TAAT
Katakan (Muhammad s.a.w.): Jika benar kalian mengasihi Allah, maka ikutlah saya, nescaya Allah mengasihi kaslian dan mengampun dosa – dosa kalian. Dan Allah Maha Mengasihani.
Katakan (Muhamma s.a.w.): Taatlah kalian kepada Allah dan Rasul – Nya. Oleh itu, jika kalaaian berpaling (tidak beriman dan menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang – orang yang kafir. – Aali Imran: 31, 32.
Nota: Taatkan Allah, berti mengikut apa jua yang diperintahkan Allah. Menerima dan melaksanakan segala hukum (undang – undang) yang di adakan oleh Allah dalam Quran.
HADIS
TETANGGA
Nabi Muhammad s.a.w. menyeru: Hai semua wanita beragama Islam, jangan seseorang tetangga menghina tetangga yang lain, sekalipun yang dihadiahkan itu hanyalah sepuntung kaki kambing.
Perawi: Muntafak (mersepakat para ahli hadis) atas hadis ini.
PETUA
TAK ADA IMAN TANPA SYARI’AT
Tauhid merlahirkan iman, sesiapa yang tidak beriman, maka dia tidak bertauhid. Iman membuahkan syari’at (hukum atau undang – undang dalam Quran), sesiapa yang tidak melaksanakan syari’at, maka dia tidak beriman dan tidak bertauhid. Dan syari’at membuahkan adab, sesiapa yang tidak beradab, maka dia tidak beriman, tidak bertauhid dan tidak patuh kepada bersyari’at.
– Ahli sufi, Al Jalali Al Basri.
TAHUKAH?
KEBEBASAN MEDIA
Pada umumnya rakyat tidak akan menghormati dan mentaati kerajaan atau pemerintah, selagi kerajaan atau pemerintah mengongkong kebebasan media atau akhbar ataupun menguasai media atau akhbar.
NOKTAH HIDU
ARAK
Bapa hampir nazak, anak lelakinya berkata kepadanya, ” Wang ayah itu saya akan beli selori arak untuk jamuan takziah rakan – rakan ayah.” Bapa memejamkan matanya tanpa ucapan kalimat imnankan Allah dan Rasukl –Nya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.