Demi manusia yang melahirkan zuriat.
Dan suriat dilahirkan.
Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan – kesukaran – Ijesmani dan rohani).
Patutkan manusia demikian keadaannya (terpedaya dengan kuat kuasa yang ada padanya dan ) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (menyeksanya)?
Manusia demikin keadaannya (tidak patut bermegah dengan kekayaannya) berkata: ”Aku telah habiskan harata benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).”
Adakah dia menyangka, bahawa tiada siapa yang melihatnya (tujuan menghabiskan harta bendanya itu)?
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah – megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya, dua biji mata (untuk memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami).
Dan lidah serta dua ulas bibir (untuk menyempurnakan sebahagian besar dri hajat-hajatnya)?
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan dan kejahatan). Al Balad: 1 – 10.
HADIS
MENGHINA SESUATU
Nabi Muhammad s.a.w. melarang: Jangan anda menghina sesuatu kebaikan walau sedikitpun, sekalipun hanya dengan jalan anda menemui saudara anda dengan wajah yang berseri – seri.
Perawi: Imam Muslim
PETUA
KHENDURI
Kepercayaan ramai orang kita, untuk mengelak hujan turun pada majlis perkahwinan, campakkan pakaian dalam pengantin perempuan atas atap tempat jamuan itu. Keparcayaan ini karut.
Nabi Muhammad berdoa minta Allah jauhkan hujan: Allah jadikan hujan keliling kami dan jangan atas kami. Bedoakan, insya Allah berhasil.
TAHUKAH?
KELING BOTOL
Pada zaman silam, orang menjual barang – barang buruk (besai, botol dan sebagainya) kepada keling botol, iaitu pembeli barang buruk. Pada zaman moden ini pihak Kementerian Pertahanan Malaysia (semu berpelajaran) menyangka injin kapal terbang pejuang yang belum buruk itu, adalah barang buruk, lalu ada orang menjualkannya kepada keling botol global (bukan gelokal).
NOKTAH HIDUP
KAHWIN DENGAN ARTIS
Bidin tengah menghadapi nazak, jiran tetangga dan sahabat handainya datang menziarahinya, mulutnya merasau, ” ...aku nak kahwin dengan artis ..., aku nak kahwin dengan artis ...”. Guru agama yang ada di situ membaca Yaasin dengan suara yang kuat dan dikuti oleh mereka yang hadir.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.