Friday, December 25, 2009

ISU



YB TIDAK HADHIR KERANA PROTES?


Wakil – wakil rakyat menghilangkan diri dari Dewan Rakyat Barisan Nasional, sehingga usul bajet yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato’; Seri Najib Tun Razak baru – baru ini, mengalami kelebihan tiga undi sahaja, boleh diperbincangkan di mana – mana oleh rakyat.

Tindakan wakil rakya itu dapat diperhatikan dengan adil dan timbang rasa politik dengan tiga sebab, iaitu: 1 – Kerana masalah – masalah peribadi, seperti berada di kawasan masing – masing. 2 – Kerana membantah atau memprotes 1 Malaysia. 3 – Kerana bertujuan memalukan pemimpin sendiri.

Peristiwa BN menang tiga undi, mahu tidak mahu telah menjadi catatan dalam sejarah Malaysia. Sekali gus mengingatkan Najib Tun Razak, pada masa akan datang hendak melaksanakan sesuatu konsep atau gagasan yang berhubungan dengan orang ramai, hendaklah dibuat dengan mengambil kira sentitif atau perasaan hati dan minda para wakil rakyat dan orang ramai.

Sejak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman hingga PM Tun Mahathir Mohamad telah berlaku wakil – wakil rakyat tidak datang ke Dewan Rakyat kerana membantan atau memprotes sesuatu yangf diwujudkan olh Perdana Menteri, tetapi tidaklah ketara seperti yang berlaku baru – baru ini.

Di antara anggota - anggota Dewan Rakyat yang tidak hadir dalam Dewan Rakyat kerana sebab – sebab yang mereka tidak suka ataau tidak setuju, ialah, Syed Jaafar Albar dan Abdul Aziz Ishak. Tetapi tidak menimbulkan isu dari tindakan mereka itu.

Menurut yang dapat didengar dari banyak percakapan dalam coffee house, restoran dan warong tea tarik, bahawa sebilangan dari anggota –anggota Dewan Rakyat yang tidak hadir itu, kerana mereka tidak puas hati terhadap Najib Tun Razak mempopulerkan gagasan 1Malaysia.

Kebanyakan orang Melayu – sama ada mempertahankan ’Ketuanan Melayu’ mahun mahu bertegak mengawal ’hak istimewa orang Melayu’, tidak berminat akan 1 Malaysia dan mereka menganggap banyak keburukan dari kebaikan atas orang Melayu.

Gagasan 1 Malaysia, seperti juga gagasan yang dibawa oleh Ketuaq UMNO Dato’ Onn Jaafar. Beliau mendahulukan gagasannya, iaitu UMNO menerima ahli dari semua warga negara Persekutuan Tranah Melayu. Jika gagasan itu berjaya, UMNO mempunyai ahli yang terdiri dari Melayu, Cina dan India. Dengan demikian negara menjadi sebuah negara 1 bangsa sahaja, iaitu sama dengan konsep 1 Malaysia yang semua warga sama.

Tunku Abdul Rahman telah membawa konsep atau dasar seperti Dato’ Onn, tetapi tidak pada UMNO – ahli terbuka kepada semua - , tetaspi Malaysia menjadi satu warga sahaja. Tun Abdul Razak, secara bijaksananya membantah, dengan mewujudkan Dvasar Ekonomi Baru.

Tindakan Tun Razak yang paling ketara membantah sikap lembut Tunku Abdul Rahman, ialah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Tunku terpaksa berundur kemudiannya. Razak menjadi hero membela orang Melayu.

1 Malaysia bagi pandangan senbilangan orang Melayu, menjadi sebuah bantera yang menghanyutkan orang Melayu pada masa akan datang dalam berbagai bidang, terutama pengetahuan termasuk biasiswa, peluang pekerjaan, kekuatan politik dan ekonomi.

Melihat jauh ke hadapan, gagsasan 1 Malaysia yang kita terimasebagai ’baik’ itu akan menerima nasib seperti ’Islam Hadhari’ yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.