KEKASIH SETIA
Api menyala marak membakar sekam padi dalam dapur. Sepulun biji labu tanah terbenam dalam sekam yang sedang dimamah api itu. Labu-labu tanah itu dibakar kali yang terakhir. Tengku Intan sedang menghadap api yang marak itu. Peluhnya membasahi bajunya. Kain tudung yang dipakinya basah dik peluh yang berbaur dengan bau bedak pada wajah dan tengkuknya. Wajahnya merah bagaikan mawar kembang samar pada waktu pagi.
“Aduh,” suara Tengku bagaikan bunyi pelanduk terkena jerat.
Tengku Intan mengaduh. Jari telunjuk kanannya terkena api. Jarinya merah. Dikulum jari manisnya. Sakitnya beransur betah. Dia berpaling dan merenung ke sekitar bengkel labu tanah itu. Tidak ada orang yang melihatnya. Pekerja- pekerja di bengek itu sedang tekun dengan kerja masing-masing. Mimi sedang dalam bilik pejabatnya. ‘Alimin di belakang bengkel bersama beberapa orang pengedar labu tanahnya.
“Tak apa, …sikit saja,” Tengku Intan bercakap sendirian.
Dikulum lagi jarinya. Air liurnya membasahi jarinya yang bagaikan duri landak itu. Dia senyum mengulum. Kata-kata ‘Alimin pagi tadi menerpa ke pantai otaknya, “…siapa bermain api, terkena api, siapa yang bermain air, dia basah, siapa yang bercinta, …cinta menempah derita.”
“…Intan dah basah pun, berlumpur pun, dah terbakar tangan pun,…tapi cinta…,” Tengku Intan bercakap sendirian lagi.
“Tak apa,…you macam cabar Intan, Eli,…Intan sahut cabaran you Eli, Intan sanggup derita kerana cintakan you…,” Tengku Intan menacapkan nekadnya pada hati daranya.
Tengku Intan menggolek-golekkan labu tanah dalam api dengan penyudip pelepah kelapa. Labu-labu tanah itu bergolek panas dalam api itu seperti meratap. Siksa.
“…baru api di dunia, kalau api neraka bakar manusia berdosa entah macam mana,”sungut Tengku Intan.
Jari Tengku Intan terasa pedih. Dengan payah dia bangun dari tepi dapur itu dan berjalan masuk ke pejabat Mimi untuk meminta minyak hangat kepada gadis itu. Pada ketika dia sedang melangkah ke bilik Mimi, gadis itu sedang mengahadapi komputer.
“Mimi, kak minta maaf,”kata Tengku Intan.
“Apa, kak?” Mimi bertanya seraya bangun dari kerusinya.
“…ada minyak hangat, tangan kak ni terkena apile,” jawab Tengku Intan sambil melangkah ke dalam pejabat Mimi..
“Ada,” sahut Mimi sambil mengambil minyak gamat atas rak.
“Mimi tolong, kak,”kata Mimi.
Mimi membantu Tengku Intan menyapu minyak gamat pada jarinya yang terkena api.
“…kak ni manjale, sikit saja ni,”kata Mimi bergurau.
“Takle, …sakit tau,”kata Tengku Intan.
Mimi senyum.Tengku Intan terasa dia dicabar oleh Mimi.
Mimi mengunjukkan sebotol kecil air galian kepada Tengku Intan. Botol berpindah ke tangan Tengku Intan.
“Terima kasih, …ada juga orang yang kasihankan kak,”gurau Tengku Intan.
“…ia, kami semua sayangkan kak, …abang Amin lagi sayang...,”kata Mimi. Senyum.
“Iake?” Tanya Tengku Intan.
“Ia,…kalau tak percaya, Tanya abang Amin,”kata Mimi.
“…terima kasih,”sahut Tengku Intan. Jantungnya berdebar.
Tengku mencapai sebuah majalah tanpa kulit atas meja Mimi. Direnung muka majalah itu.
“Sayang majalah ni telanjang,”kata Tengku Intan.
“…dah lama, Mimi baca cerpennya aje,” sahut Mimi.
Tengku Intan membelek-belek lambarana majalah itu. Di halam berwarna hijau dengan lukisan wajah seorang gadis dan seorang lelaki memakai ketayap, dia membaca jodol cerpen, ‘Cinta dan Hidayat’. Tertarik benar hatinya untuk membca cerpen itu.
