MELAKA TANPA HANG JEBAT
Melaka tanpa Hang Jebat,
Rajanya menyingkir diri,
Ke pulau Melayu,
Daultnya dihanyut perahu.
Melaka tanpa Hang Tuah,
Bumi merkah berubah,
Rajanya di Batu Cave,
Daulatnya hilang besama angin.
Melaka kini dalam 1 Malaysia,
Bandaraya mengepak sayap di angkasa,
Namanya gah hingga ke India,
Pak Andak di Air meleleh mengeluh derita jua.
Melaka mengajar Melayu menggigit jari,
Menelan liur basi sendiri,
Merenung laut tidak bertepi,
Menganyam nasib diri.
Melaka bumi maju,
Hang Jebat tidak kunjung lagi,
Bencinya kepada Melaka,
Sebencinya kepada Sultan Mahmud.
Tanjung Keling ......Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.