NEGERI BERTUAH
Sesungguhnya bagi penduduk – penduduk negeri Saba (Yaman), satu tanda (membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat ditempat tinggal mereka, iaitu dua bahagian kebun (yang luas dan subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah rezeki kurniaan Tuhan kalian dan bersyukurlah kepada – Nya; (negeri kalian ini) adalah negeri yang bertuah (makmur dan aman), dan Tuhan yang Maha Pengampun.
Maka mereka berpaling ingkar (tidak mengikut peraturan atau perundangan Allah), lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang memusnahkan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon – pohon yang pahit buahnya, dan pohon – pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon – pohon bidara (daunnhya untuk mandi mayat) – Saba: 15, 16.
Nota: Kita khuatir negara kita ini akan berlaku seperti Saba, kerana kita tidak mengikut peraturan dan perundangan yang ditentukan Allah dalam Quran.
HADIS
LIMPA DAN HATI
Dari Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, dari ayahnya, dari Ibnu Umar r.a., katanya: Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua darah, iaitu dua bangkai, belalang dan ikan, dan dua darah, iaitu limpa dan hati (haiwan halal).
Perawi: Ahmad, Ibnu Majah dan Darqutthni.
PETUA
EMPAT KEMATIAN
Seorang ahli Sufi mesti sanggup menerima empat kematian: Pertama, mati putih, iaitu tahan menderita kelaparan. Kedua, mati hitam, iaitu bertahan dalam bahaya. Ketiga, mati darah, iaitu mengawasi dan menahan hawa nafsu. Keempat, mati hijau, iaitu memakai pakaian yang kasar (khauf). Ahli Sufi, Asham, Hatim Al.
TAHUKAH?
TAMAK
Perut manusia yang tamat atau haloba sama dengan perut haiwan yang makan bangkai, kekenyangan menjadikan dia lebih lahap makan dan bila lapar sanggup membunuh kawan dan anaknya sendiri.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.