Wednesday, December 2, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

YAHUDI DAN KERISTIAN

Hai orang - orang yang beriman, jangan kalian mengambil orang - orang Yahdi dan Nasrani (Kristian) itu sebagai teman karib, keran setengah mneeka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain; dan sesiapa di antara kalian yang menjadikan mereka teman karib, makaq sesaungguhnya dia dari golongan mereka itu. Sesaungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. - Al Maidah: 51


HADIS


ORANG FAKIR

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang - orang fakir (Muslim)akan memasuki syurga sbelum orang - orang kaya (Muslim) dengan selisih masa lima ratus tahun.
Perawi: Abu Hurairah.


PETUA

ENAM RINTANGAN

Sesorang tiak akan dapat mencapai taraf solih sebelum dia mengatasi enam rintangan:
1 - Tertutup baginya pintu nikmat dan terbuka baginya pintu
kesengsaraan.
2 - Tertutup baginya pintu kemuliaan dan terbuka baginya pintu
kehinaan.
3 - Tertutpbaginya pintu kelapangan dan terbuka baginya pintu
kesibukan.
4 - Tertutup baginya pintu tidur dan terbuka baginya pintu jaga.
5 - Tertutup baginya pintu harta dan terbuka baginya pintu kefakiran.
6 - Tertutup baginya pintu angan - angan pajang dan terbuka baginya
pintu persediaan menghadapi mati.

- Ahli sufi, Ibrahim Idham (meninggal 161 Hijriah).

TAHUKAH?


PIJAK GAMBAR SOEKARNO

Pada tahun 1961 - 1963 gagasan Malaysia diistihar dan di tubuhkan, Presiden Republik Indonesia, Ir. Soekarno telah menentang gagasan tersebut dan rakyat Indonesia turut menentang. Kerana marah, ahli - ahli pemuda UMNO, seluruh negara ini telah mengadakan demonstarasi mengutuk Ir. Soekarno dan rakyat Indonesia. Mereka telah membakar gambar Ir . Soekarno dan Menteri Luar, Subandrio. Mereka memijak - mijak gambar - gambar tersebut di hadapan kamera para wartawan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.