DUA GADIS YANG LARA
Nik Kamariah tidak sabar-sabar menanti hari perkahwinannya dengan Zainal Rashid. Kiranya ada kuasa pada dirinya, mahu dia merentap matahari supaya lekas beredar menjadikan hari yang dinanti-nanti itu segera tiba. Menahan sabar menanti hari walimah itu, terasa bagaikan menyeksa dirinya.
Setiap detik Nik Kamariah membancuh khayalan dengan fikirannya. Jari jemari bersalut inai, sepasang tumit kaki bersalut inai jua. Tubuh gebu licin dilulut cara tradisi orang Melayu Pattani. Tenaga gadisnya kuat bagaikan srikandi akan berkeris dan berperisai di tengah gelanggang.
Selama seminggu, pada tiap-tiap pagi ibunya memberi dia minum air pati daun kaci Fatimah dengan madu lebah. Mandinya, air tujuh macam bunga. Tubuhnya harum bagaikan bidadari dalam syurga luka.
Satu malam cuma menanti hari perkahwinan, pada tengah malam sepi, Nik Kamariah telah diculik angan-angan asyik maksyuk. Pada malam pertamanya, ”...Nik pakai baju kurung, kain sarung, tudung kepala tak nampak muka..., Nik pakai air wangi,...duk atas katil, tilam gebu...,” Suara bisikan Nik Kamariah membungai angan-angannya.
“Zainal buka tudung kepala Nik..., dia cium Nik, ...peluk Nik...,”suara Nik Kamariah.
“ Nik takut ..., Nik ketar..., ” bisik Nik.
“Nik biarkan Zainal nak ..., apa-apala...,”bisik Nik Kamariah lagi.
“...isteri-isteri muma, ladang muma...,” dia menyebut erti sepotong ayat dari Quran.
Nik Kamariah senyum sendirian. Pada waktu itu terasa dirinya berada dalam pelukan Zainal Rashid.
Walau pun seberat kapal perang derita yang dipikul Zainal Rashid, payah hidup kerana sakit AIDS, menginsafi dirinya yang berdosa kerana telah melakukan maksiat bersama Fauziah, bersama Na’imah Halfa dan Wawatiya di Lembah Nil, risau akan diri tunangnya yang akan ditinggalkan, malu kepada ibu bapa dan jiran tetangga, tetapi Nik Kamariah tidak mengetahuinya. Zainal Rashid tidak pernah menceritakan kepadanya. Bagi Nik Kamariah, tunangnya itu bergembira menanti hari perkahwinan seperti dia juga.
“Zainal pemuda yang baik, alim, warak, ada amanah, ada akhlak mulia...,”hati Nik Kamariah memuji kekasihnya.
“...dia cintakan Nik, sayangkan Nik seoghe saja, dia tak suka anak dagha lain, ...dia jujur pada Nik,”suara Nik Kamariah bagaikan suara sang keramat membisikkan doa kepada Allah.
Tiba-tiba pintu bilik Nik Kamariah diketuk lembut dari luar. Angan-angannya telah hilang entah ke mana. Dia telah bangun dan membuka pintu. Ibunya telah berdiri lemah di ambang pintu. Wajahnya sugul seperti perempuan Melayu sesat larat, di Padang Arafah.
“Emak..., apa emak?”Nika Kamariah bertanya kepada ibunya.
“Nik, mari ke luar, .... ayah nak cakap,”jawab ibunya hiba.
“Baik, emak,”sahut Nik Kamariah lalu mengikut ibunya ke ruang tengah rumah.
Bapa Nik Kamariah duduk murung atas lantai tengah rumah. Ketibaan isteri dan anak gadisnya direnung dengan dua bola mata yang pilu.
“Ayah,” Nik Kamriah menyapa.
“...Nik, ayah nak cakap,”kata bapa.
“Apa, ayah?”Tanya Nik Kamariah.
