Saturday, December 12, 2009

BERITA

SPRM digesa siasat segera Setpol Najib PDF | Print | E-mail
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU,12 Dis: Rakyat sama ada penyokong PAS atau Umno akan merasa senang hati sekiranya orang kuat Umno sendiri yang terbabit dengan kesalahan didakwa sama ada yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bahkan imej pihak pendakwaan itu juga dianggap telus.

Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafei Abdullah dan gesaan supaya dijalankan siasatan segera berkata kalau orang kuat Umno turut disiasat atas dakwaan itu, rakyat di negara ini merasa senang hati.

“Kalau orang kuat Umno kena siasat juga maka itu menimbulkan rasa senang hati di kalangan rakyat, tanpa mengira (sama ada mereka itu dari) PAS atau Umno, kena belaka.

“Bahkan imej pihak jawatankuasa siasatan pun dianggap telus,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini.


--------------------


ADA BOKTI BTN
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara didakwa 'berbau perkauman' bagi mengukuhkan lagi dakwaan kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'.

Pengerusinya, Shazni Munir Ithnin berkata, SMM mempunyai banyak bukti dalam bentuk rakaman dan akan mendedahkannya kepada umum sedikit masa lagi.

“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar pada satu sidang media semalam..

Sidang media tersebut bagi membantah kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal.

Rakaman tersebut dimaklumkan diambil daripada mahasiswa yang mengikuti BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara dan layak mendapat biasiswa kerajaan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah pimpinan bersama SMM, Hilman Idham yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan
Abdullah Omar Muhamad Fuad, Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).

Kumpulan mahasiswa berkenaan berpendirian tidak menolak sebarang aktiviti bentuk membangunkan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri khususnya di kalangan mahasiswa dan anak muda namun menolak sekeras-kerasnya “doktrinisasi perkauman dan politik”.

Mereka juga dengan tegas memboikot kursus berkenaan daripada disertai mahasiswa dalam masa yang sama, menggesa kerajaan menarik semula syarat untuk menyertai program BTN bagi pelajar dan mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa pelajaran.

“Kalau berani, dedah sendiri modul, silibus dan program yang ada dalam BTN, tak perlu pihak lain tolong buktikan,” tambah Shazni lagi.

Dalam pada itu, mengulas pertelingkahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tun Mahathir sehingga tokoh tersebut digelar ‘bapa segala perkauman’, Shazni ada jawapan pendirian tersendiri.

“Saya setuju kenyataan (Tun) Mahathir bahawa UMNO ialah (sebuah) pertubuhan rasis, kalau (Tun) Mahathir jadi ‘Bapa Perkauman’, (Datuk) Nazri jadi ‘Anak Perkauman’, isunya seluruh polisi parti tersebut (bersifat) perkauman,” ujar be

Mengenai isu dakwaan berkait dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri itu, Gerakan Rakyat Integiri dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) dalam satu kenyataan medianya 10 Disember lalu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan segera ke atas dakwaan salahguna kuasa oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri itu agar dapat diadili sebaik mungkin.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata Gerak memandang serius dakwaan itu oleh kerana ianya telah pun disebutkan secara langsung di Parlimen Malaysia.

“Jika tidak ada tindakan daripada pihak SPRM, maka dakwaan yang disebut di Parlimen itu telah dianggap remeh.

“Demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan Parlimen Malaysia khususnya adalah amat wajar siasatan SPRM dilakukan segera,” katanya.

Menurut Nazree, fenomena kewujudan “Mr Political Toll” seumpama itu sebenarnya menggalakkan budaya rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.

Oleh itu, kata Nazree, demi usaha kerajaan untuk memperkasakan integriti dan kredibiliti SPRM, maka amat wajar untuk SPRM sendiri secara segera memulakan siasatan setelah Parlimen menubuhkan jawatankuasa khasnya untuk menyiasat isu tersebut.

