Sunday, November 29, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

KAHWIN

Dan berkahwinlah orang - orang lelaki dan perempuan yang bujang dari kalangan kalian dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kalian lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia -Nya, kerana Allah Maka luas (rahmat dan kuniaan - Nya) lagi Maha Mengetahui.
Dan mereka yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin (termasuk anak gadis terlajak usia, janda dan duda), hendaklah mereka menjaga kehormatan masing - masing senhingga Allah menguniakan kekayaan kepada mereka dari limpat kurnia -Nya (dengan usaha mereka Allah melapangkan hidup mereka hingga dapat mendirikan rumah tangga), dan hamba - hamba kalian (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan diri masing - masing (dengan jumlah bayaran yang tertentu) hendaklah kalian melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kalian mengetahui ada sifat - sifat yang baik pada diri mereka yang melayakkan berbuat demikian; dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepda kalian, dan jangankalian memaksa hamba - hamba perempuan kalian melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehirmatan masing - masing, kerana kalian berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. An Nur: 32, 33.



HADIS

MEMATUHI PERINTAH

Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: Hendaklah kalian mendengan dan mematuhi perintah, biarpun yang diankat untuk memerintah kalian seorang hamba abdi bangsa Habsyi, rambunya bagaikan buah anggur kering.

Perawi: Anas bin Malik dan Imam Bukhari.

Nota: Pemerintah yang taat kepada Allah dan mengikut perintah Allah.



PETUA

HIJRAH

Berhijrah - mengalihkan perhaitan dari urusan dunia kepada urusan akhirat bagi orang yang beriman masih mudah, meninggalkan pergaulan dengan manusia dan beralih kepada Allah adalah sukar, dan beralih dari hawa nafsu untuk mentaati Allah lebih sukar lagi.



TAHUKAH?

KEMEWAHAN YANG RAPUH

Lima perkara menjadikan seseorang Islam mengalami kekayaan yang rapuh, iaitu cepat berubah dari kaya kepada fakir dan muflis, iaitu: 1 - Mendapat kekayaan melalui rasuah, 2 - Mendapat kekayaan melalui usaha atau jalan haram, 3 - Mempunyai kekayaan tetapi takbur, 4 - - tidak mahu bersadekah, berkorban dan menunaikan zakat. 5 - Tidak bersyukur kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.