“Kak nak bacale,”kata Tengku Intan.
“…boleh, sedih ceritanya,kak.” kata Mimi.
“Kak suka baca cerita sedih,” kata Tengku Intan.
“Ialah, kak orang senang suka cerita sedih, Mimi yang susah suka cerita gembira,” kata Mimi sambil merenung dua telaga Tengku Intan.
Tengku Intan senyum. Dia merenung wajah Mimi. Hatinya memuji gadis itu.
“Nanti siap bakar labu tu, kak baca,” Tengku Intan.
“Ia, kak,” sahut Mimi.
“Terima kasih,Mimi,”kata Tengku Intan.
“Sama-sama,…jangan jadi macam cerita tu sudahlah, kak,”kata Mimi.
Tengku Intan senyum. Majalah itu dibawa ke bengkel labu tanah.
Setelah Tengku Intan pergi, Mimi memuji kecantikan gadis itu. Bidi bahasa dan tutur katanya menarik minat Mimi.
Mimi diterpa kehairanan. Semenjak lebih dua bulan Tengku Intan bekerja sambilan di bengkel labu tanah itu, keadaannya telah berubah. Dulu, pada hari pertama dia datang ke bengkel itu, dia memakai pakaian seperti rakan-rakannya, kepala terdedah tidak bertudung, baju lengan pendek, Skirt setakat betis.
“…ini tentu fasal cinta, cinta boleh mengubah manusia,” fakir Mimi .
Mimi pernah membaca pendapat demikian dalam sebuah buku.
Mimi tidak cemburu lagi kepada Tengku Intan. Gadis itu kekasih abang saudaranya. Harapannya; gadis itu dan abang saudaranya akan dijodohkan Tuhan pada satu masa yang terdekat. Percakapan antara ‘Alimin, ibu, bapanya dan dia sendiri pada satu malam, pada minggu lalu masih segar dalam ingatannya.
“Mak Usul, Pak Usul, …Eli tak sanggup kahwin dengan Mimi,”kata’Alimin.
“…ngapa, Eli?”Tanya ibu Mimi.
“Eli dah pandang Mimi macam adik Eli sendiri.”
Bapa Mimi diam. Dua biji mata tuanya merenung wajah ‘Alimin.
“Emak Usu, Pak Usu macam bapa Eli sendiri.”
Ibu Dan bapa Mimi berpandangan sama mereka. Hati masing-masing dengan jujur menerima harapan anak saudara mereka itu.
“Tolonglah, Eli, Emak Usu, Pak Usu,” ‘Alimin merayu.
“Ialah, Eli,”kata bapa Mimi.
Ada warna sedih pada wajah ibu Mimi.
“Mimi, terimalah hakikat ni, Mimi adik abang,” ‘Alimin berkata kepada Mimi.
“Ia, abang, Mimi terima,” sahut Mimi.
“Kalau dah macam tu, nak buat macam mana Mak Usu ikut ajele,” kata ibu Mimi.
“Ia, Eli, Pak Usu ikut,”sambut bapa Mimi.
Katak-kata ‘Alimin itu menjadi penawar menyembuhkan penyakit cinta ‘Laila dan Majnunnya kepada abang saudaranya. Mimi sayangkan ‘Alimin. Sayangnya, sayang adik kepada abang kandungnya sendiri.
Tengku Intan meletakkan majalah tanpa kulit di atas bangku kayu di sisinya. labu tanah panas bagaikan batu berbakar itu dikeluarkan dari dapur pembakar, lalu di sapu cecair damar pada buntut tiap-tiap labu tanah itu. Cecair damar itu dibiarkan kering. Tujuan cecair damar itu disapu begitu untuk mengelakkan semua labu tanah itu diresapi air.
’Alimin berjalan berjengket-jengket masak ke bengkel itu. Hajatnya agar Tengku Intan tidak menyedri kedatangannya.’Alimin berdiri di belakang kekasihnya. Timbul rasa kasihan dalam hatinya bila dia melihat belakang baju gadis itu basah kerana berpeluh.
“Kasihan, dara secantik ini jadi tukang labu tanah,”usik ‘Alimin.
“Eee, Eli, terkejut Intan,”kata Intan sambil bangun.
“…takkan terkejut kot?”Tanya ‘Alimin.
“Terkejut, …berdebar dada Intan,”kata Intan.