“ Zainal dah gi ke mana tak tahu...tak balik...,”jawab bapa Nik Kamariah.
“Ia, Nik, dia tak balik...,”kata ibunya.
“Dia gi ke mana, ayah?”tanya Nik Kamariah.
“...emak, ayah dia kata dia gi ke Kuala Lumpur,”jawab bapanya.
Hati Nik Kamariah diragut duka. Dua bola matanya merenung langsir warna kuning telur yang menghiasi seluruh perut rumah itu. Berbagai-bagai perhiasan, bunga-bunga kertas beranika warna bersusun dan berderet dalam rumah itu. Rumah akan menyambut ketibaan pengantin pada tengah hari lusa.
Wajah masing – masiang muram.
Mereka sedangf dalam rahang duka.
Pada waktu itu Nik Kamariah hampir menangis. Ditahan air matanya. Sebak dalam dadanya terasa laksana ombak menerpa tebing. Sedih amat.
Nik Kamariah merenung jam besar di sudut rumah itu. Jarum jam tersebut telah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
“Nik nak gi ghumah dia..., ”kata Nik Kamariah lalu bangun.
“Elok,”kata bapanya.
Nik Kamariah masuk ke biliknya. Dia mencapai kain tudung kepala lalu membungkus kepalanya. Dengan menggonggong hatinya yang duka, dia turun ke kaki tangga dengan dikuti oleh bapa dan ibunya. Ibu saudara Nik Kamariah dan beberapa orang di rumah itu mengikuti mereka hingga ke pintu pagar.
“Zainya..., Zainal..., Zainal..., Zainal...,”Nik kamariah mewirid nama kekasihnya.
Kereta baru yang dipandu Nik Kamariah membelah kabus malam dalam bandar Kota Bharu. Cahaya lampu menyilau masuk ke dalam kereta seperti meminta gadis itu bersabar. Kereta membelok dan meluru atas dada jalan menuju ke Kedai Lalat. Wirid cinta bagaikan para wali berwirid nama – asmaul Husna. Wirid cintanya berbaur dengan ucapan istighafar dan memuji ke agungan Tuhan.
“Zainal..., Zainal..., Zainal..., Zainaaaaal,” raung hati Nik Kamariah pada waktu dia memanjat tangga rumah bakal ibu dan bapa mertuanya.
Nik Kamariah, ibu dan bapanya duduk atas hamparan menghadap ibu dan bapa Zainal Rashid. Beberapa orang jiran tetangga mereka turut serta dalam pertemuan sedih itu. Wajah masing-masing muram. Mereka sedang dalam rahang duka, kalau-kalau Zainal Rashid telah ditimpa kemalangan, atau diculik orang. Berbagai-bagai tekaan, sangkaan dan ramalan tersumbat dalam kepala masing-masing.
“Tak taula kak Nik, semua dah siap, ...kalau Zainal tak balik, ...nikah tak jadi, ....khenduri tu kami buat juga,”kata ibu Nik Kamariah kepada Nik Razina.
“ ...saya tak tau nak kata apa, Nik, ...dah macam tenggelam dalam lubuk, ...he, ke manala pergi Zainal ni,”kata Nik Razina.Sedih.
Nik Kamariah duduk bersimpuh di sisi ibunya. Dia merenung Nik Razina dan Pak Rashid dengan dua biji matanya yang bergenang air jernin.Dinding dadanya didera oleh degup jantungnya. Pada ketika sedih begitu, yang ada pada Nik Kamariah, hanyalah sabar. Tawakal kepada Allah.
“...pada malam tadi, kawan dia sama belajar di Masir, Fauziah..., tidur sini...,”Pak Rashid memberitahu kepada bapa Nik Kamariah.
“Kawan, ...dia maghi sini, ... wat apanya, ...mana dianya?”Tanya ibu Nik Kamariah.
“...pagi tadi dah balik, ...tak tau, dia kata nak jumpa, ...nampak sedih...,”jawab Nik Razina.
