Sunday, December 6, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


SYAITAN MUSUH MANUSIA

Sesungguhnya Aku telah mempertahankan kalian wahai anak – anak Adam, supaya kalian tidak menyembah syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) terhadap kalian adalah musuh yang nyata.

Dan (Aku perintahkan), hendak (wajib) lah kalian menyembah Aku; inilah jalan yang lurus.

Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kalian, maka, tidakkah sepatunya kalian berfikir (insaf)? – Yaasin: 60, 62.

HADIS

ANAK KEGUGURAN

Rasul Asllah Muhammad s.a.w. bersabda: Seorang anak yang keguguran yang saya hadapi, lebih saya cintai daripada seorang (Muslim) penunggang kuda yang saya tinggalkan sepeninggalan saya (di dunia ini).

Perawi: Ibnu Majah

PETUA

SUMPAH

Seseorang yang melakukan kesalahan di segi Islam (seperti bunuh orang, zina, curi dan samun), kemudian untuk membersihkan dirinya di mata orang ramai, dia melakukan sumpah atas nama Allah yang dia tidak melakukan berbuatan itu, maka sepanjang hidup apa sahaja yang dilakukan oleh dua tangannya dan otaknya tidak diredai Allah dan dia dalam keadaan sial. Jika dia seorang pemimpin, akibat sialnya itu menimpa para pengikutnya.



TAHUKAH?

AKIBAT

Allah paling cepat melaknati mereka yang mencerca dan menghina paara ulama, munkin dengana hanya dengan ’ kun fayakun’, kerana para ulama itu waris para nabi Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.