PENBALASAN
Sesungguhnya orang - orang yang beriman dan melakukan perbuatan baik, itulah makhluk (manusia) yang amat baik.
Pembalsan untuk mereka di sisi Tuhan, ialah syurga 'Adn yang mengalir sungai - sungai di dalamnya, mereka kekal di sana selama - lamanya, dan mereka merasa senang kepada Tuhan. Yang demikian itu untuk siapa yang takut kepada Tuhannya. - Al Baiinah: 7, 8.
HADIS
Sesiapa yang diberi fatwa yang tidak bersandar (kepada Quran dan Sunnah), maka sesungguhnya dosanya itu dipikul oleh orang yang memberi fatwa tersebut.
- Hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan perawi: Imam Ahmad dan Abu Majah.
PETUA
Kebanyakan orang alim berpendapat, gelap malam itu disukai oleh hantu atau syaitan, tetapi bagi orang yang sedang bercinta, gelap malam itu indah, seperti dalam pelukan kekasih dan bagi pengarang, penyair, atau sasterawan, gelap malam itu , Allah mengurniakan ilham tidak putus -putus.
TAHUKAH
ZAKAT
Orang yang tidak memberi zakat dari hasil tanamannya, pasling cepat mendapat balasan daripada Allah; seperti tanaman dibinasakan oleh gasjag, dimakan tikus, disedut cenangau dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.