KEREDAAN ALLAH
Dan mereka yang sabar dan mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata – mata, mendirikan sembahyang dan mendermakan apa yang kami Kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara berterang, dan mereka juga menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu adalah disediakan (Allah) balasan yang paling baik pada hari akhirat.
Iaitu syurga yang kekal, yang akan mereka memasukinya bersama orang – orang yang mengerjakan amal solih dari ibu bapa mereka dan para isteri mereka (berhimpun dalam syurga), dan para malikat akan masuk kepada mereka melalui tiap – tiap pintu.
Memberi hormat dengan berkata: Kalian selamat sejahtera berpenjangan, disebabkan kesabaran kalian. Maka amatlah baiknya balasa amal kalian di dunia dahulu. – Ar Ra’ad: 22 – 24.
HADIS
TOBAT DAN SYAHID
Perawi Hadis,Abu Hurairah berkata, bahara Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah Subhanahu wa Taala tertawa – gembira atau senang – kepada dua orang, yang seorang membunuh yang lain, kemudian keduanya dapat masuk syurga. Yang seorang itu berjihad (perang) di jalan Allah kemudian dibunuh, selanjutnya Allah menerima taubat atas orang yang membunuhnya tadi, (kerana) kemudian orang itu memeluk agama Islam dan selanjutnya dia dibunuh pula sebagai seorang yang syahid.
Para ahli Hadis bersetuju.
PETUA
IBADAT
Ibadat orang yang bukan sufi bertujuan untuk mendapat (balasan) bernaung dalam syurga, seolah – olah dia beribadat di dunia ini untuk di tukar ganti dengan kebahagian di akhirat, sedangkan ibadat orang sufi bertujuan mengekalkan toleransinya dengan Allah.Amal ibadatnya ada hubungan yang utama dengan Allah, bukan mengharap sesuatu balasan dari Allah.
– ahli sufi, Rabi’atul Adawiyah.
TAHUKAH?
NEGARA ISLAM
Ketua Jawatan Kuasa Khas Agama dalam UMNO (1951), Haji Ahmad Fuad bin Hassan telah berkata kepada Yang Dipertua UMNO, Tunku Abdul Rahman: ” ... UMNO ni elok perjuangKan hasrat umat Islam mendirikan negara Islam di Tanah Melayu ini.” Tunku Abdul Rahman membalas: ”Saya tak belajar Islam (politik Islam), UMNO pula parti kebangsaan, bukan parti Islam, macam mana nak boleh ada negara Islam ..., saya nak pimpin macam mana?”.
NOKTA HIDUP
DOSA ISTERI
Isteri sedang menghadapi nyawanya direntap malaikat maut, hatinya mengaku dia telah melakukan banyak dosa kepada suaminya, termasuk berzina dengan pemandu kereta suaminya. Pada ketika itu, suaminya sedang di padang bola menonton pelawanan perdana.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.