AKIBAT SYIRIK
Katakan (Muhammad s.a.w.): Melanconglah kalian di muka bumi dan perhatikan bagaimana akibat (kesudahan) mereka yang dahulu, kebanyakan mereka mempersekutukan – Allah.
Dan hadapkan muka anda (Muhammad s.a.w.) kepada agama yang betul (Islam), sebelum datang dari Allah hari yang tidak dapat ditolak. Pada hati itu mereka terbahagi.
Siapa yang ingkar, maka atasnyalah keingkaran itu dan siapa yang mengerjakan perbuatan baik, mereka menyedikan tempoat untuk diri masing – masing (dalam syurga). – Ar Rum: 42,43,44.
HADIS
MUSIBAH
Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang dikehendaki Allah memperoleh (mendapat) kebaikan, maka diberi Allah musibah (cubaan atau kesukaran) padanya – baik mengenaia tubuhnya, hartanaya atau apa – apa yang menjadi kesayangannya.
Perawi: Imam Bukhari.
PETUA
JANGAN
Jangan air laut ditimba dengan tapak tangan, jangan kasih dijadikan perseteruan, jangan bulan dirindukan, ajangan paasir ditelan, jangan memburukkan orang, jangan jadi hamba perempuan dan jangan lupakan diri sebagai insan sempurna.
TAHUKAH?
ULAT DALAM BATU
Nyawa paling berhargas, harga nyawa bagi manusia adalah perjuangan; perjuangan yang mulia pada jalan Allah dan jangan takut meneruskan perjuangan; ulat dalam batupun dapat hidup dengan kehendak Tuhan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.