Tengku Intan berdiri menghadap ‘Alimin sambil meletakkan tangan kanannya atas dadanya.
“Memang pun, anak gadis macam Intan ni bila jumpa kekasih dada berdebar,”usik ‘Alimin.
“Eh, Eli ni, Intan kata sungguh ni,”kata Tengku Intan. Manja.
“Saya pun kata sungguh juga,”sambut ‘Alimin.
“Kalau dah sama-sama sungguh, jadi apa?” Tengku Intan bertanya.
“Jadi kekasih setia,”jawab ‘’Alimin.
Mereka ketawa terkekeh-kekeh.
“Ni, majalah, Intan nak baca cerpen dalamnya,”kata Tengku Intan.
Tengku Intan mengambil majalah itu dan disuakan kepada ‘Alimin.
“Oo, majalah ni, saya dah baca,”kata Alimin.
“Intan belum baca,”kata Intan.
Tengku Intan berdiri di sisi ‘Alimin yang sedang menyelak kertas-kertas majalah itu.
“Penulis cerita ni orang Perak,”kata ‘Alimin.
“Mana Eli tau,” tanya Tengku Intan.
“Saya taule,…dia kawan Almarhum Sultan Idris, ustaz Adham, …,”kata ‘Alimin.
Tengku Intan merenung ‘Alimin. Mulutnya sedikit ternganga menampakkan dua barisan giginya yang putih bak mutiara itu.
“Mat tekang, Pak Ani di penambang, Ustaz Rauf Kampung Kandang, Mat Hashim pemberita surat khabar, dua tiga orang tukang parang, golok perak di Padang Chankat kawan dia,”jelas ‘Alimin.
“Huh, macam-macam orang kawan dia,”sungut Tengku Intan.
“Penulis katakan, bukan tukang labu macam saya ni,”kata ‘Alimin, bergurau.
Dari dapur pembakar labu tanah itu mereka berjalan masuk ke bahagian pejabat. Masing-masing melabuhkan punggung atas kerusi rotan di situ.
“…macam ni, saya pergi sembahyang Zuhur dulu, lepas tu kita makan, Intan duduk sini, baca majalah tu,”kata ‘Alimim seraya bangun.
“Baikle, sayang...,’kata Tengku Intan.
Mimi masuk membawa dua gelas minuman kepada mereka.
“Baik, Intan, Mimi, saya balik ke rumah dulu,”kata ‘Alimin.
Dia meninggalkan Tengku Intan dan Mimi di situ.
“Saya nak balik, mari kita ke rumah, kita makan,”Mimi mengajak Tengku Intan.
“Ia, Mimi pergi dulu, kakak nak baca cerpen, nanti kakak pergi,”sahut Tengku Intan.
Mimi melangkah pergi meninggalkan Tengku Intan.
Tengku Intan mencapai majalah atas meja. Cerpen berjodol ‘Cinta Dan Hidayat’,di bacanya bagaikan seorang padri tua membaca kitab Injil dalam gereja.
‘Padang golf di kaki bukit tua dalam pelukan cahaya senja
yang muram.Permukaan tasik di situ kelihatan bercahaya
seperti cahaya air mata gadis yang menangis di sisi mayat
keksihnya. Senja itu adalah senja yang kesembilan
menyaksikan air mata Datuk Ishak - seorang bekas pengarah
kanan dalam jabatan kerajaan.
Dia menangis sendirian di pinggir tasik itu. Hatinya dikopak oleh kesedihan. Kesedihan begitu belum pernah dirasanya pada sepanjang hidupnya. Pada waktu itu dirasanya padang tempat istirahat golongan elit itu telah bertukar menjadi sebuah lembah untuk ‘Golongan Orang Lemah Fikiran’ cuma.
“Ida anak daddy,” suara sayu terluah dari mulutnya pula.
Dia teringat akan tulisan-tulisan dalam surat anak gadisnya, Rashida. Surat itu telah diterima sembilan hari yang lalu. Rashida mengirimkan surat itu kepada kedua-dua orang tuanya dari Makkatul Mukaramh.
‘…kini Mekah bergolak. Golongan Qurisy dan pemuda pemudi Islam sedang bangun berjihad. Ida telah tiga kali hadir dalam pertemuan pemuda-pemudi Islam yang mahu melakukan mujaddid (reformasi) ke atas bumi Haramain - Mekah dan Madinah,’
‘Golongan Islam dari Syria, Iraq dan Yaman telah siap sedia untuk melakukan jihad…’ Isi surat Rashida membuka mata hati bapanya.