“Dia balik ke Padang Rengas, di Perak,”sambut bapa Zainal Rashid.
“ ...Fauziah, ...siapa, ...kekasih diake?” hati Nik Kamariah bertanya.
”Jangan-jangan budak betina tu ...,”percakapan ibu Nik Kamariah terhenti.
Telefon atas meja dekat berdering. Bapa Zainal Rashid mencapai telefon itu dan ditekapkan ke telinganya. Dia mengamati percakapan dalam telefon itu.
“...ni Pak Rahi ka?” Suara dalam telefon.
“...ia, saya Pak Rashid, ...ni siapa?”Tanya Pak Rashid.
“Kawan Jenal, Sayuti, ...amanah dia, ...Jenal beritahu amba, ...dia tak balik sini lagi,...tak jadi nikah, dia minta batal...,...dia minta maaf,... assalamu alaikum,”suara dalam telefon.
Pak Rashid mendengar telefon di matikan. Wajahnya pucat. Sepasang bibirnya terketar-ketar.
“Apa abe, ...abe, apa, siapa cakap tu?”Nik Razina bertanya kepada suaminya.
“...dia kata kawan Zainal, Sayuti, ...dia kata Zainal minta beghi tahu kita, ...Zainal tak jadi nikah, ...dia minta batal, ...dia tak balik lagi ke sini...,”jawab Pak Rashid.
“...dia di mana?” bapa Nik Kamriah bertanya.
“Tak Tahu, ...kawan dia kata amanah, ...Allahu Akbar,”jawab Pak Rashid.
Tiba-tiba Nik Razina menangis. Meraung. Pengsan. Semua orang dalam rumah itu menolong Nik Razina. Ada yang menjelum air kepada kepala dan muka. Ada yang menghurut tubuhnya. Mereka khuatir kalau-kalau perkara buruk akan berlaku atas diri Nik Razina.
Nik Kamariah menahan tangisannya.Sesekali dia menghurut dadanya dengan tangan kanannya. Pada saat begitu Nik Kamariah menggantungkan harapannya kepada Allah.Apa jua yang akan menimpa tunangnya, dia akan menerimanya dengan reda.
”Allahu Akbar...,”suara Nik Kamariah dalam halkumnya.
*** ***
Pada hari yang ditetapkan, lebih seribu orang saudara mara, sahabat dan kenalan dan para jemputan telah menghadiri majlis khenduri di rumah Nik Su dan isterinya. Mereka telah menikmati makanan nasi minyak berlaukkan kari, kurma dan rendang top daging lembu. Daging kambing masa ala Arab. Manakala daging ayam masak merah dan rendang pedas alat Pattani. Dodol, wajip dan aneka jenis juadah telah dihidangkan.
Majlis khenduri itu telah diadakan dari pagi hingga ke petang. Semua yang hadir telah dimaklumkan dengan madah duka nestapa oleh Nik Su dan isterinya; anak gadis mereka, Nik Kamariah tidak jadi berkahwin dengan bekas siswazah universiti Al Azhar, Zainal Rashid.
Walaupun hati Nik Su dan isterinya berendam dalam duka nestapa, namun mereka telah melayan para jemputan dengan muka yang senyum manis. Beraneka barang hadiah dari mereka yang hadir bertimbun dalam bilik khas sebelah bilik pengantin.
Sementara Nik Kamariah duduk berkurung dalam bilik bersama beberapa orang rakannya. Kalau tidak kerana pengetahuan Islam yang penuh sendat dalam dadanya, memahami takdir, kada, kadar dan sabar, nescaya sejak malam tadi lagi dia telah menjadi sasau atau separuh gila.
Nik Kamariah telah menggonggong
hatinya yang lara.Memandu kereta
pergi ke Padang Rengas
Ibu dan bapa Zainal Rashid telah tidak hadir ke majlis khenduri itu. Mereka membendung duka lara. Malu akibat perbuatan anak lelaki tunggal mereka.
