Wednesday, December 23, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



MENCABULI SUMPAH

Sesungguhnya orang – orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka (termauakj melanggar perjanjian), mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata – kata dengan mereka dan tidak akan memandang mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – Ali Imran: 77



HADIS


BENCANA

Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: Tidak henti – henti becana – bala – menimpa seseorang mukmin, lelaki dan perempuan, baik dalam dirinya, anak - anaknya atau hartanya, sehingga dia menemui Allah Taala dan pada dirinya tidak ada lagi seseuatu kesalahan (dosa) pun.

Perawi: At Tarmizi.


PETUA

BERSYUKUR

Jika anda ditakdirkan hidup menderita, maka, bersykurlah kepada Allah. Jika anda ditakdirkan menjadi hartawan dan jutawan, maka, bersyukurlah kepada Allah. Jika anda ditakdirkan menjadi seorang yang papa kedana, maka, bersyukurlah kepada Allah. Yang demikian itu, anda adalah dalam golongan hamba yang tinggi darjat di sisi Allah.



TAHUKAH?


JIHAD PADA JALAN ALLAH

Perjuangan umat Islam di Selatan Thailand menuntu kemerdekaan empat wilayah Melayu dan umat Islam di sana, adalah jihad. Mereka perlu dibantu dengan apa cara jua oleh semua umat Islam.


TOKTAH HIDUP

DUA ISTERI

Seorang lelaki ada dua orang isteri . Isteri tuanya mandul dan tidak mnengetahui suaminya ada isteri lain dan dua orang anak. Dia hampir nazak di rumah isteri tuanya. Pada ketika itu isteri kedua dan dua anaknya tiba. Mereka duduk mengelilinginya. Pada ketika itu dua wanita bermadu itu saling senyum dan sama – sama bersyukur kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.