Datuk Ishak menelan air liur tawarnya. Dengan belakang tangan kirinya dikesat air matanya di atas kedua-dua belah pipinya. Dia sedang dimamah kesedihan dan penyesalaan.
“My God…,” dia tidak selalu mengucap kalimat itu dalam bahasa Arab. Dia lebih suka dan lebih senang mengucap atau menyebut nama Allah dalam bahasa Inggeris. Dia menganggap bahasa Inggeris adalah bahasa ibunya. Bahasa datuk neneknya.
Sebagai seorang terpelajar Melayu yang telah menimba ilmu pengetahuan dari negara manusia-manusia yang telah menjajah negaranya, dia rasa amat bangga menggunakan bahasa Inggeris. Dia langsung tidak sedar yang dirinya tidak mahu menggunakan bahasa datuk neneknya telah menjatuhkan mertabatnya.
Isi surat Rashida seperti batu-batu jalan berangkaian dalam otaknya. ‘Ida telah berkahwin dengan kekasih Ida, pemuda yang ayah dan emak benci itu. Yang ayah kata kulitnya macam kulit kasut ayah… Kini Ida telah hamil. Bulan depan ayah dan emak akan menerima cucu.
‘…tidak akan pulang ke sini lagi. Ida akan hidup di samping suami Ida yang hitam legam itu. Dia kebencian ibu bapa Ida. Biarlah dia menjadi payung Ida. Dia Abidin, seorang hamba Allah yang soleh.’
Isi surat Rashida seolah-olah memarut mentimun muda untuk dibuat rojak.
Seorang budak kedi datang mendapatkan Datuk Ishak. Dari situ Datuk Ishak melangkah longlai menuju ke kelab. Di sana rakan-rakannya sedang menunggunya.
Dia masih mencari dengan hati dan otaknya akan jawapan, siapa sebenarnya akan dapat menolong menyelesaikan masalah yang mencarang - labahkan otak dan hatinya.
“My God…,” dia berkata pada ketika sebelah kakinya memijak anak tangga kelab golf itu.
Pada senja itu Datuk Ishak mengambil keputusan muktamad. Dia tidak akan meneguk air setan lagi. Dia mahu mengeringkan lubuk ususnya.
Semenjak dia menuntut dalam tahun pertama di universiti hinggalah dia bersara dari jawatan tinggi kerajaan dan pagi tadi, dia merelakan lubuk ususnya menjadi tasik arak yang beraneka jenis.
“…minum, Datuk, jangan susah hati, arak boleh tenteramkan fikiran Datuk,” rakanya Ir Ah Peng berkata sambil mengangkat gelas yang warnanya seperti warna air teh China itu.
“No, no…,”Datuk Ishak menolak Ir Ah Peng diam.Rakan-rakannya diam.
Mereka tahu Datuk Ishak sedang dilanda masalah.
Kemudian Datuk Ishak pulang ke rumahnya untuk menemui istrerinya, Datin Hamidah. Dia berharap isterinya bersetuju dengan dengan hajatnya untuk berangkat ke Mekah. Di sana mereka akan menyusul anak tunggal mereka,Rashida.
Rashida memiliki ijazah M.A. dalam jurusan sains kemasyarakatan dan kemanusiaan dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Semasa menuntut di sana dia berpeluang menuntut ilmu pengetahuan Islam di sebuah pusat agama Islam. Dia boleh bertutur dalam bahasa Arab dan boleh menterjemahkan Al Quran dan Al Hadis. Dia juga telah mendalami ilmu usuluddin, fiqh Islam dan ilmu kemasyarakatan Islam.
Sepanjang masa menuntut di negara ini dulu, Rashida tidak berminat belajar ilmu pengethuan Islam. Dia seperti ibunya juga tidak pandai sembahyang dan tidak tahu membca ayat-ayat suci Al Quran dan doa.
Dalam tahun akhir, Rashida berkenalan dengan seorang pemuda Arab dari suku Quraisy. Dia seorang pemuda yang bertubuh hitam seperti kulit si Bilal tukang azan Rasulullah. Memang benar seperti kata bapa Rashida yang pemuda itu, “…like my shoes…”
Pemuda itu telah tinggal di Malaysia selama beberapa bulan.Dia menjalankan penyelidikan mengenai perkembangan dakwah, masyarakat Islam dan kemungkinan negara ini berubah menjadi sebuah negara Islam.
