DOA NIK AZIZ
Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah seorang ulama yang mursyid (geralan ini diberi oleh para ulama dalam PAS), banyak percakapan atau ucapannya beliau mempunyai unsur ilmu balaghah dan ma’ani.
Semua isu yang berhubungan dengan agama Islam tidak boleh atau tidak upaya dipertikaikan oleh mereka ayang cetek pengetahuan agama Islam dan tidak memiliki pengetahuan bahasa Arab yang lengkap dengan mmm ilmu balaghah dan ma’ani.
Sepanjang Nik Aziz memimipin PAS dan memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, tidak ada satupun percakapan dan ucapannya yang berlawanan dengan lojika dan agama Islam.
Baru – baru ini Nik Aziz bersuara, bahawa dia akan berdoa kepada Allah agar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak jatuh atau binasa sekiranya beliau tidak menunaikan kehendak rakyat Kelantan agar membayar royalti minya kepada negeri tersebut.
Kata – kata Nik Aziz itu, iaitu menggunakan kata ’jika tidak’, tetapi jika Naji Tun Razak sebagia Perdana Menteri negara ini menggunakan kuasa dan kebijaksanaannya membayar royalti minyak kepada negeri kelantan, maka doa yang dikakatan itu tidak dilakukan.
Maka, dari titik koma kata – kata itu, Nik Aziz akan berdoa agar Najib Tun Razak selamat dan diredai oleh Allah sekiranya beliau bermurah hati mengikut perjanjian Partronas dengan negeri Kelantan.
Naji Tun Razak menyambut kata – kata Nik Aziz itu dengan tenang. Beliau menegaskan perkara royalti itu boleh beruding.
Dalam Quran ada firman – firman Allah agar orang Islam melakukan ’sesuatu’ untuk membinasakan orang – orang kafir dan munafiq. Mereka yang menafik terdiri dari orang – orang Islam yang berlaku ’talam dua muka’ terhadap Nabi Muhammad sallallahu alaiahi wasalaam.
Jika Najib Tun Razak enggan membayar royalti kepada Kerajaan Keklantan, sedangkan dalam perjanjian antara Patronas dengan negeri itu telah termeterai, maka perbuatan melanggar perjanjian itu nanti boleh dianggap munafik.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud, bahawa salah satu dari tiga perkara menunjukkan seseorang itu menufik, ialah, tidak menepati janji.
Saya mendapati, Najib Tun Razak tidak baik adanya, jika beliau mengikut cara Tun Dr. Mahathir Mohammad memerintah dulu. Pada PASA Barisan Nasional memerintan Negeri Terengganu royalti minya dibayar kepada negeri tersebut, tetapi setelah PAS mengambil alih keraan negeri itu, maka Kerajaan Pusat hanya membayar ’wang ihsan’ kepada negeri tersebut.
Mungkin Najib Tun Razak boleh menerima pandangan saya, bahawacara yang baik untuk menwujudkan ’ pesaudaraan’ antara UMNO dengan PAS dan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Kelantan, maka cara yang baik, batalkan memberi wang ihsan dan dilksanakan pembayaran royalti kepada negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.