KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.
Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.
"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.
"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.
"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya.
Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.
Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.
-----------------
HAJI HADI RASMI PEJUMPAAN BLOGER
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 14 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.
Turut akan dilancarkan pada konvensyen tersebut adalah Kelab Blogger PAS sebagai pengiktirafan parti itu kepada penulis blog yang selama ini menyokong perjuangan PAS.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut juga kini dibuka bukan sahaja kepada ahli PAS malah kepada penyokong biasa.
Ianya ekoran terlalu banyak permintaan yang mahu penyertaan ke program tersebut dibuka lebih luas.
"Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat." katanya.
Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan nmenghantar maklumat seperti nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat blog, email dan nombor telefon bimbit ke alamat email penerangan.paspusat@yahoo.com .
Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini.
"Manakala Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang," katanya. This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it (Berita ini diambil dari Harakah Daily Online, 15 Disember 2009)
|
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.