“Daddy tak mau Ida bawa dia ke rumah ini. Daddy tak mau Ida kahwin dengan pemuda itu. Daddy tak nak tengok cucu daddy macam gagak hitam,”kata-kata akhir datuk Ishak kepada anak gadisnya.
“ O.K., apa pun yang daddy kata, Ida tetap sayangkan daddy…, Ida akan kahwin dengan dia…, Ida sudah dewasa, daddy. Ida dah boleh pilih yang mana buruk yang mana baik,”Rashida berkata dengan suaranya direndahkan, tetapi menampakkan keberaniannya.
“Huh, kalau you kahwin juga, you boleh cari dunia you sendiri, you bukan anak aku lagi…, you bukan anak Datuk Ishak lagi…,”suara Datuk Ishak membelah suasana yang menjadikan anaknya terkejut dan melopong mulutnya. Kedua-dua matanya terbeliak sejenak.
Dua bulan kemudian Rashida berangkat ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus sains politik antarabangsa. Dia memberi harapan kepada ibu dan bapanya, bahawa dua bulan lagi dia akan kembali ke tanah air.
Rashida tidak pergi ke Amerika Syarikat. Dia terbang ke Libya. Di sana dia mengikuti kursus pergerakan belia-belia Islam antarabangsa selama dua bulan. Di sana juga dia banyak mempelajari gerakan tentera yang berjuang dalam padang pasir.
Dari Tripoli dia terbang ke Jeddah bersama seorang rakannya, gadis Arab, Syarifah Atikah Yamani. Gadis itu menjadi pensyarah ilmu kemasyarakatan Islam di sebuah universiti di Libya. Dengan pertolongan Syarifah Atika Yamani, Rashida masuk ke Makatul Mukarramah menggunakan pasport diplomatik sebuah negara Islam.
Dalam perjalanan ke Makakatul Mukarramah, Rashida dan Syarifah Atika Yamani berkongsi kesedihan seperti dua ekor semut hitam berkongsi sebiji lada hitam yang bersalut gula.
“Macam mana ni, bang, I tak tau baca doa-doa tu…, macam mana nak buat umrah…? Datin Hamidah bertanya kepada suaminya.
Pada waktu itu Datuk Ishak dan Datin Hamidah baru sahaja tiba di lapangan terbang Jeddah. Tujuan utama mereka hendak menemui anak mereka, Rashida yang telah lebih setahun meninggalkan mereka. Tujuan kedua, sambil menyelam minum air untuk melakukan ibadat umrah.
“…baca sajalah apa yang you tau, ling. I pun macam you juga,”sahut Datuk Ishak sambil memegang tangan kanan isterinya.
Mereka sedang berdiri dalam kumpulan orang-orang yang akan berangkat ke Makkatul Mukarramah untuk mengerjakan ibadat umrah.
Mata Datin Hamidah terpacak kepada wajah seorang lelaki Arab yang memakai baju labuh warna putih dan serban ‘Arafat’nya berwarna merah, diserkup atas kepalanya. Wajah yang agak tua itu masih segar dan dia senyum kepada Datin Hamidah.
“Abang, orang Arab tu gatallah,…tengok tu, dia senyum kepada I. Kalau jantan, di mana pun gatal…,”kata Datih Hamidah seperti membakar hati suaminya.
Dua biji mata Datuk Ishak melanting kepada lelaki Arab itu. Lelaki itu mengangkat tangan kanannya sambil berjalan ke arahnya dan dalam senyuman dia berkata, “Mistar Ishak, ahlan wa sahlan…”
Datuk Ishak terpegun sejenak. Hatinya yang dibalut kecemburuan dan kemarahan itu bertukar menjadi hati seorang hamba Allah yang soleh.
Lelaki Arab itu memeluk Datuk Ishak sambil menggeserkan hujung hidungnya yang tinggi melonjak itu kepada dua belah pipi Datuk Ishak.
“…ahlan wa sahlan…,ingat saya lagi? Kita sama-sama tinggal di London dulu,…ingat saya? Saya Syed Audah…kan Mistar Ishak panggil nama saya begitu?”
Lelaki Arab itu masih senyum. Masih mesra dan merenung wajah Datuk Ishak dan wajah Datin Hamidah.