Ramai dari tetamu-tetamu yang hadir tidak mengetahui akan sebab-sebab Nik Kamariah dan Zainal Rashid telah tidak jadi kahwin. Mereka yang telah mengetahui, masing-masing buat tidak kisah. Tidak mahu mengambil tahu hal orang.
Nik Kamariah telah menaruh syak wasangka dalam hatinya kepada Fauziah. Gadis itu telah melakukan sesuatu yang menyebabkan tunangnya telah tidak pulang dan membatalkan perkahwinan dengannya.
“...aku nak jumpa dia,...dia siapa?”kata hati Nik Kamariah.
“Aku nak tanya dia, apa hubungan dia dengan Zainal,... kawan saingka..., kekasihka...,” kata hati Nik Kamriah lagi.
Pada malam itu, Nik Kamariah telah memaklumkan kepada ibu dan bapanya, dia akan pergi ke Padang Rengas. Fauziah akan ditemui. Akan diminta penjelasan daripada- nya. Jika Zainal Rashid dan Fauziah telah bercinta, maka dia rela melepaskan kekasihnya itu kepada Fauziah
Ada cerita telah didengar dan ada rahsia
Tersembunyi telah terbongkar . Hati mereka
berbhungkus dalam pudut lara
Sebaik-baik sahaja selesai sembahyang Subuh, Nik Kamariah telah menggonggong hatinya yang lara, memandu keretanya pergi ke Padang Rengas. Nekadnya; dia tidak akan kembali ke Kota Bharu, selagi dia belum menemui Fauziah.
Pada petang itu, Haji Tahir dan isterinya telah menyambut ketibaan Nik Kamariah di rumah mereka dengan penuh mesra. Mereka telah menyangka gadis cantik dari Kelantan itu rakan anak mereka. Pada waktu itu Fauziah belum pulang dari Kuala Kangsar. Sejak pagi lagi dia telah pergi ke sebuah kelinik, di sana.
Fauziah telah tiba ke rumahnya pada waktu Maghrib.Pertemuannya dengan Nik Kamariah bagaikan pertemuan dua pendekar seguru.Ada cerita telah didengar dan ada rahsia tersembunyi telah terbongkar.Hati mereka berbungkus dalam pundut duka. Lara. Mereka telah ditinggalkan kekasih yang seorang.
Nik Kamariah didera duka.Lara. Kecewa kerana telah ditinggalkan kekasih. Perkahwinan mereka menjadai sambang. Gagal.
Fauziah memiliki hati yang duka dan lara juga. Duka dan laranya lebih parah dari duka dan lara Nik Kamariah. Dalam rahimnaya ada bibit Zainal Rashid. Bibit itu akan lahir. Menjenguk dunia. Menjadiu tetamu dunia. Menangis. Terus menangis. Tetapi bapanya tiada. Anak yang akan menjadi tetamu dunia itu, seorang ’anak haram’.
“...kami sama-sama menuntut di Masir, Encik Zainal kawan saya..., dia jujur..., dia banyak bantu saya...,”Fauziah menjelaskan kepada Nik Kamariah.
“Ooo, gitu...,”sambut Nik Kamariah.
“Di sana kami, kami penuntut-penuntut macam satu keluarga, macam adik beradik...,”jelas Fauziah lagi.
“Iala..., duk jauh..., sama-sama ambil berat hal kawanla...,”sahaut Nik Kamariah.
Di situ dua bola mata merenung wajah Fauziah.
Senyuman bagaikan bunga kembang mekar
Pada hujung batang kektas berduri.
Fauziah senyum.Seketul hati dalam dadanya sedang dimamah duka. Pilu. Hancur luluh segenap perasaan dan jiwanya. Senyuman yang menghiasi wajah Fauziah sedang membungkus perasaannya.
Nik Kamariah, madu cinta Faziah. Dia tidak arif akan senyuman gadis itu. Tidak mengetahui rahsia di sebalik senyuman begitu.
