Isteri Menteri Kesihatan beri keterangan kepada SPRM
Isteri Menteri Kesihatan Datin Seri Lee Su Loo hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya Selasa, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menerima hadiah sebuah kereta mewah.
Lee dipercayai tiba di SPRM kira-kira 10 pagi untuk memberi keterangan selama hampir empat jam, kemudian meninggalkan SPRM kira-kira pukul 2 petang.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Laporan sebuah artikel yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 14 Oktober lalu menyebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard berharga hampir RM600,000 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu.
Artikel itu menggambarkan pembelian kereta mewah itu dibiayai oleh sebuah syarikat yang selalu memenangi senarai tender kementerian tersebut dan didakwa membayar wang pendahuluan kereta itu.
(Berita ini diambil dari Agenda Daily online, 15 Disember 2009)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.