“La…, maaf saya, saya ingat…saya ingat. Tuan Syed Audah…, orang kaya dari Iraq,”jawab Datuk Ishak dengan penuh masra.
“Ini isteri saya, Datik Hamidah,” Datuk Ishak memperkenalkan isterinya kepada Syed Audah.
“…Mister Ishak dan…, balik dari Mekah?” Syed Audah bertanya.
“Kami hendak ke Mekah, nak buat ibadat umrah, kami tunggu lemosin,”jawab Datuk Ishak.
“Al hamdulillah, berkat, …jangan naik lemosin, mari dengan saya…,saya hendak pergi ke Mekah, hendak ziarah menantu dan anak lelaki saya, pagi tadi mereka mendapat anak lelaki…,”kata Syed Audah.
Dalam cahaya matahari yang menggigit kulit, mereka bertiga meneruskan perjalanan ke Mekah dalam sebuah kereta mewah yang menggunakan lebih 600 kuasa kuda. Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki Arab.
Setibanya di pangsapuri milik syed Audah, mereka disambut oleh seorang lelaki Arab yang kulitnya agak kehitaman. Waktu itu Datuk Ishak teringat akan kata-katanya kepada anak gadisnya di Kuala Lumpur dulu.
Setelah memeluk bapanya dan Datuk Ishak, lelaki yang memperkenalkan dirinya Syed Zainal Abidin Audah itu menghidangkan minuman air pati buah mangga dan limau. Dia juga menyediakan satu jar air zam-zam. Sepiring buah kurma dihidangkan atas meja. Dia mempelawa Datin Hamidah dan Datuk Ishak makan buah kurma itu.
Datuk Ishak dan Datin Hamidah bercadang memberitahu akan hajat mereka hendak mencari anak perempuan mereka kepada Syed Udah pada malam itu nanti. Mereka akan meminta pertolongan dari rakan mereka dan anak lelakinya untuk mencari anak perempuan mereka.
Datuk Ishak dan Datin Hamidah dibawa oleh Syed Audah melawat menantunya di hospital. Tiba di hospital bersalin, Syed Audah, Datuk Ishak dan Datin Hamidah disambut oleh dua orang jururawat. Manakala Syed Zainal Abidin Audah masuk ke bilik tempat istrinya sedang berehat.
Dua orang jururawat itu memandu mereka bertiga masuk ke bilik menantu Syed Audah. Datin Hamidah berjalan mendahului suaminya dan Syed Audah.
Sebaik-baik sahaja mereka tiba dalam bilik itu, Datin Hamidah dan Datuk Ishak seperti dipukau kerana suara wanita yang memberi salam dan menyapa mereka ialah Rashida, anak mereka.
“Rasahidaaa,” suara Datin Hamidah dan Datuk Ishak menjadi satu.
Mereka berpeluk-pelukan di atas katil itu. Syed Audah, anaknya Syed Zainal Abidin Audah dan dua orang jururawat terpegun. Hairan. Dan masing-masing mencari jawapan.
“…ini anak saya,”kata Datuk Ishak kepada Syed Audah.
“Ini anak saya, menantu Misteri Ishak,”kata Syed Audah.
Syed Zainal Abidin Audah memeluk Datuk Ishak dan kedua-duanya menangis gembira. Pada waktu itu Datuk Ishak diragut oleh penyesalan.
“Allah Maha Kuasa, Allah temukan anak saya dengan anak Misteri Ishak,”kata Syed Audah.
Pada waktu itu hati Datuk Ishak dan Datin Hamidah menjadi bersih sebersih hati wali Allah. Ego Abu Jahal dalam hati mereka telah hilang dihimbaukan oleh gema azan dari Masjidul Harama. Di tengah-tengah masjid itu berdiri gagah batu hitam -Kaabah.
“Cucu atuk,”kata Datuk Ishak pada ketika mencium pipi cucunya.
“Kulitnya hitam macam kulit ayahnya daddy, kata Rashida dan dua biji matanya merenung wajah bapanya dan kemudian singgah pada dua telaga mata ibunya.
“Kita ni sama, Ida, Allah yang menjadikan,”kata Datuk Ishak.
“Kita sama dari Adam, Adam dijadikan dari tanah…,”kata Syed Audah dalam bahasa Arab.
