Friday, December 25, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



KEBAIKAN DAN KEBATILAN

Maha berkat Tuhan (iaitu, banyak nikmat-Nya kepada sekalian makhluk - Nya) yang menurunkan Furqan (Quran yang diturunkan secara bernasur – ansur yan g membezakan antara kebenaran dan kebatilan) kepada hamba – Nya (Muhammad s.a.w.) untuk menjadi peringatan (peribadatan, amanah, akhlak mulia, tata cara kehidupan dan perundangan) dan amaran bagi semua warga alam maya. – Al Fuqan: 1



HADIS


JANDA DAN GADIS


Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan hukum: Seseorang janda tidak boleh dikahwinkan dengan tidak berunding (mendpat persetujuan) dengannya lebih dahulu. Seseorang gadis tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.

Perawi: Abu Hurairah dan Imam Bukhari.

Nota: Janda dan gadis tidak sah kahwin mereka jika dipaksa oleh ibu bapa atau wali mereka, iaitu mereka tidak mencintai lelaki bakal suami mereka. Perkhawinan demikian akan melahirkan zuriat anak haram.




PETUA


JIMAT DAN CERMAT


Jika ditakdirkan anda menjadi pemimpin negara, dua perkara yang paling utama mesti dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan, anda dianggap zalaim, tidak bermanah dan tidak berakhlak, ialah: 1- Jimat cermat membelanjakan wang negara. 2 – Jangan membiarkan istreri anda campur tangan dalam urusan kerajaan dan mengadakan pejabatnya atau pejabat organisasinya dalam pejabat perbendaharaan negara.(dia berpejabat di dalamnya).

- Dari sudut politik Islam Khalifah Umar Abdul Aziz.




TAHUKAH?


PROTES


Mengikut risik – risik, ahli – ahli Dewan Rakyat UMNO tidak datang dalam sidang bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, telah berlaku sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Mereka tidak datang dengan alasan uzur, tetapi sebenarnya mereka memprotes.

Di antara ahli – ahli Parlimen zaman Tunku dan Tun Razak yang memprotes, iaitu: Syed Jaafar Albar, Abdul Aziz Ishak dan Abdul Azizi Yeop.

Kali ini, kononnya, kerana atidak puas ahati dengan gagasan 1 Malaysia.



NOKTAH HIDUP


PAYAH MATI


Datin Seri sedang dalam perjalanan kepada garisan penamat hidupnya dengan keadaan payah, iaitu nazak, suaminya, Dato’ pulang dari London membawa teman gadis – gadis China – dan mereka duduk menghadapinya yang payah mati itu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.