SUMPAH DAN SETIA
Dan jangan kalian menjadi seperti perempuaan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, setelah dia memintalnya kuat teguh;dengan kalian menjadikan sumpah kalian sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeterai) sesama kalian, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya, Allah hanya mahu menguji kalian dengan yang demikian itu (sama ada ikut mereka atau tetap dengan rakan – rakan seperjuangan); dan Dia tentu akan menerangkan kapada kalian pada hari kiamat, apa yanhg kalian selisihkan iepadanya. – An Nahl:92
Nota: Sesiapa yang berjuang dalam parti yang berjuang untuk Islam, hendaklah hati – hati dan menghayati ayat Quran di atas ini.
HADIS
GEMBALA KAMBING
Abu Hurairah memberitahu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ”Tidak seorang yang diutuskan Allah sebagai Nabi, melaikan ia ditentukan pernah menggembala kambing.” Para sahabat Junjungan bertanya: ”Adakah anda mengembala kambing?” Junjungan menjawab: ”Ia, saya menggembala kambing, iaitu Qararith (sejenis kambing ada yang mengata kambing itu digembala oleh Junjungan dengan mengambil upah). Kambing itu milik penduduk Makkah.”
Perawi: Imam Bukhari
PETUA
DIGUGAT GELISAH
Jika anda hendak hidup sebagai seorang suami yang tidak digugat keadaan sedih, resah dan gelisah, elakkanlah diri anda daripada berkahwin dengan gadis atau janda yang giat dalam parti politik atau perniagaan. Mereka itu meletak kepentingan suami mereka di belakang peti undi atau di belakang ranjang barangan yang mereka niagakan.
TAHUKAH
IKAN LIMBAT
Ikan limbat, sejenis ikan hidup dalam air paya, parit kotor dan sebagainya. Beza ikan limbat dengan ikan keli, ialah sundak atau tanduk ikan limbat tegak (tidak rapat pada badannya) pada waktu berenang. Ikan tersebut gemar mengoreskan badan kawan – kawan dengan tanduknya. Bila kawan – kawannya mati, bangkai kawan - kawannya itu menjadi mangsanya. Ikan limbat sebaik – baik contok bagi mereka yang berjuang dalam mana – mana parti politik yang mementingkan kebendaan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.