Mereka sama-sama ketawa.’[1]
Tengku Intan mengesat air mata atas dua belah pipinya. Cerpen yang dibacanya itu menjadikan hatinya sedih.
terasa seperti dia sendiri berhadapan dengan pelaku-pelaku dalam cerpen itu. Ego Abu Jahal memang menjadi kebiasaan dalam keluarganya dan kaum kerabat bapanya.
“Ai, menangis,”tegur ‘Alimin.
Tengku Intan terkejut. Dalam dadanya berdebar,dia berpaling dan bangun dari kerusi. Senyumannya laksana kuntum bunga mawar kembang pagi. Tengku Intan tidak sedar ‘Alimin berdiri di belakangnya.
“Sedih, Eli, Intan tak dapat tahan air mata,”kata Tengku Intan.
“Semua orang perempuan macam Intan,…sedih, menangis,…gembira, menangis,”kata ‘Alimin.
“Eeh, Eli, macam you tau sangat hati orang perempuan,” kata Tengku Intan. Manja.
“Emak saya begitu,…saya ni besar dalam sedih manusia, gembira dan duka ibu…,”kata ‘Alimin.
“Oo, begitu, kasihan,”kata Tengku Intan.
“Terima kasihlah, kerana ada orang yang kasihankan saya,”sahut ‘Alimin.
Tengku Intan ketawa. Tawa mereka tertahan-tahan.
“Kalau Intan jadi macam Rashida dalam cerpen tu, macam mana?” “Alimin bertanya.
“…aaam, bagus,…sebab Intan sanggup tempuh apa saja kerana cinta,”jawab Intan.
“Tapi, kena ingat,…cinta menempah derita, tak berani derita tak usah bercinta,”sambut ‘Alimin.
“Tak apa, …Intan sanggup,” sahut Tengku Intan.
“…walaupun dibuang,…ialah, ibu dan bapa Intan tak mengaku anak?”Tanya ‘Alimin.
“Sanggup, keran cinta anugerah Tuhan, janji dalam cinta satu amanah,”jawab Tengku Intan.
“Amboi, Intan, cakap macam ahli tasawuf,”kata ‘Alimin.
“…kan guru ilmu tasawuf tu Eli,”kata Tengku Intan.
Mereka sama-sama menahan tawa lagi.
“Jadi,”Eli dah bacale cerpen ni?” Tengku Intan bertanya.
“Dah, penulis tu nyindir…,” jawab ‘Alimin.
“Ha, iale,…siapa agaknya yang disindirnya tu?,”sambut Tengku Intan.
“Manusia-manusia yang ego, takbur, tak kenal Tuhan, …orang tu dari golongan elit Melayule… …,” kata ‘Alimin.
Hati Tengku Intan mengaku akan pendapat kekasihnya.
“…saya fikir, Intan tak sanggup jadi macam Rashida,”kata ‘Alimin.
“Intan sanggup,”sahut Tengku Intan.
“Sungguh?” Tanya ‘Alimin.
“Kita sama-sama tengok nanti,”jawab Tengku Intan.
“…sanggup terlentang sama-sama meneguk embun, terterap sama-sama membaham pasir?” Tanya Alimin lagi.
“Sanggup, .. ..kalau sungguh bagai dikata, badan nyawa Intan serahkan,”ujar Tengku Intan.
‘Alimin senyum.Tangan kanan Tengku Intan diusap-usap mesra.
“Kalau ada batu penghalang hajat kita, bagaimana?”Tanya Alimin.
“Apa, pantun orang kita,…aaa, nasi lemak buah bidara, sayang selasih saya lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih saya turutkan,”Tengku Intan berbisik kepada ‘Alimin.
‘Alimin meramas tangan lambut kekasihnya.
“Hendakku bawa perahuku sempit, …nakku tinggal tak sampai hati,”bisik ‘Alimin.
“…kalau macam tu, kita sama-sama berenang,” kata Tengku Intan.
“Maknanya, sama-sama basah kuyuple,”kata ‘Alimin.
“Ia,…Intan tak sejuk lagi,…Eli ada,”sahut Tengku Intan.
Mereka sama-sama menahan tawa lagi. Tangan Tengku Intan terlerai dari tangan ‘Alimin.
Dari bengkel itu mereka berjalan beriringan menuju ke rumah Mimi.
[1] Majalah Gadis, bil.005,Kuala Lumpur, Mei 1995.
(Cerita ini disebut dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.