tidak menerima pesaka dari orang kafif dan orang kafir tidak boleh menerima pesaka dari orang Islam.

Usama bin Zaid dan Imam Bukhari.



PETUA



PENDAPAT AHLI SUFI

Bahawa Kerosakan jiwa itu kebanyakannya berasal dari tiga hal, iaitu, kefasihan orang yang arif (menggunakan lidah untuk mencapai kemewahan dan keduniaan), khianat orang yang cinta (memilih khendak nafsu dari kehegndak Allah) dan dustanya orang yang murid (mengingati makhluk lebih dari mengingati Allah). – Ahli sufi: Abu Hafadz.




TAHUKAH?



PARTI POLITIK


Dalam parti politik kebangsaan kurang individu – individu yang kukuh dengan iman dan ketaatan kepada
Allah. Dalam parti politiki Islam kurang orang yang jahil tauhid tetapi ramai kukuh iman kepada Allah dan mereka cenderung kepada jihad pada jalan Allah.




NOKTA HIDUP



ANAK LELAKI


Pada waktu seorang bapa dalam perjalanan kepada garis penamat hidupnya, nazak, dua anggota polis datang ke rumahnya dan menangkap anak lelakinya atas tuduhan membunuh seorang gadis yang menolak kehendak nafsu jahatnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.