Dalam perkembangan lain, PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghantar laporan serta memohon dakwaan tentang salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri itu sagar disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, sekiranya SPRM tidak membuka kertas siasatan, maka pihak PAS Wilayah meminta supaya ianya dibangkitkan semula di Parlimen.

Menurut Kamaruzaman, kertas laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan itu dilampirkan sama hansad Parlimen 7 Disember 2009, halaman 35 hingga 38 yang tertera butiran ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai isu tersebut.

Sementara itu, Dato’ Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar mengulas dakwaan yang menyatakan Umno parti rasis dan perkauman, oleh itu harus ditolak.

Beliau berkata, memang PAS sudah lama mempertikaikannya.

“Memang sudah lama ditimbulkan. Satu daripada yang kita sebut (timbulkan) ialah bahawa (parti) Umno kena tolak.

“Ini kerana Umno menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasarnya). (isu ini) bukan benda baru, benda lama.

“Selagi orang Melayu ‘sebut’ Melayu, (maka) selama itulah orang Cina akan ‘sebut’ Cina, dan selama itu pula orang India ‘sebut’ India. Memang hak mereka. Justeru menimbulkan perbalahan selamanya.

“Oleh sebab itu (hendaklah) ditolak belaka. Tolak belaka ‘Melayu’, tolak belaka Cina dan ambil Islam, yang mana Islam itu bukan hak orang Melayu, bukan hak orang Arab (tetapi) hak Allah. (dengan itu) tenang hati.

“Nak cari lebih senang daripada penerimaan Islam, tidak ada di dunia ini oleh kerana ianya sampai ke akhirat. Melayu, Arab itu hanya setakat dunia saja (menyebabkan) bertelagah, tidak selesai,” katanya.


---------------------


PAS mahu bina manusia guna akal untuk kebaikan - Presiden PAS
Ahmad Hakim dan Azman Mohd

KLANG, 11 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak semua rakyat di negara ini supaya sama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapannya di majlis "Malam Tautan Kasih Pastiku Beramal" anjuran Jabatan Amal dan Jabatan Pasti Dewan Pemuda Kawasan Kota Raja baru-baru ini.

Menurut beliau, penubuhan Jabatan Amal dan Pasti merupakan satu usaha PAS di dalam membina manusia.

Pembinaan manusia amatlah perlu bagi melahirkan mereka yang akan mentadbir dunia sebagai khalifah dengan menggunakan akal dan akhlak yang baik.

Jika pembinaan manusia diabaikan, ia adalah seperti yang berlaku sekarang ini di mana banyak malapetaka yang berlaku terhadap manusia di sebabkan oleh hasil tangan-tangan manusia itu sendiri.

"Semuanya adalah hasil dari kerakusan manusia yang melakukan tanpa menggunakan akal untuk kebaikan tetapi menggunakan akal untuk memastikan nafsu dan kepentingan diri sendiri tercapai tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal di alami.

"Sebagai contoh, senjata yang di cipta menggunakan teknologi yang moden hanya memudaratkan manusia kerana ia akan membunuh beribu-ribu manusia yang tidak berdosa di samping menghancurkan dunia," katanya.

Oleh kerana itu, beliau mengajak semua orang samada Islam atau pun bukan supaya bersama-sama membina manusia agar dunia ini dapat di tadbir oleh mereka yang menggunakan akal di samping berakhlak mulia.

Makan malam yang di anjurkan bagi mengisi tabung Jabatan Amal dan Pasti Kota Raja itu juga turut di hadiri oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Suhaimi Shafie, Adun Sri Muda, Sdr Letchumanan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Selangor dan Cikgu Jaafar Samsudin, YDP Kota Raja.

Selain itu, seramai hampir 50 orang ahli kelab penyokong PAS Kota Raja telah hadir pada malam tersebut.

Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian Anugerah Jasamu di Kenang yang telah di anugerahkan kepada Ustaz Haji Hambari yang banyak menyumbang kepada PAS di kawasan Kota Raja.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.