Pada amalam itu Nik Kamariah bersama Fauziah duduk dalam bilik tidur madu ciantanya.
“...Encik Zainal ada bertahu saya,” Fauzia bercerita.
“Dia, ...dia beritahu apa?”Tanya Nik Kamariah mengepun sabarnya.
“...dia dah bertunang, dengan Cik Nik Kamariah, guru sekolah agama,”kata Fauziah.
Nik Kamariah tunduk dan dua biji matanya merenung hamparan di hujung lututnya.Dari situ dua bola matanya merenung wajah Fauziah. Senyuman bagaikan bunga kembang mekar pada hujung batang kektas berduri.
“...dia kata, bila dia dah balik ke Kota Bharu, dia akan kahwin dengan Cik Nik, dia tak ’endak tunggu lama-lama...,”Fauziah telah mereka ceritanya.
Nik Kamariah menangis. Tidak terdaya baginya menahan tangisannya sendiri.Dadanya berisi padat berombak-ombak dilambung jantungnya sendiri. Sepasang pipinya basah.Air matanya dikesat dengan lengan bajunya. Fauziah berhati perempuan bermadu.Dibiarkan Nik Fauziah menangis semahu-mahunya. Haram baginya memujuk perempuan itu
Hatinya amat yakin akan penjelasan Fauziah. Segala sangkaan buruknya terhadap gadis madu cintanya telah hilang seperti sebuah pulau dihanyut banjir besar.
Fauziah telah terkenang akan adegan-adegan lakonan asyik maksyuknya dengan Zainal Rashid di Lembah Nil dulu.Semua kata-kata janji dan sumpah kekasihnya segara dalam ingatannya.Bagaikan kunyit dengan kapur; hatinya telah berubah, kasihan dan simapti kepada Nik Kamariah bagaiakan bebunga kembang mekar pada hati nuraninya.
“...sabarlah, Cik Nik, Ustazah, ....kita hamba Allah, hanya dapat merancang, takdir di tangan Allah...,”Fauziah memujuk Nik Kamariah sekali gus memujuk hatinya juga.
“...kamu tak tahu, dalam perut aku ni anak Zainal, ...anak haram,”raung hati Fauziah.
Tangisan Nik Kamariah telah reda. Wajah Fauziah direnung dalam cahaya lampu yang suram. Dua bola mata gadis suci sedang bertemu dengan sepasang biji mata gadis cinta dan seks,laksana kuntum bunga padma dirobek-robek belalang dewa. Cicak berbunyi di tulang rabung rumah itu seperti mentertawakan mereka.
“...kamu nangis..., sedih..., tapi aku ni dah kering air mata..., tiga bulan lagi, ...anak Zainal dalam perut aku ni nak keluar..., aku akan nangis lagi dengan anak aku,..., anak Zainal..., anak haraaaam...,”raung hati Fauziah lagi..
Malam mulai manja dalam dakapan pagi dingin. Air mata Nik Kamariah telah kering. Hatinya masih di mamah duka. Fauziah mangepung duka nestapanya sambil membiarkan anak Zainal menguit-nguit dalam rahimnya.
Nik Kamariah lena terlengkok di sisi Fauziah. Mereka dua orang gadis bermadu dalam percintaan. Sama-sama ditinggalkan kekasih.Seorang sisa cinta. Seorang lagi sisa cinta dan seks.
Dengkur dua gadis itu sama bunyinya.Bagai irama duka lara. Dengkur dua manusia kecundang dalam cinta dapat diterjemahkan kepada madah.
Jika ’dah bercinta,
Berkurban apa saja,
Tubuh dan jiwa.
Yang kecewa kita,
beranak haram kita.
Dua gadis itu lena hingga dikejutkan bunyi azan dari masjid di kampung itu.
(Disedut dari manuskrip novel, Bunga Padma di Lembah Nil, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.