SANGSARA DIDUNIA
Katakan (Muhammad s.a.w.): ”Sesiapa yang berada dalam kesesatan, maka, biarlah Ar Rahman (Allah) melanjutkan kessesatannya kepada satu tempoh tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka – sama ada azab sangsara di dunia atau azab sangsara di akhirat -, maka pada masa itu mereka akan mengetahui, siapakah orang yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah para penyokongnya.” – Maryam: 75.
HADIS
AKIKAH
Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: Kanak – kanak itu (baik) dengan akikah, oleh itu adakan sembelihan (korban) untuknya (dengan sembelihan itu) bersiholah ia dari segala kekotoran. – Perawi: Salman bin ”amir Al Dhabbi. ( Sahih Bukhari)
PETUA
SIKAP MENTAL
Setiap manusia mempunyai empat macam sikap mental: 1 – mental bahimiyah (kebinatangan), iaitu yang melahir dan membangkitkan perasaan syahwat dan segala fikiran jahat. 2 – Sikap mental syubaiyah (binatang buas atau ganas), iaitu melahirkan sikap marah, dengki, permusuhan dan kebencian. 3 – Sikap mental kesyaitanan (syaitaniyah), iaitu yang melahirkan fikiran untuk menipu dan membolot hak milik orang lain (termasuk amalan rasuah - mp). 4 – Sikap mental Rububiyyah (keTuhanan) yang melahirkan perasaan sombong, mahu dimuliakan dan dipuji (manusia tidsak boleh menggunakan sikap ini – mp).
Semua sikap mental ini tumbuh secara beransur – ansur besesuaian dengan perkembangan tubuh manusia. Apabila telah mencapai usia empat puluh tahun, barulah tumbuh sikap yang sempurna dan melahirkan iman. – Imam Al Ghazali.
TAHUKAH
JIHAD
Ramai orang Islam yang takut berjihad (berjuang pada jalan Allah, menegak dan membela Islam, menegakkan negara Islam, membela umat Islam dl) berhasrat besar untuk masuk syurga, tetapi Allah ada bertanya dalam Quran; adakah mereka mengira mereka akan masuk syurga sedangkan mereka tidak berjihad.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.